11/02/2014 7:52pm
KUALA TERENGGANU - Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) sudah
menerima surat peletakan jawatan pemain pertahanan pasukan T-Team, Mohd Irfan
Abdul Ghani.
Presidennya, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid berkata, pihaknya akan
meneliti surat itu dan mempertimbang tindakan susulan berasaskan kontrak pemain
berkenaan dan juga peraturan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
"Saya tidak pasti bila surat itu dihantar,” katanya dalam sidang
media, di sini hari ini.
Wan Ahmad Nizam juga mengakui beliau sudah dimaklumkan oleh T-Team mengenai
hasrat Mohd Irfan mahu meninggalkan pasukan kelab yang berpangkalan di sini
itu.
Pemain yang berasal dari Johor itu dilapor 'hilang' selama beberapa hari
selain gagal dihubungi selepas membuat kenyataan bercanggah dengan T-Team
berhubung dakwaan pergaduhan membabitkan pemain import T-Team dan pegawai
pasukan Johor Darul Takzim (Johor DT) ketika pertemuan di Stadium Larkin, Johor
Baharu minggu lepas. - Bernama
KOSMO ONLINE 11.2.14
No comments:
Post a Comment