Eliel Da Cruz Guardiano (kanan)
diberi amaran agar segera meledak gol atau bakal ditamatkan kontraknya daripada
skuad Perak.
IPOH - 'Jaringkan gol atau
kontrak ditamatkan'. Itu amaran keras daripada Pengurus Perak, Datuk Azhar
Ahmad kepada dua penyerang import pasukan itu, Zelimer Terkes dan Eliel Da Cruz
Guardiano yang masih gagal menunjukkan prestasi cemerlang selepas empat
perlawanan bersama skuad Bos Gaurus.
Kedua-dua pemain itu diberi
peluang untuk membuktikan kemampuan dalam dua perlawanan Liga Super iaitu
menentang Kelantan di laman sendiri, Sabtu ini dan menentang Sarawak di Kuching
pada 15 Februari ini.
Tegas Azhar, jika masih gagal,
kontrak kedua-dua pemain itu mungkin akan ditamatkan.
"Saya telah memberi amaran
kepada kedua-dua pemain itu minggu lepas dan sekali lagi semalam. Namun saya
tetap memberi mereka peluang untuk mempamer prestasi yang terbaik.
"Mereka perlu meningkatkan
mutu permainan dalam dua perlawanan seterusnya, jika masih tidak berubah saya
akan tukarkan mereka dengan pemain baharu," katanya pada sidang akhbar
selepas sesi Hari Bertemu Pelanggan di Dewan Serbaguna SUK, semalam.
Azhar berkata, pihaknya juga
telah mengenalpasti pemain yang mungkin dibawa masuk, termasuk pemain dari
Brazil, Anderson Rodrigues Cardoso yang sebelum ini pernah diuar-uarkan untuk
bermain dengan Perak.
Katanya, seorang lagi adalah
penyerang kelab Vietnam yang menjuarai Piala AFC sebanyak empat kali, Dong Nai,
iaitu David Balla.
Katanya, pertukaran pemain
dijangka dilakukan pada April ketika tempoh perpindahan dibuka.
Bagaimanapun, Azhar berpuas
hati dengan persembahan dua lagi pemain import, Martin Kafando dan Kyaw Zayar
Win setakat ini.
Mengulas perlawanan dengan
Kelantan pada 8 Februari ini, Azhar berkata, Perak mesti menang untuk
meyakinkan penyokong mereka agar datang memenuhi stadium.
SUMBER:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140205/su_07/Segera-ledak-gol-atau-kontrak-bakal-ditamatkan#ixzz2sXLjCR1N© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment