Ad

Wednesday, 9 July 2014

Hari paling buruk


Belo Horizonte (Brazil): Jurulatih Brazil, Luiz Felipe Scolari berkata kekalahan memalukan 7-1 kepada Jerman dalam saingan separuh akhir Piala Dunia awal pagi ini adalah hari paling buruk dalam hidupnya.

"Saya rasa ini adalah hari paling buruk, tetapi hidup mesti diteruskan.

"Saya akan dikenang sebagai jurulatih yang kalah 7-1 tetapi saya tahu risiko tugasan ini sejak dulu lagi.

Hidup mesti diteruskan dan itulah yang akan saya lakukan," katanya.

Brazil tidak mampu menangani asakan Jerman yang mendahului 5-0 ketika permainan baru 30 minit.Thomas Mueller memulakan pesta gol diikuti Miroslav Klose, Toni Kroos dengan dua gol, Sami Khedira dan Andre Schuerrle (2)."Mesej saya kepada rakyat Brazil adalah kami melakukan yang termampu dan apa yang kami rasakan yang terbaik," kata jurulatih berusia 65 tahun itu.

"Kami kalah kepada pasukan yang mempunyai skil terbaik, yang hanya mengambil masa enam minit untuk menjaringkan empat gol dan mengubah perlawanan.

"Maafkan kami kerana kesilapan ini.Kami mohon maaf kerana tidak dapat ke akhir dan kami akan memberi penghormatan kepada pasukan dalam perlawanan tempat ketiga," katanya lagi.

Scolari menerima tanggungjawab kekalahan berkenaan namun tidak memberi sebarang petanda sama ada dia akan kekal sebagai jurulatih Brazil atau tidak."Saya bertanggungjawab.Mungkin pemain akan berkata keputusan memalukan ini adalah tanggungjawab semua namun saya yang memilih taktik dan memilih pemain.Individu yang bertanggungjawab terhadap keputusan perlawanan adalah saya." – AFP

Sumber-My Metro Onlne

No comments:

Post a Comment