Ad

Friday, 4 July 2014

Hummels benam Les Bleus

Rio De Janeiro (Brazil): Jerman pasukan pertama melangkah ke saingan separuh akhir Piala Dunia selepas menundukkan Perancis 1-0 di Estadio do Maracana, awal pagi ini.
 Foto
Gol kemenangan dijaringkan pertahanan, Mats Hummels yang menanduk masuk sepakan percuma Toni Kroos pada minit ke-13.Dalam perlawanan yang tidak banyak percubaan berbahaya, penjaga gol, Manuel Neuer memastikan kemenangan Jerman apabila menyelamatkan rembatan kaki kiri Karim Benzema pada masa tambahan.

Jerman lebih banyak mendominasi permainan pada awal babak pertama dan berjaya mendapatkan gol apabila Paul Pogba menjatuhkan Kroos yang membuat hantaran cantik kepada Hummels.Perancis yang tidak pernah tewas dalam perlawanan Piala Dunia dibawah kelolaan Didier Deschamps mula mendapat rentak permainan dan hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-34 apabila Mathieu Valbuena merembat kencang dari jarak dekat namun ditampan oleh Neuer.

Masuk babak kedua, Perancis mengasak kubu Jerman mencari gol namun gandingan Benzema, Valbuena dan Antoine Griezmann gagal membolosi benteng Jerman.Jerman, negara pertama yang berjaya mara ke saingan separuh akhir dalam empat kejohanan Piala Dunia berturut-turut akan bertemu Brazil atau Colombia, 9 Julai depan.
  
PERANCIS: Hugo Lloris; Mathieu Debuchy, Raphael Varane, Mamadou Sakho (Laurent Koscielny, 72'), Patrice Evra; Paul Pogba, Yohan Cabaye (Loic Remy, 73'), Blaise Matuidi, Mathieu Valbuena (Olivier Giroud, 85'); Karim Benzema, Antoine Griezmann.

JERMAN: Manuel Neuer; Jerome Boateng, Mats Hummels, Benedikt Howedes; Philipp Lahm, Bastian Schweinsteiger, Sami Khedira, Toni Kroos (Christoph Kramer, 90'), Mesut Ozil (Mario Gotze, 83'); Thomas Muller, Miroslav Klose (Andre Schurrle, 69').

PENGADIL: Nestor Pitana (ARG)

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/05

No comments:

Post a Comment