RIO DE JANEIRO 5 Julai -
Tandukan Mats Hummels pada babak pertama membawa Jerman melangkah ke separuh
akhir Piala Dunia buat kali keempat berturut-turut selepas menundukkan Perancis
1-0, sebentar tadi.
Hummels, yang turut meledak gol
dalam perlawanan pembukaan Jerman menumpaskan penjaga gol, Hugo Lloris selepas
menyambut sepakan bebas Toni Kroos pada minit ke-13.
Penjaga gol Jerman, Manuel
Neuer pula bertindak cemerlang menyelamatkan percubaan bahaya Mathieu Valbuena,
10 minit sebelum tamat permainan untuk memastikan kedudukan 1-0 kekal.
Kemenangan ini meletakkan
Jerman di landasan untuk memburu kejuaraan Piala Dunia buat kali keempat.
Mereka bakal berdepan pemenang
di antara Brazil dan Colombia yang akan berentap pada jam 4 petang ini. -
AGENSI
SUMBER-Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140705/sl_08/Jerman-melangkah-ke-separuh-akhir-keempat-berturut-turut#ixzz36XJ2iM4x
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment