Ad

Thursday, 10 July 2014

Najib selami hidup gelandangan

Oleh Fuad Hadinata Yaacob dan Muhaamad Hafis Nawawi

Kuala Lumpur: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meluangkan masa sejam berjumpa gelandangan dan bertanya khabar serta menyelami kehidupan golongan itu dengan lebih dekat, di sekitar Jalan Tun Perak, di sini, 11 malam tadi.

Lawatan itu turut disertai Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim dan ahli Najib Razak Club (NRC).Najib berkata, beliau mengambil keputusan membuat tinjauan kerana ingin melihat sendiri keadaan nasib golongan gelandangan.

“Kerajaan menghargai peranan dimainkan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) yang terbabit memberi makan dan minuman kepada mereka termasuk menyediakan bantuan kesihatan.
 Foto
Perdana Menteri membuat tinjauan di sekitar Jalan Tun Tan Siew Sin serta melawat kawasan pengagihan makanan dan minuman kepada gelandangan dari sukarelawan PERTIWI Soup Kitchen. FOTO Mohd Yusni Ariffin“Apa yang dilakukan NGO ini adalah satu usaha murni,” katanya selepas selesai melawat golongan gelandangan.Menurutnya, kerajaan juga bercadang mencari tempat buat golongan berkenaan supaya boleh bermalam dan menyimpan barangan mereka.

“Golongan ini memerlukan tempat seperti itu di mana mereka boleh tidur dan bukan rumah flat. Kita sedang memikirkannya.

“Selepas ini, mereka tidak perlu lagi tidur tepi jalan. Kita akan mencari jalan penyelesaian secepat mungkin dan dijangka dalam enam bulan lokasi untuk menempatkan golongan ini akan dapat diselesaikan,” katanya.

Harian Metro 5 Julai lalu melaporkan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengenal pasti lokasi yang sesuai bagi penempatan golongan gelandangan dengan menyediakan bangunan seperti konsep 'Anjung Singgah'.

Tengku Adnan dipetik sebagai berkata, ia akan mempunyai beberapa kemudahan termasuk tempat rehat dan tidur bagi memberikan keselesaan serta keselamatan, pusat rawatan kesihatan dan menyediakan makanan secara percuma kepada golongan ini.

"Ia juga akan menyediakan pusat pendaftaran bersepadu yang akan merekod perihal golongan ini dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal termasuk maklumat diri dan waris,” katanya.


Sumber-Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/10

No comments:

Post a Comment