Petaling Jaya: Biduanita Negara
Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar, 61, menghembuskan nafas terakhirnya di Unit
Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Damansara di sini, pada 1.26 pagi ini.
Beliau yang lebih mesra
dipanggil Kak Pah, meninggal dunia selepas enam hari dirawat akibat komplikasi
paru-paru kronik atau fibrosis."Turut berada di sisi
Allahyarham ketika beliau menghembuskan nafas terakhir adalah anak lelakinya
Alif Omar serta ibunya Sharifah Noor Syed Ahmad Al-Attas selain ditemani
beberapa rakan karib," kata rakan baiknya Aishah Ali ketika dihubungi di
hospital berkenaan, awal pagi ini.
Sharifah Aini yang
dianugerahkan gelaran Biduanita Negara pada 2006 dilahirkan di Nee Soon, Singapura
pada 2 Julai 1953 hasil perkongsian hidup Syed Jaafar Syed Sahil dan Sharifah
Noor.
Biduanita Negara Datuk Sharifah
Aini Syed Jaafar lebih mesra dipanggil Kak Pah.Kak Pah dijaga serta dibesarkan
oleh neneknya Tengku Wan Mariam Tengku Wan Tahir dan datuknya Syed Sahil Syed
Ali Al-Jufry di Majidee, Johor Bahru sejak berusia lapan bulan.Kak Pah menjadi artis adalah
selepas menjuarai pertandingan Bintang RTS 1968 di Singapura dengan
mendendangkan lagu Tiga Malam.
Beliau menjadi artis rakaman
EMI selama 38 tahun hingga dicatatkan Buku Rekod Malaysia (MBR) sebagai
penyanyi paling lama dengan sesebuah syarikat rakaman dengan pencapaian 135
album.
Biduanita negara ini popular
dengan lagu Dekatlah Padaku, Bunga Tanjung dan Mak Inang Melayu dan pernah
berduet dengan ramai penyanyi popular tanah air termasuk Sudirman Haji Arshad.
SUMBER-Artikel ini disiarkan
pada : 2014/07/05
No comments:
Post a Comment