AFP
AKSI Pickford menyelamatkan gawang England ketika menentang Jerman. FOTO AFP
London: Penjaga gol England Jordan Pickford berkata kritikan diterima ketika beraksi bersama Everton menjadi azimat untuknya beraksi cemerlang di Euro 2020.
Pickford mendengar ada cadangan kepada Gareth Southgate supaya dia digugurkan daripada skuad England selepas melakukan beberapa kesilapan besar dalam kempen domestik.
Pemain berusia 27 tahun itu digugurkan oleh pengendali Everton Carlo Ancelotti ketika aksi Liga Perdana di Newcastle pada November lalu.
Tetapi Southgate tetap yakin dengan Pickford dan dia sekali lagi bakal mengawal gawang England ketika menentang Ukraine pada aksi suku akhir di Rome Ahad ini.
Pickford belum lagi melepaskan sebarang gol dalam empat perlawanan dan menyelamatkan dua percubaan bahaya ketika mereka menang 2-0 ke atas Jerman pada peringkat kalah mati.
"Anda akan selalu terdedah dengan kritikan apabila menjadi pemain profesional dan England,'' kata Pickford.
"Ia mengenai kematangan setiap hari dan perlu ditangani dengan baik. Memiliki anak sangat membantu. Ia mengubah kehidupan anda, saya rasa sudah berubah. Saya berusia 27 tahun jadi saya sudah beraksi lebih banyak perlawanan."
Lagi berita berkaitan Euro 2020
Disiarkan pada: Julai 2, 2021 @ 1:05am.1
___________________________________
1https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/07/725275/pickford-dah-lali-dengan-kritikan
No comments:
Post a Comment