BERITA baik buat wanita
bertudung di seluruh dunia, .com maklumkan kepada kamu bahawa hari ini buat
julung kalinya Hari Hijab Sedunia diraikan di peringkat global.
Tarikh 1 Februari dipilih
menjadi tarikh keramat buat wanita berhijab, sekali gus mengiktiraf jutaan
wanita Islam yang memilih untuk menjalani kehidupan seharian dengan memakai
hijab tanpa sebarang diskriminasi.
Hijab tidak bermakna sekadar
memakai tudung sebaliknya membawa maksud menutupi seluruh badan termasuk
kepala, dada, lengan dan kaki tanpa memakai pakaian yang ketat.
Di sebalik hari tersebut, ada
kisah menarik yang seharusnya diteladani ramai umat Islam hari ini mahupun buat
mereka yang berlainan agama agar sentiasa menghormati kebebasan beragama.
Pergerakan Hari Hijab Sedunia
merupakan cetusan idea seorang pemastautin dari kota New York, Amerika Syarikat
bernama Nazma Khan.
Cetusan idea gadis berdarah
Bangladesh itu diharapkan bakal memupuk sikap toleransi agama dan pemahaman
terhadap wanita Islam yang memakai tudung sebagai suatu kewajipan untuk menutup
aurat dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.
Lebih istimewa lagi, hari
tersebut bukan sahaja diraikan oleh masyarakat Islam sahaja malah terbuka juga
buat mereka yang bukan Islam untuk bersama mencuba memakai tudung selama
sehari.
Sejak ditubuhkan pada 21
Januari 2013, pergerakan tersebut mendapat sejumlah 11,600 peminat dalam masa
sebulan.
Biarpun wanita bukan Islam
merasai hijab sebagai simbol penindasan dan pengasingan, namun bagi wanita
Islam, kewajipan memakai tudung seharusnya dilaksanakan sebaik mungkin.
Dengan membuka laluan baru ke
arah pemahaman yang lebih terbuka, Nazma berharap Hari Hijab Sedunia itu
diterima ramai dan mampu mengatasi beberapa kontroversi mengenai wanita Islam
yang memilih untuk memakai hijab.
Di awal kedatangan Nazma ke
negara Uncle Sam pada usia 11 tahun, dia mendapati dirinya menjadi satu-satunya
wanita berhijab di sekolah menengahnya.
Baginya, pengalaman berpindah
ke negara itu yang kebanyakan wanitanya berpakaian bebas merupakan suatu
pengalaman yang sangat menyukarkan.
Membesar di Bronx yang
terletak dalam bandar New York sangat sukar buat mereka yang bertudung.
Saya mengalami dan menerima
pelbagai diskriminasi kerana tampil dengan tudung ke sekolah," katanya
ketika dihubungi .com melalui laman Facebook baru-baru ini.
Menurutnya, di sekolah
menengah, beliau digelar sebagai Batman dan kadang-kala dipanggil ninja kerana
berhijab.
Apabila Nazma melanjutkan
pengajian ke peringkat universiti, lebih banyak panggilan diterimanya dan
selepas peristiwa 9 September, beliau dipanggil dengan nama pengganas dan Osama
Laden.
Menerima panggilan dengan
nama-nama seperti itu sangat menyedihkan, lebih-lebih lagi saya sedang
membesar.
Saya berasa satu-satunya cara
untuk menamatkan diskriminasi ini adalah dengan menyedarkan mereka yang bukan
beragama Islam mengenai kewajipan bertudung dalam kalangan wanita muslimah.
Oleh itu, saya mengajak
kesemua saudara Islam dan yang bukan Islam untuk mengenakan hijab pada hari
ini," ujarnya penuh yakin.
Pergerakan Hari Hijab Sedunia
bermula dengan penganjuran pelbagai diskusi menerusi rangkaian sosial seperti
YouTube, Facebook dan Twitter.
Sejak ditubuhkan di laman
berkenaan, ia telah menarik minat pelbagai latar belakang wanita yang beragama
Islam dan bukan Islam dari lebih 67 negara berbeza di seluruh dunia.
SUMBER:
http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140201/re_05/1-Februari-Hari-Hijab-Sedunia#ixzz2s5U2ycLe
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment