Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM
sukan@utusan.com.my
Komissioner perlawanan, Zainal
Mukri mengadakan sidang akhbar berhubung penangguhan perlawanan antara JDT dan
T-Team di yang hanya berlangsung selama 45 minit, malam tadi.
JOHOR BAHRU - Aksi pusingan
kedua Piala FA antara Pasukan Johor Darul Tazim (JDT) menentang T-Team di
Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin terpaksa ditangguhkan gara-gara
keseluruhan pasukan T-Team membuat keputusan tidak mahu turun ke padang bagi memulakan
separuh masa kedua perlawanan.
Tindakan pasukan pelawat
bertindak demikian ekoran berlaku pertelingkahan di antara jurulatih kecergasan
T-Team dengan pengendali pasukan JDT, Cesar Fernando Jimenez yang mendapat
campur tangan pemain serta pihak pengurusan pasukan selepas tamat separuh masa
pertama ketika mahu memasuki bilik persalinan.
Ketika permainan tamat di babak
pertama, JDT mendahului T-Team dengan jaringan 2-1 melalui Luciano Figueora
pada minit ke-16 dan 21 manakala gol tunggal T-Team dijaringkan Mohd. Marzuki
Yusof.
Pemain JDT, Pablo Aimar (kiri)
dan Luciano Figueroa duduk di tengah padang selepas pasukan T-Team enggan
meneruskan permainan separuh masa kedua dalam aksi Piala FA di Larkin, Johor
Bahru malam tadi. - MINGGUAN/RAJA JAAFAR ALI
Menurut Komissioner Perlawanan,
Zainal Mukri, pihaknya belum mendapat laporan rasmi secara bersurat daripada
pasukan T-Team apakah punca kejadian berkenaan dan terpaksa membuat keputusan
menangguhkan perlawanan selepas menunggu lebih daripada setengah jam
Kami akan menghantar laporan
rasmi perlawanan kepada Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT FAM) dan
mereka akan memutuskan sama ada perlawanan akan diteruskan dengan jumlah
jaringan setakat ini," katanya ketika ditemui selepas perlawanan dibatalkan,
semalam.
Seawal minit pertama, JDT
bertali arus menyerang pasukan pelawat dan akhirnya berjaya membolosi gawang
pihak lawan pada minit ke-16 melalui jaringan pemain dari Argentina, Figueroa
yang menguis masuk sepakan percuma rakan senegara, Pablo Aimar.
Berselang lima minit, Figueroa
yang merupakan bekas pemain kelab Greece, Panathinaikos menggandakan kelebihan
buat Harimau Selatan setelah menanduk masuk hantaran menarik Aimar pada minit
ke-21.
SUMBER:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140202/su_03/Aksi-JDT-T-Team-panas#ixzz2s7Em7LUH
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment