DOLLAH sudah selesai menjalani
pembedahan di Pusat Perubatan Ara Damansara Selasa lalu.
JURULATIH Polis Diraja Malaysia
(PDRM), Dollah Salleh tidak sabar untuk turun padang.
Menurut pengendali berusia 50
tahun itu, dia tidak mahu berehat panjang biarpun baru selesai menjalani
pembedahan jantung.
Dia dinasihatkan oleh doktor
untuk berehat sekurang-kurangnya dua hingga tiga minggu, sebaik selesai
menjalani proses pembedahan angioplasty Selasa lalu di Pusat Perubatan Ara
Damansara.
Namun, Dollah kekal dengan
fokus PDRM menghadapi saingan Liga Perdana.
"Kalau boleh esok (hari
ini) saya nak turun ke padang. Tetapi tak tahulah, mungkin sehari dua lagi.
Saya akan tengok keadaan saya macam mana, tetapi insya-Allah saya akan turun
dalam masa terdekat.
"Untuk ketika ini, saya
rasa saya sihat. Kalau saya tidak turun melatih sekali pun, saya akan turun
untuk memerhatikan sahaja," katanya.
KOSMO ONLINE 1.2.14
No comments:
Post a Comment