Ahmad Said pada sidang media
sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur selepas pulang dari
ekspedisi ke Antartika di Sepang, semalam.
SEPANG - Menteri Besar
Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mahu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
melakukan siasatan secara telus berhubung insiden pergaduhan sehingga
menyebabkan perlawanan Piala FA antara Johor Darul Ta'azim (JDT) dan T-Team di
Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Sabtu lalu ditangguhkan.
Menurut Ahmad, beliau telahpun
mendapatkan gambaran awal mengenai insiden yang berlaku di Stadium Tan Sri
Hassan Yunos daripada pihak pengurusan T-Team dan berharap pihak berkuasa akan
menyiasat laporan polis yang dibuat dengan terperinci.
"Saya kesal dengan apa
yang telah berlaku di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, kini terserah kepada FAM
dan pihak polis.
"Saya berharap insiden ini
akan disiasat secara telus memandangkan pemain import dan jurulatih kecergasan
pasukan pasukan telah membuat laporan polis.
"Saya telah berbincang
dengan pihak pengurusan T-Team dan kami menyerahkan kepada FAM untuk mengambil
tindakan lanjut termasuk mengadakan perlawanan ulangan membabitkan kedua-dua
pasukan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam
sidang akhbar sebaik sahaja tiba daripada lawatan rasmi ke Antartika di
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam.
Sementara itu Ahmad turut
menasihatkan agar pemain T-Team meneruskan fokus, bersemangat dan berusaha
mencari kemenangan dalam semua baki perlawanan musim ini.
Aksi pusingan kedua Piala FA di
Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Johor Bahru itu terpaksa ditangguhkan ketika JDT
mendahului 2-1 apabila semua pemain T-Team enggan kembali ke padang bagi
memulakan permainan separuh masa kedua.
Mereka dikatakan tidak berpuas
hati dengan insiden yang berlaku di dalam terowong ke bilik persalinan semasa
rehat separuh masa pertama.
Ekoran insiden tersebut Ketua
Pegawai Operasi T-Team, Syahrizan Mohd. Zain telah membuat laporan polis di
Kuala Terengganu.
Pemain import T-Team, Elvaldo
Rodriguez dari Brazil mendakwa telah ditumbuk di muka oleh pegawai tertinggi
Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ).
Jurulatih kecergasan pasukan,
Stefano Impagliazzo pula mendakwa telah disepak di bahagian kemaluan.
Setiausaha Agung FAM, Datuk
Hamidin Mohd. Amin kelmarin menjelaskan status keputusan perlawanan antara JDT
dan T-Team yang ditangguhkan akan ditentukan pada Khamis ini setelah berbincang
dengan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, Datuk Afandi
Hamzah.
SUMBER:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140205/su_03/FAM-kena-telus---Ahmad-Said#ixzz2sXScUvO0©
Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment