MICHAEL Chong menunjukkan
sebahagian mangsa ah long di Wisma MCA, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
SEMALAM, Mingguan Malaysia
dalam laporan khas bertajuk Kenapa ah long terus diminati? mendedahkan mengenai
faktor-faktor yang menjadi daya penarik kepada segelintir masyarakat terus
mencari ah long untuk berhutang.
Walaupun ah long dikenali
dengan modus operandi zalim, kejam, menindas dan tidak berhati perut, namun
tawaran pinjaman yang mudah lulus membuatkan semakin ramai terjebak.
Bahagian Kedua ini menyingkap
fakta lain termasuk orang Melayu kumpulan sasaran ah long kerana mudah dibuli.
Jangan terkejut! Statistik menunjukkan wanita Melayu menjadi mangsa ah long
semakin meningkat.
Turut dikongsi ialah pandangan
pihak polis, persepsi tokoh agama dan pendirian persatuan pengguna.
Wartawan Utusan Malaysia, KAMIL
MASLIH bersama jurugambar, KAMAL BASIR, NOORADZRENE MOHD. NOOR, SAIFUL BAHARI
ASHARI dan ABDUL RAZAK LATIF juga mencari jalan keluar kepada golongan
terdesak, supaya tidak lagi memilih ah long untuk menyelesaikan masalah
kewangan mereka.
Ikuti Bahagian Kedua laporan
khas ini, yang meninggalkan persoalan mengapa ah long-ah long ini kebal
undang-undang dan seolah-olah sengaja dibiarkan mencekik darah lebih ramai
mangsa?
KUALA LUMPUR 2 Feb. -
Masyarakat Melayu dikenal past sebagai golongan paling mudah dibuli oleh ah
long, sehingga membawa kepada pelbagai kezaliman dan penindasan terhadap
mangsa-mangsa pinjaman haram ini.
Malah, kebimbangan terbaru
adalah kepada trend peningkatan jumlah mangsa ah long dalam kalangan wanita
Melayu yang terus meningkat.
Ketua Biro Pengaduan Awam MCA,
Datuk Seri Michael Chong ketika mendedahkan realiti peningkatan kes-kes
melibatkan mangsa Melayu memberitahu, jumlah mangsa ah long daripada kalangan
wanita Melayu adalah 44 kes pada 2012 dan 43 kes pada tahun lalu.
Kalau orang Cina, dalam 100
kes, saya boleh cakap 80 kes daripadanya adalah kerana masalah judi, yang
menyebabkan mereka berhutang dengan ah long.
Tetapi kalau orang Melayu,
mereka ini golongan terdesak. Mereka gagal dalam perniagaan ataupun kerugian
kerana menyertai skim cepat kaya," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini
baru-baru ini.
sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/Laporan_Khas/20140203/lk_01/Melayu-paling-mudah-dibuli-ah-long#ixzz2sXcFbZ00
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment