EMPAT gergasi bola sepak,
Brazil, Argentina, Jerman dan Belanda akan berentap pada pusingan separuh akhir
Piala Dunia 2014.
Belanda muncul pasukan terakhir
layak ke separuh akhir selepas menewaskan Costa Rica 4-3 menerusi penentuan
sepakan penalti pada aksi suku akhir di Arena Fonte Nova, Salvador awal pagi
semalam.
Sebelum ini, Jerman terlebih
dahulu mara selepas menewaskan Perancis 1-0 pada suku akhir pada Sabtu lalu
diikuti kejayaan Brazil yang menewaskan Colombia 2-1.
Argentina pula mara selepas
menyekat kemaraan Belgium dengan kemenangan 1-0 semalam sebelum Belanda
melengkapkan empat pasukan ke separuh akhir hasil kemenangan 4-3 ke atas Costa
Rica menerusi penentuan sepakan penalti.
Menariknya, saingan separuh
akhir yang akan bermula pada awal pagi Rabu ini bakal menyaksikan pertembungan
dua gergasi dari benua Eropah dan dua dari Amerika Latin.
Jerman dan Belanda akan menggalas
cabaran Eropah manakala Brazil dan Argentina menjadi taruhan Amerika Latin
untuk melakar kejutan.
Pada aksi separuh akhir pertama
Rabu ini, Brazil akan menentang Jerman manakala separuh akhir kedua bakal
menemukan Argentina dengan Belanda awal pagi Khamis.
Andai Jerman dan Belanda mampu
melepasi halangan separuh akhir, maka sejarah baharu bakal tercipta apabila
pasukan dari benua Eropah berjaya mengakhiri penguasaan negara-negara Amerika
Latin apabila Piala Dunia dianjurkan di benua Latin.
SUMBER-http://www.kosmo.com.my/kosmo/7.7.2014
No comments:
Post a Comment