Beberapa kempen dan program
yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan mampu mengekal dan memantapkan perpaduan
kaum di negara ini. Pelan Tindakan Perpaduan & Integrasi Nasional telah
dirancang oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Ia merupakan
rancangan lima tahun iaitu dari 2005-2010 yang merancang pelbagai usaha untuk
memupuk dan mempertingkatkan perpaduan dan integrasi nasional. Pelan ini
mengandungi pelbagai strategi yang dirancang dari pelabagai aspek seperti
strategi politik, ekonomi, pendidikan, penggunaan Bahasa Kebangsaan, Agama,
Kebudayaan, Integrasi Wilayah, Keselamatan, Pembangunan Kawasan, Penggunaan
Tenaga Manusia, Media Massa, Kesukanan, Pemasyarakatan Perpaduan, Pertubuhan
Sukarela, Penyelidikan Dan Penerbitan Bahan Bacaan, Pemantauan Isu-isu Semasa
dan Konflik, Penubuhan Panel Penasihat Perpaduan Negara (PANEL) dan
Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Peringkat Negeri (JKPPN), program dan aktiviti
perpaduan, Sekolah Wawasan dan Program Latihan Khidmat Negara. Kesemua program,
pelan dan aktiviti yang dirancang telah dijalankan dengan bertujuan supaya
masyarakat dapat melibatkan diri dan memupuk hubungan etnik yang erat antara
rakyat di negara ini.
Kerajaan melalui Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan program Rancangan Integrasi Murid
Untuk Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986. Program ini pada awalnya telah
dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan kini diperluaskan ke semua sekolah
rendah dan menengah pada tahun 2005. KPM memandang berat akan pentingnya
dijalin hubungan yang rapat antara murid pelbagai kaum di sekolah supaya wujud
kesefahaman dan perpaduan antara mereka. Dengan adanya persefahaman dan berbaik
sangka maka akan timbul suasana hormat-menghormati terhadap agama, budaya dan
adapt resam sesuatu kaum dengan kaum yang lain. KPM menyediakan peluang kepada
murid pelbagai kaum untuk bergaul mesra secara sedar dan terancang. Proses
perpaduan ini dapat dipupuk dan dibina agar semangat tersebut dapat diamalkan
dalam masyarakat. Usaha ini dijana semula kea rah merealisasikan hasrat
kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia hidup bersatu padu dan harmoni.Antara
aktiviti yang dilaksanakan ialah lawatan sambil belajar, kursus motivasi, kem
perpaduan , sambutan hari perayaan , pameran kebudyaan dan persembahan pentas.
Sekiranya isu ini diperinci
secara mendalam, kerajaan telah mewajibkan remaja yang berumur 17 tahun ke atas
menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Modul kenegaraan PLKN
sememangnya bertujuan untuk melahirkan semangat perpaduan dalam sanubari remaja
daripada masyarakat majmuk yang merupakan bakal pemimpin negara. Selaras dengan
modul kenegaraan, para remaja berbilang kaum berpeluang untuk bekerjasama bagai
aur dengan tebing dan seterusnya perpaduan dapat disemai melalui
aktiviti-aktiviti berkumpulan yang dilaksanakan dalam PLKN. Sesungguhnya, tidak
dapat disangkal bahawa PLKN turut memainkan peranan dominan dalam iltizam
membentuk perpaduan kaum.
Perpaduan kaum juga dapat
dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan yang memerlukan setiap kaum mengambil
bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Cara ini dapat memupuk semangat
kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain dengan menghapuskan sikap
mementingkan diri yang tertanam di dalam jiwa masyarakat kini. Namun, sikap
negative masyarakat terutamanya masyarakat yang duduk di bandar yang hanya
bekerja tidak tentu masa dan melakukan kerja sendiri menyebabkan usaha memupuk
semangat perpaduan sukar untuk diterapkan. Aktiviti memperteguh jalinan
kemesraan harus dijalinkan seperti aktiviti gotong royong yang memerlukan
sumbangan setiap pihak untuk menjayakan aktiviti tersebut supaya perpaduan
secara maksimum dapat dilahirkan. Pendek kata, aktiviti kemasyarakatan dapat
menjadi wadah yang terbaik bagi memupuk semangat perpaduan yang perlu ada dalam
diri setiap rakyat seiring dengan hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat
yang bersatu padu walaupun berlainan bangsa mahupun agama
Satu daripada cara mencapai
perpaduan di antara kaum ialah menjaga budi bahasa serta akhlak dalam
pergaulan. Perbezaan agama serta kepercayaan tidak mengurangkan kepentingan
pemupukan budi bahasa. Adat istiadat adalah peraturan yang sentiasa dlpatuhi
dan diamalkan dalam masyarakat Malaysia terutamanya pada hari perayaan. Adat
istiadat ini mencirikan Kebudayaan Kebangsaan. Antara hari-hari perayaan yang
sama-sama dihormati ialah Hari Kebangsaan Malaysia pada 31 Ogos, Hari
Deepavali, Tahun Baru Cina, Hari Raya, Sambutan Maulud Nabi Muhammad s.a.w,
Slogan 1Malaysia atau 'Satu
Malaysia' adalah satu gagasan peribadi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri
Malaysiakeenam, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 April 2009. Intipati gagasan
ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan
kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama menjayakannya. Pelaksanaannya
bukan dibuat semalaman tetapi secara evolusi.Ia adalah ramuan serta formula
pentadbiran dalam proses negara menuju Wawasan 2020 serta menjadi cemerlang,
gemilang dan terbilang seperti yang diperjuangkan perdana menteri keempat dan
kelima iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan TunAbdullah Ahmad Badawi
Aspek utama ialah sikap saling
hormat menghormati dan bersikap menerima di antara satu sama lain.Masyarakat
majmuk di Malaysia perlu disatukan melalui '1Malaysia'. Hubungan kaum
dipereratkan bagi jangka masa panjang. Prinsip utama yang mendasari 1Malaysia
adalah kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga besar. Oleh yang demikian
slogan ini sudah tentu menjadi satu pemangkin kepada perpaduan rakyat di negara
ini.
Cara paling penting untuk
menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah melalui penggunaan
bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di
antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa
curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa hormoni antara kaum
di negara ini.
(f) Rumusan
Pengetahuan
Keamanan negara ini sangat
penting dalam usaha negara ini menginjak menjadi sebuah negara maju menjelang
tahnun 2020. Antara faktor utama
kejayaan ini boleh dicapai ialah melalui situasai keamanan dan kesejahteraan
negara sentiasa terjamin atau tidak boleh dikompromi oleh sebarang faktor lain.
Berdasarkan peristiwa 13 Mei 1969
kita wajar memperkuat semula
perpaduan kaum di negara ini agar semua anggota masyarakat dapat hidup dalam
keadaan aman dan harmoni di negara yang kita cintai ini.
Dalam nada yang sama kita
seharusnya memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara negara ini yang
terjajah sekian lama dan memerlukan kekuatan segenap sudut bagi menjamin
penjajahan ke atas negara ini tidak lagi akan berlaku .
Iktibar
Kita juga seharusnya mengambil
iktibar bahawa perpaduan hanya dapat dicapai jika semua rakyat bersatu padu ,
bertolak ansur, hormat menghormati antara sesama angota masyarakat
Harapan
Saya berharap agar semua warga
negara ini akan sentiasa mematuhi undang-undang/ peraturan, tidak terpengaruh
dengan anasir luar dan menghargai jasa tokoh yang telah banyak berjuang bagi
mendapatkan kemerdekaan dan memenuhi kemerdekaan ini agar menjadi lebih
bermakna akhirnya.
SUMBER : Cikgu Razak
No comments:
Post a Comment