Sao Paolo: Mampukah Lionel
Messi yang mempunyai reputasi sebagai pemain terbaik dunia sebanyak empat kali
membawa Argentina ke final Piala Dunia buat pertama kali sejak tahun 1990, atau
adakah ia peluang terbaik buat Belanda menebus kekalahan final di Afrika
Selatan empat tahun lalu?
Perlawanan separuh akhir antara
Argentina dan Belanda awal pagi esok bakal menyaksikan pertembungan antara
Messi - pemain yang dianggap mampu menyaingi kehebatan Diego Maradona - dan
Robin van Persie - penyerang Manchester United yang kehilangan kejuaraan Liga
Perdana Inggeris musim lalu.
Peluang seimbang
Jika dibandingkan begitu,
jurangnya tampak terlalu jauh, tetapi secara realistik, peluang kedua-dua
pasukan untuk mara ke final Piala Dunia di Brazil adalah seimbang dengan faktor
Messi atau Persie hanya memainkan peranan kecil.
Malah kelibat kedua-dua pemain
ini bukan lagi tumpuan utama pada perlawanan suku akhir Argentina-Belanda
apabila Gonzalo Higuain menjadi wira pasukannya ketika menewaskan Belgium 1-0,
dan wira Belanda pula adalah penjaga gol simpanan, Tim Krul yang menafikan dua
sepakan penalti Costa Rica.
Namun selain tempat ke final,
Messi yang mengumpul empat gol dan Van Persie, tiga setakat ini, mempunyai
peluang untuk memintas kedudukan penjaring terbanyak, James Rodriguez yang
meledak enam gol sebelum tersingkir di suku akhir.
No comments:
Post a Comment