2014/07/10 - 04:56:41 AM Cetak
Emel Kawan
gambar sebelum gambar berikut
PENYERANG Argentina, Lionel
Messi terjatuh selepas pergerakannya dikawal ketat pertahanan Belanda pada aksi
perlawanan separuh akhir Piala Dunia di Corinthians Arena, Sao Paulo, sebentar
tadi. - Foto AFP
SAO PAULO: Tiada ‘pesta
jaringan’ seperti yang berlaku, semalam pada aksi separuh akhir membabitkan
Belanda dan Argentina dengan kedua-dua pasukan diikat 0-0 berakhir babak
pertama di Arena de Sao Paulo, sebentar tadi.
Hadir dengan misi tersendiri,
perlawanan yang menampilkan kualiti individu pemain berlangsung pantas namun
gerakan lebih banyak berlegar di bahagian tengah tanpa percubaan benar-benar
berbahaya depan gawang lawan.
Pada minit ke-13, Argentina
memperoleh sepakan percuma di luar kotak penalti yang diambil bintang utamanya
Lionel Messi namun berjaya dibaca tepat penjaga gol, Jasper Cillessen.
Belanda juga hampir di depan
namun cubaan van Persie hasil hantaran Wesley Sneijder berjaya dihalang Sergio
Romero pada minit ke-32.
Argentina sekali lagi
memperoleh peluang di minit terakhir, namun hantaran Ezequiel Lavezzi gagal
sampai ke kaki Messi untuk kedua-dua pasukan turut ke bilik persalinan tanpa
sebarang gol.Pada tiga perlawanan sebelum ini, Belanda terpaksa bangkit
daripada ketinggalan sebelum mencatat kemenangan. Juara akan bertemu Jerman di
final yang dijadual berlangsung di Stadium Maracana, Ahad ini.
Berita Harian online 10.7.14
No comments:
Post a Comment