RIO DE JANEIRO 6 Julai -
Bintang penyerang Brazil, Neymar menyifatkan impiannya untuk beraksi dalam
perlawanan akhir Piala Dunia telah dicuri ekoran kecederaan tulang belakang
yang dialami selepas dikasari pemain Colombia.
"Mereka telah mencuri
impian saya untuk bermain dalam final Piala Dunia, namun impian untuk menjadi
juara dunia belum berakhir.
"Masih ada dua baki
perlawanan untuk diharungi dan saya yakin rakan-rakan sepasukan akan melakukan
apa saja untuk menjulang trofi," kata Neymar dalam satu kenyataan yang
dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Brazil (CBF), hari ini.
Neymar, 22, meninggalkan kem
latihan Brazil di Teresopolis dengan penuh emosi hari ini apabila dia
diterbangkan ke Rio de Janeiro dengan menaiki helikopter.
Bintang penyerang Barcelona itu
disahkan tidak dapat beraksi pada seluruh kejohanan Piala Dunia selepas retak
tulang belakang akibat dikasari dengan menggunakan lutut oleh pemain pertahanan
Colombia, Juan Zuniga pada suku akhir, semalam.
Brazil akan berdepan Jerman
pada separuh akhir, Rabu ini. - AGENSI
SUMBERArtikelPenuh:http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140706/sl_06/Impian-Piala-Dunia-saya-dicuri---Neymar#ixzz36dUT5jQq
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment