FORTALEZA - Pertahanan Brazil,
David Luiz menerangkan bahawa teknik yang digunakan ketika menjaringkan gol
kemenangan pasukannya menerusi sepakan percuma sewaktu menentang Colombia
adalah satu kelebihan yang diwarisi turun-temurun daripada keluarganya.
Pemain berusia 27 tahun itu
membuat rembatan yang melepasi benteng Colombia, dan gagal ditampan penjaga
gol, David Ospina. Jaringan itu membolehkan Brazil mendahului 2-0 pada minit
ke-69, dan berjaya bertahan untuk menang 2-1.
Ditanya mengenai jaringan tersebut,
Luiz secara berseloroh menyatakan keadaan fizikal kakinya memang luar biasa
sejak kecil lagi, dan dia telah mewarisi kelebihan itu daripada keturunannya.
"Saya rasa ini adalah satu
genetik. Saya dilahirkan dengan kaki begitu. Di Brazil, kami panggil kaki
sebegini sebagai ‘10 ke dua’ (‘10-to-two’)," katanya.
Menurut Luiz, agak sukar untuk
mengulangi rembatannya itu dalam perlawanan pada masa hadapan.
"Hari ini (semalam) saya
berasa sangat bagus kerana saya merembat bola itu dengan tepat. Kamu boleh cuba
merembat sebegitu, dan mungkin menghabiskan banyak masa untuk
menyempurnakannya. Saya sangat gembira kerana dapat membantu pasukan dengan
rembatan tersebut," katanya.
Sementara itu, jurulatih
Brazil, Luiz Felipe Scolari pula berkata, Luiz telah banyak menonton video
menayangkan cara bekas pemain Brazil mengambil sepakan percuma di kelab
tempatan.
"Saya rasa dia (Luiz)
telah menonton banyak video. Dulu, kami mempunyai pemain yang beraksi untuk
Corinthians, Marcelinho Carioca yang sering merembat bola dengan cara sedemkian
setiap kali mengambil sepakan percuma, dan sepakan itu memang berbeza dengan
cara pemain lain lakukan," kata Scolari. - AP
SUMBER-Artikel Penuh:http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140706/sl_02/Teknik-sepakan-Luiz-diwarisi-turun-temurun#ixzz36dWoJzLV
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment