BELO HORIZONTE, Brazil 9 Julai
- Jerman mengganas di babak pertama apabila meledak lima gol untuk mengejutkan
Brazil 5-0 pada separuh akhir Piala Dunia, sebentar tadi.
Thomas Mueller meletakkan
Jerman di depan menerusi voli mudah di minit ke-11, sebelum Miroslav Klose
menambah gol kedua pada minit ke-23, sekali gus memahat nama sebagai penjaring
terbanyak Piala Dunia dengan 16 gol.
Toni Kroos melebarkan kedudukan
3-0, tiga minit kemudian dan meledak gol keempat pada minit ke-26. Sami Khedira
melengkapkan hari malang tuan rumah dengan menambah gol kelima pada minit
ke-30.
Ribuan penyokong Brazil di
Estadio Mineirao, Belo Horizonte hanya mampu terdiam dan tergamam melihat
pasukan mereka, yang dianggap calon untuk menjuarai Piala Dunia tahun ini
diratah dengan mudah oleh Jerman.
Separuh masa kedua akan
bersambung sebentar lagi dengan penyokong pasti mengharapkan anak-anak buah
Luis Felipe Scolari melakukan sesuatu untuk bangkit. - AGENSI
SUMBER-
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140709/sl_05/Jerman-belasah-Brazil-5-0-pada-babak-pertama#ixzz36ug8POen
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment