2014/07/09 - 06:10:42 AM Cetak
Emel Kawan
Brazil 1(Oscar, m-90)
Jerman 7
(Thomas Mueller, m-11, Miroslav
Klose, m-23, Toni Kroos,m-24, 26, Sami Khedira, m-29, Schurrle (69', 79')
BELO HORIZONTE: Germany
mencalar maruah Brazil, sebentar tadi apabila membelasah tuan rumah itu 7-1
untuk layak ke final Piala Dunia pada hari yang menyaksikan Miroslav Klose
melakar rekod baru muncul penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam temasya
global ini.
Belum pernah Brazil menanggung
kekalahan besar seperti ini dalam mana-mana kejohanan antarabangsa dengan
benteng rapuh sebegini ketika membenarkan jentera serangan Jerman menjaringkan
empat gol dalam tempoh 18 minit pertama babak pertama dengan tiga daripada
hanya dalam 179 saat sahaja.
Thomas Mueller membuka tirai
jaringan pada minit ke-11, Klose selepas 23 minit untuk mengumpul jumlah gol
peribadi dalam Piala Dunia kepada 16. Toni Kroos menambah derita dengan gol
minit ke-24 dan 26, Sami Khedira (m-29) dan pemain gantian, Andre Schuerrle
menambah dua lagi selepas rehat (m-69 dan 79).
Oscar menyumbat gol sagu hati
Brazil pada minit ke-90. - AFP
SUMBER- BERITA HARIAN ONLINE
9.7.14
No comments:
Post a Comment