Neymar menitiskan air mata
kelegaan, penuh emosi dan keletihan selepas menang ke atas Chile.
Selepas tamat saingan peringkat
kumpulan, saya memuji corak permainan pantas dan gaya serangan menarik
diperagakan, tetapi meramalkan dalam pusingan 16 terbaik, taktikal akan
mengatasi segala-galanya.
Ini mungkin berlaku ke atas
beberapa pasukan tetapi yang lain? Corak permainan pantas masih ada termasuk
gaya serangan yang diterapkan sebelum ini. Banyak perlawanan yang pemenangnya
ditentukan pada saat akhir malah lima daripada lapan perlawanan berlangsung
hingga ke masa tambahan manakala dua lagi ditentukan menerusi penentuan sepakan
penalti.
Dalam edisi Piala Dunia sebelum
ini, pusingan 16 terbaik menyaksikan jurang ketara antara beberapa pasukan.
Hari ini, negara seperti Costa Rica dan Colombia mara ke pusingan 16 terbaik
dan kini mereka melangkah lebih jauh, ini sungguh mengagumkan.
Tumpuan dunia
Saya masih percaya pasukan dari
benua Amerika Selatan sudah melakukan persiapan intensif menghadapi kejohanan
ini, ia termasuk Brazil yang dilabel sebagai kuasa dominan selepas memenangi
penentuan sepakan penalti ke atas Chile dalam perlawanan yang berlangsung penuh
dramatik dan kini mereka akan bertemu Colombia di suku akhir, awal pagi esok.
Pemain Brazil terutama Neymar
menitiskan air mata kelegaan, penuh emosi dan keletihan selepas menang ke atas
Chile.
Sebelum aksi suku akhir bertemu
Colombia, barisan pemain Brazil perlu menimbangkan semula corak permainan
mereka. Hampir semua daripada mereka lebih kepada corak permainan individu dan
mereka tidak mementingkan kerja secara sepasukan.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE
4.7.14
No comments:
Post a Comment