Ad

Friday, 4 July 2014

KL rapuh terletak atas batu kapur


2014/07/04 - 00:36:36 AM Oleh Petah Wazzan Iskandar dan Zulfaizan Mansor Cetak Emel Kawan
 KL rapuh terletak atas batu kapur
KL rapuh terletak atas batu kapur
Kerja menimbus tanah giat dijalankan selepas terowong yang masih dalam pembinaan runtuh di Jalan Imbi, Kuala Lumpur. - Foto Sairien Nafis
Kuala Lumpur: Mungkin ramai tidak menyedari Lembah Klang yang menjadi pusat pelbagai kegiatan bagi setiap lapisan masyarakat, sebenarnya berada di atas struktur batu kapur yang berisiko berlakunya mendapan tanah atau pasir jerlus.

Kira-kira 40 peratus dasar pusat bandar adalah batu kapur tahap Karst Melampau ditutupi aluvium terkacau (pasir) yang mempunyai risiko mendapan tanpa mengira kedalaman dan keluasan sejak 1960-an.

Keluasan terbabit menjadi Lembah Klang mudah terdedah kepada mendapan atau pasir jerlus sekali gus menyebabkan kerugian yang besar atau kecederaan dan lebih teruk, kehilangan nyawa.

Kejadian mendapan atau pasir jerlus membabitkan beberapa faktor iaitu pengaliran keluar air bawah tanah, bebanan melampau, pergerakan fizikal termasuk pembangunan persekitaran

Kajian Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) mendapati kebanyakan kejadian yang berlaku di Lembah Klang tidak mempunyai kaitan dengan geologikal semula jadi atau keadaan persekitaran tetapi akibat kegiatan manusia.

Kebanyakan kawasan batu kapur yang ditutupi aluvium terkacau akan ditambak dengan beberapa lapisan batu, pasir dan tanah bagi membolehkan pembangunan yang tidak membabitkan penanaman perancah dilakukan tanpa menyedari ia tidak kukuh untuk tempoh panjang.

Pakar Geologi, Prof Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komoo, berkata Kuala Lumpur sebenarnya berada di atas sebahagian besar batu kapur dan sememangnya tanah yang berada di atasnya dianggap bermasalah hingga menyebabkan berlakunya mendapan.
Beliau yang juga Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT), berkata kejadian boleh berlaku apabila batu kapur mempunyai banyak rongga seperti gua dan ia menyebabkan permukaan tanah seperti tergantung dan hanya menunggu masa untuk mendap apabila ia diganggu.

SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE 4.7.14

No comments:

Post a Comment