Ad

Friday, 4 July 2014

PERTARUNGAN NOMBOR 10

PERTARUNGAN NOMBOR 10
Rio de janeiro: Bukan hanya bakat bernilai ratusan juta ringgit menjadi pertaruhan ketika Brazil menentang Colombia pada pertemuan suku akhir awal pagi esok, sebaliknya pertarungan penuh mendebarkan di antara dua penyerang memakai jersi nombor 10 - Neymar dan James Rodriguez.

Kedua-duanya berusia 22 tahun, kedua-duanya sudah mencetuskan impak dan kedua-duanya juga memikul harapan tinggi negara masing-masing.

Jutaan peminat seluruh dunia - dan 60,000 penyokong bertuah di Stadium Casteloa di Fortaleza - akan menyaksikan dengan penuh semangat pertarungan di antara kedua-dua bintang muda itu.

Rebut kasut emas

Tampil hebat sepanjang kempen kali ini, pertemuan ini juga bakal menjadi medan penentu bagi Neymar dan Rodriguez yang bertarung sengit merebut anugerah kasut emas selain membantu mencipta kegemilangan negara masingmasing.


Neymar, sering tampil sebagai wira buat skuad The Selecao sepanjang meniti laluan berliku hingga ke suku akhir, manakala Rodriguez pula berjaya meledak gol pada semua keempatempat perlawanan buat Los Cafeteros untuk muncul penjaring terbanyak setakat ini dengan lima gol.

No comments:

Post a Comment