London: Alexis Sanchez sedia
untuk mengganggu usaha Barcelona mendapatkan khidmat Luis Suarez apabila enggan
menyarung jersi Liverpool.
Barca berminat menggunakan
pemain antarabangsa Chile itu sebagai ‘tawaran tambahan’ dalam usaha memburu
Suarez, tetapi Sanchez difahamkan lebih gemar berpindah ke kelab musuh,
Arsenal.Pengurus Gunners Arsene Wenger
pula sedia menunaikan hasrat pemain Amerika Selatan itu dengan melancarkan
bidaan bagi mendapatkan pemain tengah menyerang itu.Pegawai Barca tiba di London
semalam untuk memulakan rundingan formal dengan Liverpool berhubung minat
mereka terhadap Suarez.
SANCHEZ (kiri) minat sertai
Arsenal.
Liverpool yang berminat dengan
Sanchez, meminta bayaran £80 juta (RM437.6 juta) untuk Suarez musim panas ini.Kelab
Catalan itu pula sedia menggunakan Sanchez yang bernilai £30 juta (RM164.1
juta) sebagai ‘pemanis’ terhadap tawaran mereka mendapatkan Suarez.
Namun Sanchez tampak seperti
memperlekehkan perpindahan ke Anfield itu kerana hatinya lebih berat untuk berpindah
ke Stadium Emirates.
Ini bermakna hanya perjanjian
tunai terus untuk Suarez mungkin sudah memadai bagi memujuk Liverpool menjual
penyerang prolifik mereka.
Sumber rapat dengan Sanchez
memberi gambaran pemain berusia 25 tahun itu lebih suka berpindah ke London,
sekali gus menjadikan Arsenal sebagai pendahulu utama mendapatkan khidmat
pemain berbakat itu.
Pegawai Barca kelmarin
menunjukkan minat terhadap Suarez apabila memuji penyerang Liverpool itu
berhubung kontroversi menggigit.- Agensi
SUMBER-Artikel ini disiarkan
pada : 2014/07/04
No comments:
Post a Comment