KOTA BHARU - Persatuan Bola
Sepak Kelantan (KAFA) tidak meletakkan sebarang harapan tinggi dalam saingan
Piala Malaysia 2014 yang dijadualkan bermula Ogos ini.
Penasihatnya, Tan Sri Annuar
Musa berkata, beliau lebih selesa The Red Warriors turun selaku pasukan
'underdog' dalam saingan Piala Malaysia itu nanti.
"Kekalahan dalam beberapa
aksi terdahulu (Liga Super) memperlihatkan terdapatnya kelemahan dalam pasukan.
Oleh itu, kita perlu realistik dengan kemampuan yang ada, dan saya tidak
meletakan harapan tinggi untuk saingan Piala Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian kepada
pemberita selepas mengadakan majlis dialog terbuka bersama peminat setia The
Red Warriors di sini kelmarin. Yang turut hadir, pemangku Presiden KAFA Datuk
Seri Afandi Hamzah.
Musim ini, Kelantan menamatkan
saingan Liga Super dengan berada di kedudukan keenam selepas mengumpul 31 mata
hasil sepuluh kemenangan, sekali seri, dan sebelas kekalahan.
Dalam perkembangan lain, Annuar
memberitahu, pihaknya kini telah memulakan gerak kerja memperkasakan The Red
Warriors untuk saingan musim hadapan.
Katanya, usaha mengenal pasti
pemain yang bakal menyarung jersi The Red Warriors musim hadapan telah
dilakukan oleh barisan panel kejurulatihan yang telah dilantik oleh KAFA.
"Musim hadapan kita
meletakan untuk kembali memberikan saingan kepada pasukan bertanding, dan
termasuklah mencabar kejuaraan. Kita akan memperkemaskan lagi benteng
pertahanan, sayap, serta serangan dalam usaha memantapkan lagi pasukan termasuklah
membawa pemain import berkelas dunia," ujarnya.
RUJUKAN-
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140628/su_03/Kelantan-tidak-letak-harapan#ixzz36Ozol1TD
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment