Salvador (Brazil): Penyerang
Chelsea, Romelu Lukaku, bantu Kevin De Bryune memperoleh gol pembukaan sebelum
menyumbat gol kemenangan bagi membantu Belgium ke suku akhir, di Arena Fonte
Nova, pagi ini.
Kemenangan 2-1 ke atas USA itu
menyaksikan Beligum akan bertemu Argentina dalam saingan suku akhir, pada Ahad,
6 Julai, 12 tengah malam.
Lukaku, yang masuk menggantikan
Origi, memperoleh gol kedua pada minit ke-105, selepas menerima hantaran dalam
kawasan penalti daripada De Bryune.
Belgium memperoleh gol yang
dicari menerusi De Bruyne selepas memperoleh bola daripada Lukaku, pada minit
k-93.
Bagaimanapun, Belgium tersentak
sedikit apabila pemain muda USA, Julian Green berjaya mencari ruang di kawasan
penalti Belgium untuk merapatkan kedudukan pada minit ke-107.
USA yang dilatih bekas pemain
antarabangsa Jerman, Jurgen Klinsmann memperoleh peluang terbaik pada minit
ke-90, tetapi dipersiakan Wondolowski yang menendang bola melepasi palang
Belgium.
Babak pertama dan kedua
perlawanan menyaksikan USA menguasai kira-kira 51 peratus perlawanan tetapi
hanya mempunyai tiga peluang keemasan untuk mencipta jaringan.
Belgium yang kian memberikan
tekanan pada babak kedua memperoleh sekurang-kurangnya sembilan peluang
keemasan untuk mendahului USA.
Belgium memperoleh peluang
pertama menerusi Origi tetapi rembatan kemas yang dilakkan pemain itu turut
ditampan dengan baik oleh Tim Howard.
Selain penjaga gol Everton
menampan kemas rembatan Origi, aksi mendebarkan babak pertama adalah menerusi
Dempsey yang melakukan rembatan rendah tetapi diselamatkan Courtois.
Perlawanan terganggu seketika
apabila lelaki lari masuk ke padang sebelum ditahan pengawal keselamatan.
Sebelum dibawa keluar dari
padang, lelaki itu sempat menunjukkan baju-t yang dipakainnya yang tertera
’Save Favelas children’ dan sempat berjabat tangan dengan pemain Belgium, Eden
Hazard dan Kevin de Bruyne.
Belgium melakukan enam
pertukaran apabila memasukkan Kompany, Witsel, De Bruyne, Hazard dan Origi.
USA pula melakukan dua
pertukaran berbanding pertemuan mereka dengan Jerman, apabila menyenaraikan
Bedoya dan Cameron menggantikan Davis serta Beckerman.
BELGIUM: Thibaut Courtois; Toby
Alderweireld, Daniel Van Buyten, Vincent Kompany, Jan Vertonghen; Axel Witsel,
Marouane Fellaini, Kevin De Bruyne, Dries Mertens; Divock Origi (Rumelu
Lukaku), Eden Hazard.
USA: Tim Howard; Fabian
Johnson, Omar Gonzalez, Matt Besler, DaMarcus Beasley; Geoff Cameron, Jermaine
Jones, Alejandro Bedoya (Wesley Green), Michael Bradley, Graham Zusi; Clint
Dempsey.
PENGADIL: Djamel Haimoudi
(Algeria) Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/02
No comments:
Post a Comment