Pemain JDT ll, Mohd Zaquan
Adha, (kiri), dihalang pemain Selangor PKNS, Helmi Remeli, ketika beraksi pada
perlawanan playoff bagi melayakkan diri ke Piala Malaysia di Stadium
Perbandaran Selayang, semalam. - UTUSAN/MD.SHAHJEHAN MAAMIN
SELAYANG - Pasukan Liga
Perdana, Johor Darul Tazim II (JDT II) melakar kejutan apabila menyingkirkan
PKNS yang terpaksa beraksi dengan sembilan pemain pada saingan playoff Piala
Malaysia di Stadium Selayang, semalam.
Bekas pemain kebangsaan, Zaquan
Adha Abdul Razak, dan Mohd. Akmal Ishak menjadi watak penting kepada kemenangan
JDT II dengan dua jaringan masing-masing pada setiap separuh masa, sementara
gol tunggal PKNS disumbangkan Karlo Primorac
PKNS terpaksa beraksi dengan 10
pemain pada minit ke-43 selepas Shahurain A. Samah menerima kad kuning kedua
apabila mengasari pemain import JDT II, Jose Manuel Carrasco.
Menerusi kelebihan seorang
pemain yang ada pada JDT II, Mohd. Zaquan Adha akhirnya meletakkan JDT II di
hadapan pada penghujung separuh masa pertama selepas bijak memanfaatkan
kedudukan kelam kabut di hadapan kotak penalti PKNS.
Babak kedua menyaksikan pemain
gantian, Mohd. Akmal Ishak meledakkan gol kedua buat JDT II menerusi serangan
balas pada minit ke-63.
Tersentak dengan dua jaringan
JDT II, PKNS cuba bangkit mengejar dengan jaringan daripada pemain import,
Karlo Primorac pada minit ke-74 yang bijak memperdayakan penjaga gol, Mohd Anis
Faron.
Ketika PKNS FC cuba mendapatkan
gol penyamaan, mereka sekali lagi kehilangan seorang pemain apabila Muhamad
Zulhariz Mohd. Noor dilayangkan kad merah ekoran menerjah keras ke atas pihak
lawan, Mohd. Zaquan Adha pada minit ke-79.
Di Stadium Shah Alam, T-Team
memenuhi ramalan apabila menang 1-0 ke atas Negeri Sembilan melalui jaringan
tunggal Ramzul Zahini Adnan pada minit ke-42.
Dalam permainan yang banyak
dikuasai oleh T-Team, Leandro Dos Santos terlebih dahulu menguji gawang Negeri
Sembilan pada minit ke-35 dari luar kotak penalti yang sedikit tersasar ke
kanan.
Jaringan The Titans terhasil
melalui tendangan deras daripada Jimmy Mulisa yang gagal ditangkap kemas
penjaga gol, Mohamad Yatim Abdullah sebelum ditolak masuk oleh Ramzul.
Dua minit kemudian, Negeri
Sembilan berpeluang menyamakan kedudukan, namun sepakan percuma cantik oleh
Ivan Basic ditolak keluar penjaga gol T-Team, Wan Azrai Wan Teh.
RUJUKAN-Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140629/su_04/JDT-II-T-Team-lengkapi-slot-ke-Piala-Malaysia#ixzz36J5MqLK5
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment