Ad

Thursday, 3 July 2014

Neymar tidak utamakan anugerah Kasut Emas


 03/07/2014 10:39am

TERESOPOLIS, Brazil – Bintang utama Brazil, Neymar mendedahkan dia tidak mahu memikirkan mengenai anugerah Kasut Emas.

‘Saya kini hanya berminat untuk mmenjuarai Piala Dunia,” katanya semalam.

Pemain berusia 22 tahun itu berada dalam senarai teratas untuk memenangi anugerah berprestij tersebut selepas menjaringkan empat gol dalam tiga perlawanan peringkat kumpulan.

Kedudukan tersebut meletakkan Neymar berada di kedudukan kedua di belakang penjaring terbanyak setakat ini, James Rodriguez dari Colombia.

“Saya tidak berminat untuk menjadi pemain terbaik. Saya juga tidak mahu menjadi penjaring terbanyak. Apa yang penting bagi saya ialah gelaran juara Piala Dunia.

“Itu adalah impian saya sejak dulu. Tidak kira bagaimana, saya hanya mahukan gelaran juara. Saya akan membantu rakan sepasukan dengan bermain pada tahap terbaik.

“Bukan hanya sekadar menjaringkan gol tetapi melakukan segalanya untuk memastikan Brazil menjuarai Piala Dunia di tempat sendiri,” ujar Neymar.

Brazil hampir tersingkir dari saingan Piala Dunia pada pusingan kedua selepas terpaksa berdepan penentuan penalti ketika bertemu Chile.

Malah Neymar dilihat menangis di bahu jurulatih pasukan, Luiz Felipe Scolari selepas perlawanan namun menjelaskan dia langsung tidak berasa tertekan sepanjang perlawanan tersebut.

“Saya sangat tenang. Tidak bimbang kerana perasaan itu akan menganggu tumpuan untuk memenangi perlawanan itu.

“Kami tahu kami akan berdepan dengan pasukan yang hebat tetapi kami tidak takut. Kami hanya mahu mara ke pusingan suku akhir dan menang.

“Ya, kami dicabar dengan teruk oleh Chile. Ia satu perasaan yang tulen. Saya menangis kerana gembira. Ia perlawanan paling mencabar setakat ini.

“Bagi saya, ia satu penghormatan di mana saya berada sekarang termasuk menyarung jersi Brazil di Piala Dunia,” kata Neymar.

Pemain Barcelona itu juga turut memuji Scolari dan mengakui semua pasukan menghormatinya.

“Scolari sangat penting. Para pemain sangat menyanyanginya sebagai jurulatih. Kami hormati dia.

“Dia adalah lelaki yang akan menghormati kamu sekiranya anda menghormatinya. Kami gembira bekerjasama dengannya.


“Misinya juga sangat jelas iaitu memenangi Piala Dunia dan ia dikongsi oleh kami,” tambah Neymar. – Agensi SUMBER-KOSMO ONLINE 3.7.14

No comments:

Post a Comment