Oleh Asrol Awang
Kuantan: Pemain paling senior
Pahang, Jalaluddin Jaafar percaya kelibatnya akan dapat disaksikan dalam
saingan Piala Malaysia berbanding hanya diletakkan sebagai pemain simpanan pada
aksi Liga Super dan Piala FA musim ini.
Justeru, pemain kelahiran
Pekan, Pahang itu akan berusaha menambat hati pengendali Tok Gajah Zainal
Abidin Hassan bagi memastikan namanya tersenarai dalam kesebelasan utama.
Bagi merealisasikan impian itu,
Jalaluddin berkata, dia tidak akan mengecewakan Zainal Abidin terutama dalam
membantu memperkasakan jentera pertahanan.
“Memang diakui musim ini saya
lebih banyak diturunkan sebagai gantian, tapi saya tetap berharap dapat berada
dalam kesebelasan utama pada saingan Piala Malaysia,” katanya.
Ditanya peluang Pahang
mempertahankan piala berprestij itu musim ini, Jalaluddin berkata, dengan
menerapkan disiplin tinggi dan fokus terhadap setiap perlawanan, gelaran juara
boleh menjadi milik skuad Tok gajah.
“Pada masa sama, sokongan padu
peminat yang selama ini tidak putus-putus memberikan suntikan moral akan
membantu memotivasikan kami.
“Jika segala-galanya mengikut
percaturan, kami mampu mengulanginya sekali lagi musim ini,” katanya.
Musim ini, Pahang sudah
merangkul dua gelaran, juara Piala FA dan Piala Sumbangsih manakala skuad
kendalian Zainal Abidin menduduki tempat ketiga saingan Liga Super.
JALALUDDIN (kiri) idam
kesebelasan utama Tok Gajah.
Artikel ini disiarkan MY METRO pada
: 2014/07/03
No comments:
Post a Comment