Ad

Friday, 2 June 2017

PENJARING TERBANYAK PASUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA 2017



OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
BIL
NAMA PEMAIN
UMUR
KAP
GOL
1
SAFEE SALI
33
74
23
2
SAFIQ RAHIM
29
68
15
3
AMRI YAHYAH
36
66
13
4
MOHD AMIRUL HADI ZAINAL
31
34
07
5
BADDROL BAKHTIAR
29
50
06
6
HAZWAN BAKRI
25
21
06
7
AZAMUDDIN AKIL
32
34
05
8
AIDIL ZAFUAN
29
71
03
9
MAHALI JASULI
28
42
02
10
SYAZWAN ZAINON
27
05
01
11
S.CHANTURU
29
13
01

Thursday, 1 June 2017

Skuad negara diundi dalam kumpulan `maut'

ARKIB : 04/08/2005

PETALING JAYA - Kejayaan dalam kejohanan Piala Lion City baru-baru ini telah menyemarakkan keyakinan skuad bawah 20 tahun negara untuk berdepan dengan cabaran apabila bermulanya kejohanan bola sepak Bawah 20 AFF di Palembang, Indonesia yang bermula esok hingga 19 Ogos.

Malaysia akan benar-benar teruji setelah diundi bertemu Thailand, Indonesia, Myanmar dan Brunei dalam Kumpulan A.

Kumpulan B pula menyaksikan persaingan antara Vietnam, Singapura, Laos, Filipina dan Timor Leste.

``Piala Lion City adalah satu pertandingan yang bagus untuk dan ia telah menyuntik keyakinan ke dalam diri pemain-pemain untuk bermain di Palembang,'' kata jurulatih skuad, K. Rajagopal (gambar) semalam.

Malaysia, yang diwakili oleh skuad Bawah 18 muncul juara Piala Lion City di Singapura setelah mengalahkan Singapura A dalam perlawanan akhir. Malaysia menang 4-2 menerusi sepakan penalti penentuan setelah kedudukan terikat 2-2 selepas tamat masa permainan sebenar.

``Sudah tentu kami mahu mencatat kejayaan tetapi yang lebih penting ialah kejohanan ini akan membolehkan kami mengenal pasti pemain-pemain untuk kelayakan Bawah 20 Asia yang akan berlangsung pada November.

``Jadi saya agak yakin bahawa dengan adanya pemain-pemain tonggak yang kami bawa bersama, kami akan mencipta persembahan yang bagus dan layak ke pusingan seterusnya iaitu separuh akhir,'' ujarnya.

Tonggak skuad yang menang di Singapura seperti Mohd. Shafiq Jamal, Amini Ahmad Tabarani, Mohd. Khyril Muhaymeen Zamri, Wan Mohammad Aliff dan ketua pasukan Aidil Zafuan Radzak berada dalam senarai ke Palembang.

Daripada sebanyak 25 pemain yang menyertai latihan bulan ini, lima telah digugurkan daripada skuad itu, yang berlepas ke Palembang petang semalam.

Mereka yang digugurkan ialah Khairul Fahmie Che Mat, Mohd. Syazwan Marzuki, Mohd. Hafizuldin Mat Noor dan K. Thinagaran, Mohd. Hisyammudin Syaari.

Rajagopal berkata, walaupun Thailand dan Indonesia akan menjadi pencabar utama skuadnya mereka tidak boleh memperkecilkan kekuatan Brunei dan Myanmar, yang akan turut ditemui dalam pusingan kelayakan ke kejohanan Bawah 20 Asia pada November nanti.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0804&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4inMNxRp0
© Utusan Melayu (M) Bhd

Cuti sekolah seminggu sempena Aidilfitri



Cuti sekolah Aidilfitri        
MURID dan pelajar sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan diberikan cuti selama seminggu sempena Hari Raya Aidilfitri nanti. - UTUSAN ONLINE/GAMBAR HIASAN/MOHD. NAIM AZIZ

Ahmad Shazwan Md. Yusof

29 Mei 2017 3:42 PM
KUALA LUMPUR 29 Mei - Sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan bakal menikmati ‘cuti panjang’ selama seminggu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 25 Jun ini.

Kementerian Pendidikan dalam satu pekeliling sebelum ini memberitahu, bagi sekolah kumpulan A yang terdiri daripada Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu, akan mula bercuti pada 23 Jun sehingga 1 Julai ini.

Bagi sekolah Kumpulan B yang terdiri daripada Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, pahang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan pula akan bercuti pada 24 Jun sehingga 2 Julai ini.

“Kementerian telah menyelaraskan tarikh-tarikh cuti perayaan bagi sesi persekolah bagi 2017 yang melibatkan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Hari Kaamatan, Hari Gawai dan Hari Natal.

“Semua sekolah hendaklah mematuhi cuti perayaan yang diperuntukkan kementerian dan cuti ini tidak perlu diganti,” kata pekeliling yang dikeluarkan Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, di sini baru-baru ini.

Kekeliruan timbul ekoran penyebaran jadual cuti persekolahan selama seminggu di media sosial yang didakwa terlalu hampir dengan cuti pertengahan tahun selama dua minggu bermula 26 dan 27 Mei lalu.

Ini bermakna, murid dan pelajar akan bersekolah selama dua minggu selepas berakhir cuti pertengahan pada 11 Jun ini, sebelum kembali bercuti selama seminggu sempena Aidilfitri.

Sementara itu, cuti pertengahan tahun kali ini serentak dengan cuti perayaan Hari Kaamatan pada 30 dan 31 Mei sementara Hari Gawai pula jatuh pada 1 dan 2 Jun ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/cuti-sekolah-seminggu-sempena-aidilfitri-1.487313#ixzz4inFvWGf2
© Utusan Melayu (M) Bhd
SUMBER- UTUSAN ONLINE 29 Mei 2017 3:42 PM

Keadaan Sidek stabil



ARKIB : 31/07/2005

KUALA LUMPUR - Keadaan kesihatan Sidek Abdullah Kamar yang dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, didapati stabil.

Pengarah hospital berkenaan, Dr. Yahya Baba berkata, bapa kepada bekas pemain badminton negara, Misbun, Razif, Jalani, Rahman dan Rashid Sidek itu dilaporkan tidak lagi menghadapi sebarang masalah kesihatan.

``Beliau mungkin dibenarkan keluar hospital (discaj) minggu depan tetapi perlu menjalani beberapa pemeriksaan termasuk ujian darah ketika ini,'' katanya, semalam.

Sidek, 69, mulanya dikejarkan ke Hospital Banting oleh ahli keluarganya setelah dilaporkan mengalami kekejangan sebelum dimasukkan ke HTAR kira-kira pukul 3 pagi, kelmarin.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0731&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4il2xY4Aj
© Utusan Melayu (M) Bhd