Ad

Monday, 5 November 2018

FAKTOR CAMPUR TANGAN KUASA ASING DI SARAWAK

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Penentangan di Sarawak 1836 - l84l
Sebelum tahun 1836, Sarawak merupakan sebahagian daripada Kesultanan Brunei di bawah Sultan Omar Ali Saifuddin. Pada mulanya kerajaan Brunei tidak campur tangan langsung dalam pentadbiran Sarawak. Sarawak ditadbir oleh pembesar-pembesar tempatan sahaja.Bagi memudahkan kerajaan Brunei menguasai ekonomi Sarawah khasnya pengeluaran antimoni dan emas, Sultan Omar Ali Saifuddin telah menghantar Pangeran Indera Mahkota (seorang bangsawan Brunei  sebagai wakil baginda untuk memerintah Sarawak.[1]

Pangeran Indera Mahkota mentadbir Sarawak.
      Perlantikan Pangeran Indera Mahkota tidak digemari oleh pembesar Melayu tempatan. Perlantikan ini akan menjejaskan kedudukan ekonomi mereka. Dengan membina pusat pentadbiran di Kuching Pangeran Indera Mahkotamengambil alih semua tugas dan tanggungjawab pentadbiran dan punca kekuasaan daripada pembesar Melayu tempatan.[2]Mereka kehilangan monopoli perdagangan dan penguasaan ke atas lombong emas dan antimoni yang merupakan eksport utama Sarawak ketika itu.

      Beliau juga mengenakan cukai yang tinggi ke atas orang Melayu. Membeli hasil orang Melayu dengan harga yang rendah.Menindas orang Bidayuh sebagai buruh paksa di lombonglombong antimoni miliknya.Sekiranya orang Bidayuh gagal menjelaskan hutang, anak isteri mereka akan dijadikan hamba abdi. Penduduk Sarawak dipaksa membeli barang daripada Pangeran Indera Mahkota dengan harga yang tinggi.

Akibat penindasan ini, orang Biilayuh. memulakan penentangan pada tahun 1836. Penentangan ini disertai oleh orang Melayu yang dipimpin oleh Datu Patinggi Ali dan orang Dayak. Memandangkan kelemahan Pangeran Indera Mahkota untuk mematahkan penentangan, Sultan Brunei telah menghantar Pangeran Muda Hashim ke Sarawak.

Pakatan Pangeran Raja Muda Hashim dengan James Brooke
Pangeran Raja Muda Hashim mengambil keputusan meminta bantuan orang luar.Kebetulan ketika itu James Brooke seorang bekas tentera SHTI dan pengembara telah tiba di Sarawak pada tahun 1839. Beliau dihantar oleh Gabenor Singapura untuk memberi sepucuk surat kepada Pangeran Raja Muda Hashim. Pangeran Raja Muda Hashim dengan segera meminta bantuan Brooke untuk mematahkan penentangan di Kuching.Sebagai balasan, James Brooke akan dilantik sebagai Gabenor Sarawak dan berkuasa mentadbir Sarawak sebdgai wakil Sultan Brunei. James Brooke bersetuju dengan tawaran tersebut.[1]

[1]Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusof, “Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara Penggal 3,” (Oxford Fajar Sdn. Bhd.,Shah Alam, 2013),58.

Cara perluasan kuasa di Negeri-Negeri Melayu

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
1.Melalui tipu helah
Cara Francis Light mendapat Pulau Pinang daipada Sultan Kedah
2.Perjanjian/pemuafakatan
Pejanjian  Briish-Belanda 1824
Perjanjian Pangkor 1874 dengan Sultan Perak.
3.Peperangan
Pengeboman Kuala Terengganu 1862 kerana British cuba campur tangan di Pahang.[1]
1.Melalui tipu helah
Cara Francis Light mendapat Pulau Pinang daipada Sultan Kedah
Perluasan kuasa British di Tanah Melayu bermula pada abad ke-18 lagi, iaitu dengan pendudukan Pulau Pinang 1786. Francis Light menduduki Pulau Pinang secara tipu helah. Contohnya Perjanjian Inggeris-Kedah 1786 antara Fancis Light yang mewakili SHTI dengan Sultan Abdullah untuk membuka Pulau Pinang sebagai  pangkalan tentera dan pusat perdagangan British. Franci Light tanpa persetujuan SHTI di India telah menjanjikan bantuan ketenteraan kepada Sultan Kedah sekiranya Kedah diancam oleh musuh. Sebagai balasan, baginda membenarkan British menduduki Pulau Pinang. Namun SHTI tidak menghantar bantuan bantuan tentera kepada Sultan Kedah ketika Siam menyerang Kedah untuk menghukum baginda. Ini berikutan SHTI tidak meluluskan syarat bantuan ketenteaan seperti yang ditawarkan oleh Light.[2]      

2.Perjanjian/pemuafakatan
Pejanjian  British-Belanda 1824
Perjanjian British-Belanda 1824 yang juga dikenali sebagai Perjanjian London 1824 dimeterai oleh George Canning bagi pihak British dan Charles W. Wmn bagi pihak Belanda dibuat tanpa persetujuan Raja-Raja Melayu yang terlibat. Perjanjian ini dimeterai untuk menangani ketengangan dalam hubungan British Belanda  serta bantahan Belanda terhadap pembukaan Singapura pada tahun 1819.

Syarat-syarat Pejanjian  British-Belanda 1824
1.      Belanda meniktiraf kedudukan British di Singapura..Sementara British pula mengiktiraf kedudukan Belanda di Pulau Belitong.
2.      Belanda akan menyerahkan Melaka kepada British menyerahkan Bangkahulu kepada Belanda,
3.      Bekerjasama untuk membeneras kegiatan lanun yang berleluasa di perairan Kepulauan Melayu.
4.      Belanda berjanji tidak akan mengikat sebarang perjanjian  atau terlibat dalam hal ehwal Negeri-Negeri Melayu.
5.      British berjanji tidak akan mengikat sebarang perjanjian atau terlibat dalam hal ehwal mana-mana kerajaan di Selatan dari Singapura dan yang berada di bawah pengaruh pihak Belanda di Sumatera.[3]

Perjanjian Pangkor 1874 dengan Sultan Perak.
      Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 17 Januari 1874 ekoran tindakan Raja Muda Abdullah meminta bantuan British untuk mendapat takhta Perak. Perjanjian ini dibuat di antara  Andrew Clarke, Raja Abdullah yang berkuasa di Hilir Perak besama-sama dengan pembesar-pembesar yang menyokong Raja Abdullah iaitu Bendahara, Temenggung, Orang Kaya Menteri, Shahbandar. Raja Mahkota, Laksamana dan Dao’ Sagor

      Antara sebab-sebab perjanjian Pangkor ditandatangani ialah pergaduhan kongsi gelap China di Larut di antara dua kumpulan yang bermusuhan yang dikenali sebagai Ghee Hin dan Hai San. Sebab kedua ialah perebutan takhta di Perak keana sistem pewarisan takhta di Perak berbeza dengan Negeri-Negei Melau yang lain. Mengikut sistem ini tiga buah keluarga Diaja berkongsi hak menaiki takhta kerajaan. Setiap keluarga akan mencalonkan seorang putera yang bakal menaiki takhta melalui suatu sistem pusingan.

      Apabila Sultan Ali mangkat pada tahun 1871, ada tiga orang yang menuntut takhta kerajaan iaitu Raja Abdullah, Raja Ismail dan Raja Yusuf. Raja Abdullah yang menetap di Batak Rabit diundang menghadiri istiadat pemakaman al-mahum Sultan Ali si Sayong. Mengikut istiadat Melayu Perak, bakal sultan mesti hadir dan mengangkat sumpah sebagai sultan yang baharu. Raja Abdullah tidak hadir kerana takut dibunuh oleh pengikut Raja Yusuf kerana beliau terpaksa melalui daerah yang didiami oleh Raja usuf, iaitu Senggang.[4]

      Rundingan Pangkor mula mula diadakan pada 17 Januari 1874 di atas kapal Pluto. Setelah iga hari berunding, satu perjanjian ditandatangani antara Andew  Clarke dengan semua pihak yang terlibat pada 20 Januari 1874. Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Pangkor.[5]       .

Syarat-Syarat Perjanjian Pangkor 1874
1.      Raja Abdullah diktiaf British sebagai Sultan Perak. Sultan Ismail dilucutkan gelaran Sultan Perak walaupun baginda tidak mengiktiraf perjanjian tersebut diberi gelaran Sultan Muda dengan bayaran pencen $1000.00 serta diberikan satu kawasan jajahan.
2.      Seorang Residen British dilantik untuk menasihati sultan dalam semua aspek pentadbiran negeri kecuali perkara berkaitan agama ada adat istiadat Melayu. Nasihat Residen ini mesti diperolehi dan diikuti oleh sultan.
3.      Ngah Ibahim kekal menjadi Orang Kaya Menteri Paduka Tuan di Larut tetapi kuasa beliau dikuangkan. Kapten Speedy sebagai Penolong Residen untuk membantu beliau mentadbir Larut.
4.      Residen British mengambil alih semua urusan kutipan cukai dan perbelanjaan wang kutipan cukai Perak.Hak dan kuasa pembesar Melayu untuk mengutip cukai dimansuhkan dan diberi pencen bulanan.
5.      Wilayah Dinding diambil alih oleh pihak British dan diletak di bawah Negeri-Negeri Selat supaya masalah perlanunan dapat dibenteras.[6]   
3.Peperangan
Pengeboman Kuala Terengganu 1862 kerana British cuba campur tangan di Pahang.
Selepas kemangkatan Bendahara Ali 1857, timbul perbalahan di antara dua anaknya, Wan Mutahir dan Wan Ahmad. Ini membawa  kepada tercetus Perang Saudara. Wan Ahmad meminta bantuan dari kerajaan Siam. Siam ingin menjadikan Terengganu sebagai pangkalan untuk melancarkan seangan ke atas Pahang. Kerja melombong bijih timah di Kuantan terjejas.

      Demi menjaga kepentingan ekonomi Pahang dan menyekat perluasan kuasa Siam di NNM. Gabenor NNS, Orfeur Cavenagh memberi amaran kepada Sultan Teengganu supaya tidak terlibat dalam Peang Saudara di Pahang. Tetapi amaran  Gabenor NNS, Orfeur Cavenagh tidak dipedulikan. Gabenor NNS, Orfeur Cavenagh menghanta sebuah kapal perang untuk menyerang Terengganu. Apabila rundingan dengan Sultan Terengganu gagal, British menggunakan kekerasan dengan membedil Kuala Terengganu.[7]

Faktor-faktor peluasan kuasa asing di Negeri-Negeri Melayu.

Oleh-Ahmad bin Yaakob
Membincangkan faktor dan cara perluasan kuasa asing di Negeri-Negeri Melayu, Sabah dan Sarawak
1.Konsep perluasan kuasa.
Dasar meluaskan empayar atau tanah jajahan atau dasar imperialisme kuasa asing. Ringkasnya peluasan kuasa asing ialah penglibatan kuasa asing dalam hal ehwal politik sesebuah kawasan, wilayah atau negeri.[1]
a)Faktor-faktor peluasan kuasa asing di Negeri-Negeri Melayu.
1.Sebab-sebab ekonomi.
Pada peringkat awal, kuasa Barat hanya memerlukan pasaran dan pusat perniagaan sahaja. Selepas berlaku Revolusi Perindustrian, keperluan Britain berubah kepada kepentingan mendapatkan bahan mentah.Tanah Melayu mempunyai banyak bahan mentah seperti bijih timah, kelapa, emas dan lain-lain.[2] Selepas Revolusi Perindustrian, Amerika Syarikat dan Britain menjadi pemeli bijih timah yang terbesar. Ini kerana perusahaan mengetin makanan menghidupkan kembali permintaan terhadap bijih timah.[3]

Kuasa Barat juga mempunyai keinginan untuk melabur di Tanah Melayu.Sebelum tahun 1874,saudagar-saudagar British dan pegawai British mempunyai kepentingan ekonomi yang besar di Negeri-Negeri Melayu seperti Pahang, Sungai Ujong, Selangor dan Perak secara persendirian atau berkongsi dengan pedagang China dan ada kalanya dengan pembesar-pembesar Melayu. Sebagai contoh Paterson, Simons dan rakan-rakannya telah membayar $330 500 untuk mendapatkan konsesi di Kuantan pada tahun 1868. Syarikat Bijih Timah Sungai Ujong telah membayar $30 000 pada tahun 1872kepada Dato’ Kelana bagi     mendapatkan konsesi perlombongan. Tanah jajahan juga turut memainkan peranan penting untu memasarkan barangan kilang.[4]
.
2.Bimbang campur tangan kuasa-kuasa Barat lain.
Berlaku persaingan untuk menambahkan tanah jajahan di Barat. Ini menyebabkan British bimbang akan pertapakan kuasa Barat lain. Tahun 1870-1914 merupakan satu jangka masa yang aman di Eropah. Menjelang tahun 1870-an, semangat imperialisme dan perlumbaan mencari tanah jajahan telah meningkat di kalangan negara-negara Eropah. Kuasa Barat seperti Belanda, Itali, Perancis, Rusia berusaha untuk mendapatkan tanah jajahan. Antara kuasa-kuasa besar itu, Jerman paling dicurigai oleh British kerana selepas Penyatuan Jerman 1871, negara tersebut telah melancarkan satu dasar agresif yang menancam kedudukan British. Jerman telah menunjukkan minat untuk mendapatkan Pulau Langkawi. Rusia ingin membuka petempatan di Ujung Salang, manakalaPerancis bercadang membuka terusan di Segenting Kra. Amerika Syarikat pula menunjukkan minat untuk meluaskan pengaruhnya di Terengganu.

      Lord Kemerly, Setiausaha Negara bagi tanah jajahan British menegaskan kemungkinan Jerman akan campur tangan di Selangor. Beliau bimbang dengan keadaan tersebut lalu mengambil pendirian bahawa British tidak akan membenarkan sebarang kuasa asing membentuk tanah jajahan di Tanah Melayu.[5]Beliau telah mengarahkan Sir Andrew Clarke bakal Gabenor Negeri-Negeri Selat supaya membuat laporan tentang memulihkan keamanan di Negeri-Negeri Melayu untuk melindungi kepentingan pelabur dan kerajaan British.[6]
3.Perubahan politik dan dasar di Britain
Perubahan kerajaan daripada kerajaan liberal kepada kerajaan konservatif telah mempengaruhi perubahan daripada dasar tidak campur tangan kepada dasar campur tangan British di Tanah Melayu  pada tahun 1874. Kemenangan Parti Konsevatif mengalahkan Parti Liberal di Britain serta membentuk kerajaan baharu di bawah Disraeli yang menganut fahaman imperialisme telah mempengaruhi politik England. Kejayaan Parti Konsevatif menguasai kerajaan Britain Januari 1874 telah membawa kepada campur tangan British di Tanah Melayu. Perunahan ini elah disokong oleh pegawai-pegawai British  seperti Lord Kimberley dan Andrew Clarke.
4.Pembukaan Terusan Suez.
Terusan Suez telah dibina oleh Perancis di bawah pimpinan juruteranya yang bernama Ferdinand de Lesseps. Pembukaan Terusan Suez 1869 memendekkan jarak dari Barat ke India, China dan Asia Tenggara serta dapat menjimatkan kos pengangkutan.Pembukaan nya menggalakkan kedatangankuasa-kuasa Barat ke Timur.[7]
Pembukaannya menyebabkan kuasa Barat memperkukuhkan kedudukan politik mereka di Asia. Terutama apabila British telah membeli saham dari Khedif Gabenor Mesir yang hampir muflis.Dengan  penguasaan British ini maka imperialisme Barat dapat mara dengan cepat ke Asia Tenggara terutama ke Negeri-Negeri Melayu. Pembukaan Terusan Suez juga menyebabkan pelabuhan-pelabuhan baru dibuka seperti Singapura. Kedudukan Singapura telah menjadi tumpuan kepada pedagang dan penjajah Barat terutama British dan Belanda.[8]
5.Keadaan huru-hara di Negeri-Negeri Melayu.
Pada masa itu berlaku keadaan huru-hara di Tamah Melayu contohnya di Perak, Negeri Sembilan dan Pahang.
Berlaku perebutan takhta di Perak antara Raja Abdullah dan Raja Ismail. Manakala di Selangor berlaku Perang Kelang 1867 antara Raja Mahadi dengan Raja Abdullah.Perang Saudara di Pahang tercets disebabkan oleh perebutan jawatan Bendahara antara Wan Mutahir dengan Wan Ahmad. Pada tahun 1869, Tengku Antah dan Tengku Ahmad bersengketamerebut jawatan Yam Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Berlaku perebutan kuasa di kalangan pembesar-pembesar Melayu untuk menguasai kawasan perlombongan bijih timah.
Perang Larut 1861-1873 berlaku di Perak.Ia melibatkan perkelahian antara kongsi gelap Cina Ghee Hin dan Hai San.[9]Perang ini berpunca dari pertelingkahan untuk mendapatkan kawasan lombong yang lebih luas.

Keadaan huru-hara ini menyebabkan saudagar dan pelabur di Negeri-Negeri Melayu membuat rayuan kepada British di Singapura dan London bagi mendapatkan perlindungan British. Keperluan untuk campur tangan semakin mendesak. Pada tahun 1873 seramai 243 orang pedagang Negeri-Negeri selat menulis surat kepada Setiausaha Tanah Jajahan British, Lord Kimberley bagi mendesai British untuk campur tangan.[10]

SISTEM EKONOMI KOMERSIAL DI TANAH MELAYU

Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
Ekonomi komersial lebih mementingkan keuntungan dan pengumpulan harta melalui proses penukaran barangan atau jual beli serta melibatkan pembayaran. Kegiatan perdagangan dalam ekonomi bercorak komersial mencapai zaman kegemilangan  pada abad ke-15 dan ke-16 di  Melaka.Walaupun kegiatan seperti menternak , berburu binatang, mengumpul hasil hutan dan tanaman padi sering dianggap sebagai  kegiatan ekonomi tradisional, namun kegiatan ini juga turut dijalankan secara komersial.[1]   
b) Ciri-Ciri ekonomi komersil.
1.Penggunaan wang
Pada tahun 1800-an Negeri-Negeri Melayu telah mempunyai mata wang sendiri, Baang beharga yang diterima sebagai wang terdiri daripada logam berharga seperti emas,perak atau tembaga. Pada abad ke-19 di Negeri Sembilan, Pahang, Selangor dan Perak menggunakan mata wang timah yang dikenali  sebagai jongkong tampang yang berbentuk separuh piramid atau pagoda. Contoh wang seperti tampang buaya dan syiling yang mempunyai nama pemerintah.[2]

2.Tempat jual-beli
      Urusan jual beli dijalankan di tempat yang tertentu  sama ada di pasar atau di tempat-tempat lain seperti kuala sungai yang menjadi tumpuan para pedagang.

3.Melibatkan golongan rakyat dan pemerintah.
      Rakyat jelata juga terlibat dengan ekonomi komersial yang diekanali sebagai berjaja. Ekonomi komersial golongan pembesar agak berbeza. Pembesar biasanya menjadi pemodal. Pembesa dikenali sebagai usahawan dalam kalangan masyarakat. Pembesar menguasai dan mengawasi perdagangan impot dan ekspot . Pembesar melantik wakil tertentu untuk menjalankan perniagaan  yang dikenali sebagai kiwi atau orang yang mahir dalam perniagaan.

4.Wujud perdagangan dengan negara luar.
      Perdagangan dengan dunia luar dijalankan di muara sungai yang menjadi pelabuhan persinggahan. Perdagangan dengan negara luar dikuasai oleh golongan pemerintah. Pelabuhan ini menjadi persinggahan utama saudagar-saudagar dari Asia Tenggara, India, Arab dan China. Oleh itu lalun Selat Melaka menjadi bertambah penting .

      Pada abad ke-19,Kuala Terengganu dan Kota Bharu juga muncul sebagai pusat perdagangan penting. Nilai debu emas yang didagangkan di Teengganu antara tahun 1835-1836 bernilai 14,840 wang Sepanyol. Kehadiran British ke Tanah Melayu membawa masuk pelaburan asing terutama dalam sektor perladangan dan perlombongan bagi tujuan ekspot.[3]

[1] Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)  Edisi Kemaskini, (Shah Alam:Oxford Fajar,2014),396.
[2] “Sistem Ekonomi”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3,21.
[3] Ibid,22.

Sunday, 4 November 2018

Cheng Hoe gugur tiga pemain

 NOR AZAM ABDUL AZIH (kiri) antara pemain yang digugurkan daripada
NOR AZAM ABDUL AZIH (kiri) antara pemain yang digugurkan daripada skuad ke Piala AFF 2018.
04 November 2018 3:13 PM

KUALA LUMPUR 4 Nov. - Ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, Tan Cheng Hoe melengkapkan senarai 23 pemain ke Kejuaraan Piala Bola Sepak Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Suzuki 2018 yang bermula Khamis ini apabila menggugurkan tiga pemain.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan memaklumkan tiga pemain berkenaan adalah pemain pertahanan kanan, Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham dari Johor Darul Ta’zim (JDT) serta dua pemain tengah, Nor Azam Abdul Azih (Pahang) dan Azzizan Nordin (Sabah).

Cheng Hoe menggugurkan tiga pemain berkenaan selepas aksi persahabatan di antara Malaysia dan Maldives di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi yang menyaksikan Malaysia menang 3-0.

Pengendali berusia 50 tahun itu menyenaraikan 26 pemain untuk menjalani sesi latihan pusat skuad Harimau Malaya yang bermula sejak 24 Oktober lalu.

Daripada 23 pemain yang disenaraikan kali ini, lapan pemain adalah mereka yang pernah beraksi pada edisi 2016 yang dihoskan bersama Myanmar dan Filipina iaitu Ahmad Hazwan Bakri, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, Shahrul Mohd Saad, Nazirul Naim Che Hashim, Mohd. Syazwan Zainon, Zaquan Adha Abd Radzak, Norshahrul Idlan Talaha dan Khairul Fahmi Che Mat.

Khairul Fahmi dan Norshahrul Idlan pula pernah membantu Malaysia muncul juara buat pertama kali pada edisi 2010 yang dihoskan bersama oleh Indonesia dan Vietnam.

Piala Suzuki AFF 2018 tampil dengan format baharu saingan peringkat kumpulan iaitu tanpa tuan rumah bersama yang menyaksikan setiap pasukan kali ini akan dapat beraksi dua perlawanan di tempat sendiri dan dua perlawanan di tempat lawan.

Malaysia telah diundi dalam Kumpulan A bersama Vietnam, Myanmar, Kemboja dan Laos manakala Kumpulan B dibarisi juara bertahan Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura dan Timor-Leste yang menang perlawanan kelayakan dengan Brunei.

Malaysia bakal membuka kempen bertemu Kemboja di Stadium Olimpik Kemboja di Phnom Penh pada 8 November sebelum menanti kunjungan Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 12 November

Skuad Harimau Malaya akan meneruskan saingan menentang Vietnam di Stadium My Dinh, Hanoi pada 16 November sebelum menanti kunjungan Myanmar pada aksi terakhir Kumpulan A di Bukit Jalil pada 24 November. - BERNAMA

SENARAI 23 PEMAIN

PENJAGA GOL: Farizal Marlias (JDT); Khairul Fahmi Che Mat (Melaka); Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy (Perak)

PERTAHANAN : Aidil Zafuan Abd. Radzak, Adam Nor Azlin (JDT); Shahrul Mohd Saad, Amirul Azhan Aznan, Nazirul Naim Che Hashim (Perak); Muhammad Syazwan Andik Mohd Ishak, Muhammad Irfan Zakaria (Kuala Lumpur); Muhammad Syahmi Safari (Selangor)

TENGAH : Mohamed Syamer Kutty Abba (JDT); Muhammad Akram Mahinan (Kedah); D. Kenny Pallraj (Perak), Muhammad Safawi Rasid (JDT); Mohd Syazwan Zainon, Muhammad Akhyar Abdul Rashid (Kedah); Mohamadou Sumareh (Pahang)

PENYERANG : Ahmad Hazwan Bakri, Muhammad Syafiq Ahmad (JDT); Zaquan Adha Abd Radzak (Kuala Lumpur); Norshahrul Idlan Talaha (Pahang); Muhammad Shahrel Fikri Md. Fauzi (Nakhon Ratchasima
SUMBER-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/cheng-hoe-gugur-tiga-pemain-1.781180#ixzz5VwEryzw6 © Utusan Melayu (M) Bhd