AFP
PEMAIN pertahanan England, Harry Maguire (tengah) berlatih bersama rakan sepasukan menjelang pertarungan dengan Ukraine di suku akhir Euro 2020, hari ini. FOTO AFP
Rome: England akan berwaspada menentang Ukraine, pasukan yang mencipta kejutan mara ke suku Euro 2020 di Rome, hari ini.
Selepas menewaskan musuh lama, Jerman di pusingan kalah mati buat kali pertama sejak final Piala Dunia 1966, jurulatih England, Gareth Southgate berkata, kemenangan bersejarah itu tidak bermakna jika mereka tewas di tangan Ukraine.
Peluang kini seolah-olah terbuka luas buat England, yang menjadi pasukan pilihan menewaskan Ukraine, yang dibimbing bekas pemenang Ballon d'Or, Andriy Shevchenko, menyebabkan Southgate menggesa pemainnya memanfaatkan peluang itu.
"Sebaik wisel penamat perlawanan sebelum ini, pemain sudah mula bercakap mengenai perlawanan berikutnya dan terus bersedia," kata Southgate apabila England turun kali pertama di gelanggang di luar Wembley bagi Euro 2020.
"Mereka sedar, walaupun menikmati pengalaman perlawanan terdahulu, anda melangkah ke peringkat seterusnya dan belum berada pada peringkat diimpikan.
"Bukan sukar memastikan pemain mengekalkan fokus semula. Peluang memang ada, begitu juga dengan kesempatan. Mereka bersedia menghadapi cabaran itu."
Suasana di di Stadio Olimpico memang jauh berbeza dengan Wembley apabila jumlah penyokong England akan terhadap di stadium yang dibenarkan memuatkan 16,000 penyokong itu.
Penyokong England diberi amaran supaya tidak datang ke Itali untuk perlawanan itu berikutan sekatan akibat Covid-19 yang bermakna, mereka tetap tidak boleh masuk ke stadium walaupun memiliki tiket.
Peraturan kesihatan Itali menyatakan penyokong dari Britain dikehendaki menjalani kuarantin selama lima hari, menyebabkan mereka bakal terlepas perlawanan itu.
Ukraine pula berhasrat mara ke separuh akhir kejohanan utama buat kali pertama sejak berpecah dengan Soviet Union dan setakat ini menyamai pencapaian mara ke suku akhir Piala Dunia 2006.
"Kami akan melakukan terbaik dan cuba mengejutkan mereka.
Tetapi, kami sedar untuk melepasi England, kami perlu bermain perlawanan terbaik dalam hidup," kata pemain tengah Ukraine, Oleksandr Zinchenko.
Zinchenko akan berdepan beberapa rakan sekelabnya di Manchester City dan pemain biasa ditemui pada kempen Liga Perdana Inggeris.
Pemenang perlawanan itu bertemu pemenang antara Denmark dan Republik Czech di separuh akhir di Wembley, Selasa depan.
Lagi berita berkaitan Euro 2020
Disiarkan pada: Julai 3, 2021 @ 8:25pm.1
_________________________________________
1https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/07/726048/england-waspada-kejutan-ukraine
No comments:
Post a Comment