ROBERTO Mancini memberi arahan kepada pasukan dalam sesi latihan Itali di Allianz Arena, Munich semalam. - AFP
Oleh Meja Sukan
2 Julai 2021, 10:00 am
ROME: Hasil ‘karya’ Roberto Mancini bukan saja dinantikan peminat, malah pemain Itali sendiri kerana jurulatih itu dijangka melakukan kejutan taktikal dengan membariskan pemain simpanan dalam suku akhir menentang Belgium, esok.
Perubahan taktikal yang dilakukan Mancini ketika menentang Austria di pusingan 16 akhir, Ahad lalu dianggap karya terhebat selepas dua pemain gantian, Federico Chiesa dan Matteo Pessina meledak gol masa tambahan untuk skuad Azzurri menang 2-1.
Pessina membandingkan persembahan Itali dengan karya pelukis terkenal Belanda, Vincent van Gogh, malah menjangkakan Mancini akan melakukan percaturan tidak diduga di Allianz Arena, Munich.
“Mancini mempercayai saya, malah membuatkan seluruh pasukan rasa dipercayai, termasuk pemain di bangku simpanan.
“Situasi itu amat membantu pasukan, sama ada ketika di dalam mahupun luar padang,” kata Pessina.
PEMAIN Itali (dari kiri) Marco Verratti, Leonardo Bonucci dan Jorginho menjalani latihan di Munich. – AFP
Katanya, Itali tidak memiliki individu berpengaruh seperti Kevin De Bruyne, Eden Hazard atau Romelu Lukaku yang membarisi Belgium, malah hanya tiga daripada sembilan gol yang diperoleh Azzurri setakat ini disempurnakan oleh pemain kesebelasan utama.
Bintang mereka, Ciro Immobile menjaringkan gol ketika menentang Turki dan Switzerland, manakala Lorenzo Insigne meledak satu gol bertemu Turki.
Pessina dan Chiesa yang menjaringkan gol ke atas Austria bukan pilihan utama, sementara Manuel Locatelli yang meledak dua gol ketika bertemu Switzerland hanya dibawa masuk kerana Marco Verratti mengalami kecederaan lutut.
Mancini percaya, kejayaan Itali bergantung kepada kemampuan pemain mengikut arahan yang diberi. Itu mentaliti Azzurri tidak kira corak permainan apa yang diterapkan, bertahan, menyerang atau penguasaan permainan. – AGENSI
ITALI
Formasi: 4-3-3
Barisan kemungkinan: Gianluigi Donnarumma; Giovanni Di Lorenzo, Leonardo Bonucci, Giorgio Chiellini, Leonardo Spinazzola; Nicolo Barella, Jorginho, Marco Verratti; Federico Chiesa, Ciro Immobile, Lorenzo Insigne.1
________________________________________
1https://www.utusan.com.my/sukan/2021/07/karya-agung-mancini-mampu-perangkap-belgium/
No comments:
Post a Comment