Agensi
SOUTHGATE akan turunkan barisan terbaik menentang Ukraine. FOTO Agensi
London: Gareth Southgate bersedia menghadapi risiko di atas sebarang kemungkinan dengan menurunkan barisan terkuatnya awal pagi esok dalam aksi di suku akhir.
Harry Maguire, Kalvin Phillips, Declan Rice dan Phil Foden mungkin akan terlepas aksi di Wembley jika mereka mendapat kad kuning kedua apabila turun menentang Ukraine di Rom.
Jose Mourinho menyarankan Southgate merehatkan kuartet pemain itu pada pertemuan di suku akhir. Namun pengendali England itu menegaskan bahawa beliau tidak akan menjadikan isu kad kuning untuk mempengaruhi pemilihan skuadnya.
Southgate berkata: "Kami sudah melangkah ke tiga separuh akhir dalam tempoh 60 tahun jadi saya tidak rasa kami dalam posisi untuk merehatkan pemain di suku akhir hanya kerana kemungkinan mereka mendapat kad kuning kedua.
"Saya tidak dapat memikirkan akan ada negara melakukannya. Ia juga seperti menghina Ukraine. Saya tidak melihat perkara itu akan berlaku dan ia tidak ada dalam perancangan kami.
"Ia akan menjadi kesan yang teruk buat pemain kami dan menjadi mesej yang salah untuk Ukraine.
"Saya rasa ia masalah yang berbeza jika membabitkan fizikal dari kad kuning, pemain perlu bermain. Untuk apa kami menyimpan mereka?
"Kami perlu cukup baik untuk mara ke separuh akhir dan jika satu minit kami melihat di mana kami berada sekarang dan memikirkan apa yang mungkin terjadi di masa hadapan maka kami akan berada dalam masalah.
"Saya mengutip satu kad kuning sebelum separuh akhir 1996 menentang Jerman dan sekiranya saya mendapat satu lagi kad kuning dalam perlawanan itu, saya pasti tidak akan dapat beraksi di final sekiranya berjaya.
"Jadi sebagai pemain anda perlu berhati-hati. Anda perlu komited kepada perlawanan dan elakkan kad kuning jika anda boleh lakukan."
Disiarkan pada: Julai 3, 2021 @ 12:46pm.1
_______________________________________-
1https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/07/725864/kenapa-perlu-simpan-pemain-southgate
No comments:
Post a Comment