AFP
PEMAIN tengah, Toni Kroos bertepuk tangan ke arah penonton selepas Jerman tewas 0-2 di tangan England di Wembley. - FOTO AFP
Berlin: Pemain tengah Real Madrid, Toni Kroos, hari ini mengatakan dia bersara daripada skuad bola sepak kebangsaan Jerman selepas skuad itu disingkirkan England di Euro 2020.
"Saya sudah bermain 106 kali untuk Jerman. Tidak mungkin ada penampilan lain," katanya menerusi Twitter.
"Saya sudah membuat keputusan untuk bersara selepas kejohanan ini.
"Jelas kini saya tidak akan bersama pasukan ke Piala Dunia 2022 di Qatar."
Jerman tewas 0-2 di tangan England di Wembley, pada Rabu lalu, sekali gus tersingkir daripada kempen Euro 2020.
Lagi berita berkaitan Euro 2020
Disiarkan pada: Julai 2, 2021 @ 9:08pm.1
_____________________________________________
1https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/07/725644/kroos-bersara-daripada-skuad-kebangsaan-jerman
No comments:
Post a Comment