Ad

Saturday, 3 July 2021

Peluang Ukraine ubah masa depan

Agensi



SHEVCHENKO pernah memenangi anugerah Ballon d'Or winner 2004. FOTO EPA

London: Biar apa saja keputusan yang akan berlaku nanti skuad Ukraine sudahpun melakarkan sejarah mara ke pusingan kalah mati buat kali pertama.

"Kami sudah mengubah masa depan kami," kata pengendali skuad kebangsaan itu, Andriy Shevchenko

Mereka diuruskan oleh salah seorang pemain terhebat yang pernah dimiliki skuad itu dan pemenang anugerah 2004 Ballon d'Or winner - Andriy Shevchenko.

Ukraine sebelum ini tewas dua dari tiga perlawanan peringkat kumpulan namun mara sebagai salah satu pasukan tempat ketiga terbaik dari 24 pasukan yang beraksi di Euro kali ini.

Mereka berdepan dengan perlawanan penuh dramatik pada aksi 16 terakhir menentang Sweden dengan gol Artem Dovbyk pada masa tambahan membawa pertemuan menentang England di suku akhir.

"Kami di sini dan ini adalah peluang kami untuk mengubah masa depan dan kami akan lakukannya."

"England adalah satu pasukan yang hebat, memiliki ramai pemain dan pengurusan yang hebat. Ia akan menjadi perlawanan yang sukar bagi kami," kata bekas penyerang Chelsea, Shevchenko.

Menduduki ranking ke-24 dunia, mereka berada 20 anak tangga di bawah England dan hanya pernah mengalahkan Three Lions 1-0 sekali dari tujuh pertemuan iaitu ketika aksi kelayakan Piala Dunia 2009.

Pasukan Ukraine akan menampilkan pemain yang beraksi di Liga Perdana untuk pasukan West Ham, Yarmolenko dan Oleksandr Zinchenko, yang pernah merangkul tiga gelaran Liga Perdana, empat Piala Liga dan satu Piala FA sejak menyertai Manchester City lima tahun lalu.

Sementara itu pengurus England Gareth Southgate berkata, "Ukraine mampu memberi ancaman menerusi penyerang mereka dan mereka memiliki semangat luar biasa. Mereka menunjukkan semua perkara itu ketika menentang Sweden."

Lagi berita berkaitan Euro 2020

Disiarkan pada: Julai 3, 2021 @ 8:23am.1

____________________________________

1https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/07/725779/peluang-ukraine-ubah-masa-depan

No comments:

Post a Comment