Agensi
SIMON mengakui sekarang adalah masa yang sesuai untuk melupakan kesilapan yang dilakukannya ketika menentang Croatia. FOTO AFP
St Petersburg: Penjaga gol, Unai Simon berjaya mengubah tanggapan dari perosak kepada wira selepas menyelamatkan dua sepakan penalti untuk membantu Sepanyol mengetepikan Switzerland sekali gus mara ke separuh akhir Euro 2020.
Simon berdepan kritikan di atas kesilapan yang membenarkan Croatia memperoleh gol pembukaan di pusingan kedua namun dia membuktikan kehebatan pagi tadi selepas menafikan sepakan Fabian Schar dan Manuel Akanji dalam penentuan penalti di Saint Petersburg.
Ruben Vargas juga gagal menyempurnakan sepakan penalti buat Switzerland selepas sepakannya melambung tinggi, sebelum Mikel Oyarzabal menyempurnakan tugas untuk gol kemenangan tatkala kedua-dua pasukan terikat 1-1.
"Kami layak diiktiraf sebagai pemenang. Sekarang kami harus memadamkan memori kesilapan dalam perlawanan lalu, kami juga perlu melupakan kemenangan ini kerana bakal berdepan lawan yang kuat selepas ini.
"Kami harus ke separuh akhir dengan lebih segar, yakin dan berani. Kami harus memenangi kejuaraan ini sekarang," kata penjaga gol Athletic Bilbao itu.
Sepanyol yang muncul juara pada 2008 dan 2012 akan berdepan Itali di Wembley untuk memburu tempat ke perlawanan akhir.
Disiarkan pada: Julai 3, 2021 @ 9:01am.1
______________________________________________
1https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/07/725786/simon-lupakan-kesilapan-lalu
No comments:
Post a Comment