Ad

Tuesday, 2 June 2015

MALAYSIA LAWAN VIETNAM


OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
BARISAN KEMUNGKINANPEMAIN MALAYSIA
01 MOHD FARHAN ABU BAKAR
06 D SAAVINDRAN
08 SAIFUL RIDUAN SELAMAT
09 SYAFIQ AHMAD
12 GARY STEVEN ROBBAT
16 MD NURIDDZUAN ABU HASSAN
17 FANDI OTHMAN
25 ADAM NOR AZLIN
26 MD AMER SAIDIN
28 MD AZRUL HISYAM
29 MATTHEW DAVIES

PEMAIN GANTIAN

Zoo Negara ‘penyelamat’ hibur anak bercuti


Kuala Lumpur: Ramai antara ibu bapa memanfaatkan cuti sekolah dua minggu yang bermula kelmarin untuk membawa anak mereka ke Zoo Negara dan beberapa lokasi lain di ibu negara semalam.
Kakitangan swasta Amran Abdul Rahman, 35, berkata, anaknya sering meminta untuk mengunjungi Zoo Negara selepas mendengar pengalaman menarik oleh rakan sebaya di sekolah.
“Disebabkan waktu kerja yang tidak menentu, saya buat keputusan untuk membawa anak ke Zoo Negara pada cuti sekolah kali ini supaya mereka boleh melihat sendiri pelbagai haiwan dan dapat berkongsi pengalaman bersama rakan mereka apabila naik sekolah nanti.
“Lagipun saya pun sudah lama tidak ke Zoo Negara dan ternyata tempat ini sudah banyak berubah dengan lebih banyak haiwan dan landskap yang menarik,” katanya ketika di temui, di sini, semalam.
Bagi Sazlin Abdul Khalid, 32, beliau menyifatkan Zoo Negara sebagai ‘penyelamat’ ibu bapa yang tidak berkesempatan untuk membawa anak bercuti ke luar negeri.
“Siapa yang tidak mahu bawa anak bercuti di luar negeri, namun kekangan cuti yang singkat membataskan pergerakkan ibu bapa.
“Mujurlah Zoo Negara sesuai untuk aktiviti keluarga kerana kawasannya yang lapang memberi ruang kepada orang ramai untuk berjalan bersama tanpa perlu bersesak,” katanya.
Tinjauan Harian Metro ke perkarangan Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) juga mendapati ramai ibu bapa yang membawa anak ke pusat beli-belah selain menyaksikan pancuran air di kawasan berkenaan.
G Gunasaran, 40, berkata, terdapat banyak tarikan di KLCC seperti Aquaria dan Petrosains yang boleh memenuhkan aktiviti cuti sekolah kanak-kanak di samping kemudahan pengangkutan awam yang disediakan banyak memudahkan pergerakkan jika ibu bapa memilih untuk bercuti di Kuala Lumpur.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Jun 2015 @ 8:40 AM

- SUMBER: http://www.hmetro.com.my/node/55076#sthash.rFpVKtDF.dpuf

Pungutan Pingat Malaysia Sukan SEA Singapura 2.6.2015


Oleh-AHMAD BIN YAAKOB

 Negara            EMAS             PERAK           GANGSA       JUMLAH
 Malaysia         0                         0                       1                    1


Lelaki maut ditikam todak di Hawaii


 
lanes ditemui mati akibat ditusuk ikan todak di Hawaii pada Jumaat lalu. - AGENSI

HONOLULU – Seorang lelaki berusia 47 tahun di Hawaii maut selepas ditusuk seekor ikan todak semasa cuba menangkap haiwan tersebut kelmarin.

Lelaki itu, Randy Llanes, dilihat melompat ke dalam laut di Pelabuhan Honokohau di sini sambil memegang sebatang tempuling yang dipercayai digunakan untuk menangkap ikan todak berkenaan, kata beberapa saksi kejadian.

Dia ditemui mati tidak lama kemudian.

"Apa yang kami ketahui, beberapa saksi kemudian melihat lelaki itu terapung," kata pemangku Ketua Jabatan Bomba Hawaii Barat, John Whitman.

Llanes cuba membunuh ikan todak itu namun, dada kanannya dirodok haiwan tersebut, kata beberapa anggota polis.

Mangsa dikejarkan ke sebuah hospital dan disahkan mati selepas beberapa jam.

"Ikan todak merupakan haiwan yang sangat agresif. Jika anda mengganggunya, ia akan mempertahankan dirinya dengan sebaik-baiknya," ujar Whitman. - AGENSI

SUMBERArtikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0601&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3btiSX6CQ Hakcipta terpelihara

KEPUTUSAN PERLAWANAN BOLASEPAK SUKAN SEA


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
KUMPULAN B

THAILAND 1-0 TIMOR LESTE

KUMPULAN A


FILIPINA 0-1 SINGAPURA

JADUAL PERLAWANAN BOLA SEPAK SUKAN SEA 2015


OLEH- AHMAD BIN YAAKOB

MALAYSIA LAWAN VIETNAM

STADIUM BISHAN

JAM 8.30 MALAM


SIARAN LANGSUNG ASTRO ARENA 801

Kim Swee buat perubahan hadapi Vietnam

SELASA, 2 JUN 2015 @ 1:52 PM

Oleh Khairil S Iswan mkhairil@bh.com.my KUALA LUMPUR: Selepas hampir dikejutkan Timor-Leste pada aksi pembukaan Sukan SEA 2015 di Singapura, Sabtu lepas, pertembungan menentang Vietnam, malam ini seharusnya membuka mata skuad bawah 23 tahun (B-23) negara.

Sekalipun dicanang mampu menang mudah bertemu jiran baharu serantau Asia Tenggara itu, hanya satu gol berjaya membolosi gawang Timor-Leste. Malah, skuad negara turut dikejutkan dengan insiden 'tidak profesional' ditampilkan pemain tengah, Muhammad Nazmi Faiz Mansor.

Ia jelas memberi pengajaran buat skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee itu lebih-lebih lagi, Vietnam boleh dianggap pencabar utama dengan keampuhan mereka diakui sendiri jurulatih berusia 44 tahun itu.

"Vietnam kuat di sebelah kiri dan untuk perlawanan ini kita akan membuat perubahan," kata Kim Swee. "Sudah pasti kita mahukan tiga mata penuh tetapi lebih penting adalah tidak melepaskan gol." Apa yang pasti, tugas sukar menanti skuad negara dengan Vietnam sudah pun mempamerkan belangnya ketika membelasah Brunei 6-0 pada perlawanan pertama. Sekalipun ia bukanlah rekod yang harus digeruni, namun Kim Swee berharap ia menjadi peringatan kepada pemainnya.

"Saya sudah lihat video perlawanan membabitkan Vietnam. Apa yang mustahak kita mengenal pasti pasukan lawan dan individu (pemain negara) yang mampu melaksanakan strategi untuk perlawanan ini. Dibimbing jurulatih kelahiran Jepun, Toshiya Miura, Vietnam dua tahun lalu pada temasya sama di Myanmar turut mencatat kemenangan besar pada perlawanan pembukaan dengan membelasah Brunei, 7-0. Begitupun pada aksi terakhir peringkat kumpulan, mereka dikecewakan Malaysia dengan kekalahan 2-1 sekali gus gagal mara ke separuh akhir.


Sumber : http://www.bharian.com.my/node/58646