Ad

Sunday, 5 June 2016

KEPUTUSAN MASA PERTAMA MALAYSIA U21 1-1 THAILAND U21

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Malaysia U21    1-1 Thailand U 21
m-Syamie Iszuan  m- 3 Worawut



TERKINI MALAYSIA U21 0-1 THAILAND U21

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Malaysia U21    0-1 Thailand U 21
                               m- 3 Worawut



Saturday, 4 June 2016

1.Raja berkuasa mutlak di England

Oleh-Ahmad Yaakob
      England berada dalam pemerintahan beraja mutlak sejak abad ke-15 lagi. Sistem beraja mutlak diasaskan oleh Ran Henry VII pada tahun 1485 dan baginda merupakan pengasas Dinasti Tudor. Sistem pemerintahan ini terus diamalkan sehingga tahun 1603.Pemerintahan sistem beraja mutlak terus diamalkan oleh Dinasti Stuart dari tahun 1602 sehinggalah berlaku Revolusi Cemerlang di England.[1]

1.Dinasti Tudor.
Raja Henry VII     - 1485-1509
Raja Henry VIII   - 1509-1547
Mary I                  - 1553-1559
Ratu Elizabeth I   - 1559-1603.

      Setelah berakhir Perang Bunga Ros, makoriti masyarakat di England bersetuju menerima sistem pemerintahan beraja mutlak sebagai alternatif untuk menyelesaikan keadaan huru-hara yang berlaku sebelum ini.[2]

      Melalui sistem pemerintahan beraja mutlak di England, raja berkuasa penuh menggubal dan melaksanakan dasar Kedudukan raja mengatasi undang-undang. Sistem ini dapat membentuk kerajaan yang stabil dan mendapat sokongan rakyat. Raja menjalankan pemerintahan berdasarkan Magna Carta atau Piagam yang digubal untuk mengawal kuasa raja.

      Sistem ini tidak mementingkan kesucian raja. Raja-raja Tudor bekerjasama dan mengawal dua buah parlimen England iaitu House of Lord dan House of Common. House of Lord ialah golongan tuan tanah yang kaya, golongan Bishop dan Kerabat Diraja. House of Common terdiri daripada knight, orang kaya dan peguam.[3] Raja berjaya menangani tentangan golongan puritan (penganut Protestan) terhadap golongan Anglican.[4]Anglican ialah gereja kebangsaan di England.

      Raja-raja Tudor yang memerintah England berjaya mengawal kedua-dua gereja tersebut dengan baik. Raja-raja seperti Raja Henry VII, Raja Hendry VIII dan Ratu ElizabethI tidak mementingkan prinsip kesucian raja dalam melaksanakan pemerinahan mereka.[5]

Dinasti Stuart (1603-1702)
Raja James I
Berpegang kuatkepada doktrin kuasa raja suci raja. Dasar pemerintahan Raja James I memihak kepadamazhab Katolik. Beliau menghawinkan puteranya dengan puteri Perancis yang bermazhab Katolik. Raja James I membubarkan parlimen pada ahun 1611.[6]
Raja Charles I
Raja Charles I tidak menyukai golongan puritan. Baginda membelakangi parlimen dalam kutipan cukai. Raja Charles I menahan 9 orang ahli parlimen yang menentang baginda. Raja Charles I membubarkan parlimen dan memerinah secara mutlak selama 11 tahun.

Raja Charles  I juga mengenakan pelbagai jenis cukai. Baginda memaksa rakyat memberi saguhati kepada beliau. Sesiapa yang enggan akan dipenjarakan. Tindakan Chales I akhinya telah mendorong Parlimen memaksa beliau menandatangani Pengisytiharan  Hak pada tahun 1628. Antara syarat pengisytiharan tersebut ialah :
a)Raja tidak akan menggunakan angkatan tentera Diraja untuk kepentingan sendiri.
b)Raja tidak akan memenjarakan rakyat tanpa sebab.
c)Raja tidak akan memungut cukai tanpa kebenaan parlimen.
Tindakan Charles I yang ingin menangkap pemimpin Parlimen akhirnya mencetuskan Peang Saudara antaa puak raja dan puak parlimen. Perang saudara yang tercetus adalah untuk memutuskan dua perkaa penting iaitu sama ada Raja atau Parlimen yang akan memerintah England dan sama ada kepercayaan High Church Party atau Puritan  menjadi agama rasmi England.

      Perang Saudara berlaku antara tahun 1642-1446 dengan kemenangan bagi pihak parlimen pimpinan Oliver Cromwell yang berkalibel. Raja Charles I mendapati dirinya tidak berkuasa dalam Parlimen. Charles I dihukum pancung oleh Parlimen Rumph.[7]   




[1]“Raja Mutlakdan Raja Berperlembagaan”,dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,62.
[2]Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,125.
[3]Ibid,125.
[4]“Raja Mutlak dan Raja Berperlembagaan”,dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,63.
[5]Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,125.
6]“Raja Mutlakdan Raja Berperlembagaan”,dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,63.
[7] Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar,Edisi Kedua 2015),129.

Friday, 3 June 2016

Protes senyap: Jangan mengarut - Kim Swee

03 Jun 2016 3:33 PM
Datuk Ong Kim Swee
Datuk Ong Kim Swee.-GAMBAR/BERNAMA
JOHOR BAHRU 3 Jun - Desas-desus adanya 'protes senyap' dalam kalangan pemain negara ke atas jurulatih Datuk Ong Kim Swee, membayangi kejayaan Harimau Malaysia menundukkan Timor Leste 3-0 dalam perlawanan play-off kelayakan bola sepak Piala Asia 2019.
Namun ia pantas ditepis ketua pasukan Aidil Zafuan Abdul Razak serta Kim Swee yang masing-masing menganggapnya sebagai mengarut.
Malah pengendali itu berkata, persembahan cemerlang skuad negara yang bermain mengikut arahan, jelas membuktikan kesungguhan dan tahap disiplin yang tinggi.
"Saya tidak tahu siapa dan mengapa mereka mengatakan ini (protes senyap). Saya tidak tahu sama ada orang yang menyatakan demikian cuba melakukan sabotaj atau apa sahaja. Ia adalah mengarut.
"Ini bukan isu bagi saya. Saya kenal pasukan saya dengan baik," katanya kepada pemberita selepas perlawanan play-off pertama di Stadium Tan Sri Hassan Yunos di Larkin, di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai adanya laporan yang menyebut pemain negara berkemungkinan mengadakan protes senyap ke atasnya.
Memuji persembahan baik pemainnya semalam, Kim Swee berkata, skuad kebangsaan harus diberikan lebih masa memandangkan ini adalah satu pasukan yang baru dibentuk.
Bagi Aidil, pemain akan tetap memberikan komitmen 100 peratus kepada pasukan setiap kali diturunkan tanpa mengira sama ada ketika menyarung jersi kebangsaan mahukan negeri dan kelab.
"Kemenangan ini merupakan permulaan yang baik untuk skuad negara dan bukti kerjasama mereka dalam mengikut arahan jurulatih," kata Aidil sambil menambah kebanyakan strategi taktikal menjadi manakala barisan pertahanan negara cekap membaca pergerakan lawan.
Dua gol skuad negara disumbangkan penyerang Selangor Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-16 dan minit ke-21 manakala gol ketiga dihasilkan pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Mohd. Amri Yahyah pada minit ke-85.
Malaysia akan bertemu Timor Leste pada aksi timbal balik di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Isnin ini untuk mengesahkan tempat ke saingan peringkat kumpulan Kelayakan Piala Asia 2019 yang bakal bermula 28 Mac 2017.BERNAMA

- Sumbert: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/protes-senyap-jangan-mengarut-kim-swee-1.338282#sthash.Jt1fxc7m.dpuf

TERKINI MALAYSIA U21 3-0 SINGAPURA U21

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Malaysia U21    3-0  Singapura U 21
m-4 Safawi Rasid
m-Shafiq Ahmad

m-84 Syamie Izuan

KEPUTUSAN MASA PERTAMA MALAYSIA U21 1-0 SINGAPURA U21

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Malaysia U21    1-0  Singapura U 21

m-4 Safawi Rasid

TERKINI MALAYSIA U21 1-0 SINGAPURA U21

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
SUMBER-http://www.fam.org.my/
Malaysia U21    1-0  Singapura U 21
m-4 Safawi Rasid

PEMAIN MALAYSIA