Ad

Saturday, 3 November 2018

Malaysia raih kemenangan moral

Malaysia raih kemenangan moral
 PEMAIN Malaysia, Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak (empat dari kanan) membuat percubaan ke gawang Ma
PEMAIN Malaysia, Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak (empat dari kanan) membuat percubaan ke gawang Maldives dalam perlawanan persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi. Malaysia menang 3-0. - MINGGUAN/FAISOL MUSTAFA
Fadhilul Izmel Ishaksukan.utusan@gmail.com
04 November 2018 3:00 AM

KUALA LUMPUR 3 Nov. - Malaysia menerima sun­tikan semangat bagi menghadapi Piala AFF apabila skuad kendalian Tan Cheng Hoe menewaskan Maldives 3-0 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.

Perlawanan menentang Maldives merupakan persiapan terakhir Harimau Malaya menjelang Piala AFF yang akan bermula pada 8 November hingga 15 Disember ini. Ini merupakan perlawanan persahabatan ketiga diharungi pasukan kebangsaan dalam persiapan mereka selepas menang 4-1 ke atas Sri Lanka di Colombo pada 12 Oktober lalu dan kemudian tewas 0-1 kepada Kyrgyzstan di Stadium Hang Jebat, empat hari kemudian.


Malaysia walau bagaimanapun kembali meraih kemenangan apabila mendominasi sebahagian besar permainan ketika bertemu Maldives dan tidak berdepan masalah untuk membolosi gawang lawan menerusi rembatan voli penyerang Kuala Lumpur, Zaquan Adha Abdul Radzak pada minit ke-16 setelah menerima hantaran daripada Norshahrul Idlan Talaha.

Namun gawang Harimau Malaya cemas seketika apabila Maldives berpeluang untuk menyamakan kedudukan seminit kemudian tetapi percubaan Ali Fasir berjaya ditepis Khairul Fahmi Che Mat.

Malaysia semakin bernafsu untuk menggandakan jaringan tetapi percubaan pertahanan negara Aidil Zafuan Abdul Radzak pada minit ke-27 me­ngenai tiang.

Malaysia meneruskan penguasaan bola pada babak kedua dan hampir menembusi gawang lawan apabila Norshahrul gagal menemui sasaran pada minit ke-49.

Benteng Malaysia kelihatan sedikit rapuh apabila Maldives dihidangkan dua peluang terbaik menerusi Ibrahim Mahu­dhee Hussain namun kedua-dua percubaannya gagal menerjah gawang tuan rumah.

Harimau Malaya walau bagaimanapun kembali memperkemaskan permainan dan menambah jaringan menerusi rembatan pemain gantian Safawi Rasid ketika permainan berbaki sembilan minit berpunca daripada sepakan sudut Norshahrul.

Ketika permainan memasuki minit terakhir, penyerang naturalisasi pertama negara Mohamadou Sumareh meledak gol ketiga selepas dia tidak dikawal dengan rapi oleh pertahanan lawan.
SUMBER-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/malaysia-raih-kemenangan-moral-1.780910#ixzz5VqSX4Qte
© Utusan Melayu (M) Bhd


KEPUTUSAN PENUH MALAYSIA 3-0 MALDIVES
OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

Malaysia  3-0 Maldives
PEMAIN MALAYSIA
22 KHAIRUL FAHMI
04 AZRIF NASRUL HAQ
07 AIDIL ZAFUAN
03 SHARUL SAAD
24 SYAZWAN ANDIK
06 NORAZAM AZIH
14 SYAMER KUTTY
16 SYAZWAN ZAINON
09 NORSHAHRUL IDLAN TALAHA
13 MOHAMADOU SUMAREH
08 ZAQUAN ADHA
PEMAIN GANTIAN
17 IRFAN ZAKARIA
19 SYAHMI SAFARI
12 AKRAM MAHINAN
11 SAFAWI RASID
20 HAZWAN BAKRI
05 ADAM NOR AZLIN

MALAYSIA 1-0 MALDIVES


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Malaysia  1-0 Maldives
PEMAIN MALAYSIA
22 KHAIRUL FAHMI
04 AZRIF NASRUL HAQ
07 AIDIL ZAFUAN
03 SHARUL SAAD
24 SYAZWAN ANDIK
06 NORAZAM AZIH
14 SYAMER KUTTY
16 SYAZWAN ZAINON
09 NORSHAHRUL IDLAN TALAHA
13 MOHAMADOU SUMAREH
08 ZAQUAN ADHA

Friday, 2 November 2018

Ujian terakhir Harimau Malaya

 PEMAIN Malaysia menjalani latihan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam untuk perse
PEMAIN Malaysia menjalani latihan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam untuk persediaan menentang Maldives dalam perlawanan persahabatan hari ini. – UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN

03 November 2018 3:00 AM
KUALA LUMPUR 2 Nov. - Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe berkata pemain negara seharusnya menjadikan pertemuan dengan Maldives esok sebagai ujian sebenar sebelum Harimau Malaya memburu kejayaan dalam Piala AFF minggu hadapan.

Katanya, buat masa sekarangitu kelak.dia belum mendapat bayangan siapa yang akan menganggotai kesebelasan utama dalam kempen Piala AFF yang berlangsung 8 November hingga 15 Disember nanti, tetapi membayangkan mungkin akan mendapat gambaran lebih jelas siapa yang la­yak berada dalam senarai utama menerusi perlawanan persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil esok.


Oleh itu, katanya, adalah penting semua pemain negara menunjukkan keupayaan terbaik masing-masing jika mahu memastikan mereka terpilih sebagai pemain kesebelasan utama skuad negara dalam kejohanan dwitahunan
“Perlawanan persahabatan ini adalah ujian terakhir pasukan dan selepas lebih satu ming­gu menjalani latihan saya lihat kem berada dalam keadaan baik malah pemain juga bersedia untuk beraksi.
                    
“Saya cuba untuk menurun­kan kesebelasan terbaik untuk perlawanan esok kerana ada pemain yang baharu menyertai pasukan kebangsaan. Saya akan bincang dengan barisan kejurulatihan untuk menentukan ke­sebelasan terbaik.

“Saya fikir pertemuan menentang Maldives adalah ujian sebenar kerana mereka merupakan juara Piala SAFF dan motivasi pemain mereka berada dalam keadaan terbaik. Penting untuk pemain kita mengekalkan cara permainan yang diterapkan selama ini,” katanya dalam sidang akhbar praperlawanan di Stadium Nasional hari ini.

Maldives hadir ke ibu negara untuk perlawanan persahabatan itu dengan semangat tinggi selepas muncul juara Piala Persekutuan Bola Sepak Asia Selatan (SAFF) dengan menewaskan India 2-1 dalam perlawanan akhir pada 15 September lalu.

Sementara itu, kapten Harimau Malaya, Zaquan Adha Abd. Razak secara peribadi mengakui prestasinya belum berada di tahap terbaik dan perlu bekerja keras jika mahu khidmatnya dikekalkan bersama pasukan selepas mendapat kritikan
Dalam pada itu, Cheng Hoe memaklumkan bahawa Kenny Pallraj dan Akhyar Rashid tidak dapat diturunkan esok kerana menghadapi masalah kecergasan.
daripada peminat bola sepak tempatan.
SUMBER-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/suka/nbola-sepak/ujian-terakhir-harimau-malaya-1.780547#ixzz5Vkzinh6x © Utusan Melayu (M Bhd)

Ke mana hala tuju Safiq Rahim selepas JDT?

 
Khairul NizamKhairul Nizam
Selepas enam tahun bersama Johor Darul Ta’azim, pemain tengah Safiq Rahim kini sah akan meninggalkan pasukan juara Liga Super 2018 itu. Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia dan Piala AFC telah dimenangi oleh pemain berusia 31 tahun itu. Jadi, ke manakah hala tuju Safiq Rahim selepas JDT? Biarpun ada dikatakan bahawa dia akan beraksi di luar negara, tetapi banyak pasukan di Malaysia sendiri yang pastinya berebut mahu mendapatkan pemain tengah yang hebat seperti Safiq Rahim. Mari kita lihat pasukan-pasukan yang pastinya sesuai untuk Safiq.

PKNS
Photo sourced from PKNS FC Facebook
Bayangkan penyatuan semula skuad juara Piala AFF 2010. Safee Sali, Mahalli Jasuli dan Safiq Rahim bergabung semula di bawah kendalian ketua jurulatih, Datuk K. Rajagobal. Biarpun mungkin tidak sebesar Selangor, tetapi pastinya PKNS memerlukan seorang pemain tengah kreatif seperti Safiq Rahim. PKNS beraksi di Liga Super dan mempunyai skuad yang kuat untuk bersaing, jadi kenapa tidak mereka menambah Safiq Rahim untuk membantu mereka mara lebih jauh?
Selangor
Bagai sirih pulang ke gagang. Safiq Rahim merupakan anak jati Selangor. Dia memulakan kerjayanya bersama Selangor dan hasil prestasi baiknya bersama Selangor, dia terpilih mewakili skuad kebangsan dan akhirnya berpindah ke JDT. Selangor mempunyai perancangan besar untuk bersaing merebut kejuaraan musim hadapan, jadi mungkin Safiq Rahim boleh mengikut jejak langkah seorang lagi pemain Selangor, Amri Yahyah untuk kembali menyarung jersi Merah Kuning.
Perak
Setakat ini Safiq Rahim banyak dikaitkan dengan kepulangan ke Lembah Klang dan itu bukan satu perkara mengejutkan. Namun, mungkin juga pasukan seperti Perak boleh mencuba mendapatkan Safiq. Kenapa? Mereka akan beraksi di pusingan kelayakan Liga Juara-Juara Asia, dan pastinya pengalamannya beraksi di Piala AFC dan keinginan Safiq untuk beraksi di Liga Juara-Juara Asia mampu membantu Perak.

Kuala Lumpur
Satu lagi pasukan Lembah Klang. Secara realistiknya mungkin sukar melihat Safiq Rahim menyarung jersi skuad anak kota. Namun, mungkin juga Kuala Lumpur mahu seorang pemain berpengalaman untuk memimpin pasukan dan bahagian tengah skuad itu, sama seperti apa yang dilakukan oleh Indra Putra Mahayuddin pada musim ini? Safiq Rahim mampu membantu untuk membentuk Irfan Zakaria menjadi seorang pemain tengah yang lebih baik dan membantu mengurangkan beban Paulo Josue.
SUMBER- https://www.foxsports.com.my/uncategorized/20625/ke-mana-hala-tuju-safiq-rahim-selepas-jdt/

Selamat tinggal JDT

 
02 November 2018 2:26 PM
KUALA LUMPUR 2 Nov. -  Selepas beberapa minggu spekulasi bertiup kencang, Johor Darul Ta'zim (JDT) akhirnya mengesahkan kapten yang paling berjaya dalam sejarah kelab, Safiq Rahim akan meninggalkan mereka.

Bintang tengah berusia 31 tahun itu dikhabarkan mahu bertukar angin dengan menyertai kelab di luar negara.

Perkara itu diumumkan sendiri pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi kelab, Johor Southern Tigers, hari ini.

Menurut Tunku Ismail, pemergian Safiq satu kehilangan besar memandangkan bintang tengah itu memainkan peranan utama dalam kejayaan JDT.

“Selamat maju jaya diucapkan kepada Safiq Rahim. Dari pandangan ikhlas saya, beliau adalah pemain yang paling berjaya sekali dalam JDT dan sudah banyak membantu JDT untuk mencapai matlamat-matlamat kami.

“Pemain paling berjaya, kapten terbaik dalam sejarah JDT dan pemain bola sepak terbaik yang bukan saja sudah memberi sumbangan kepada JDT tetapi juga kepada kelab seperti Selangor dan skuad kebangsaan,” katanya. 

Sepanjang enam musim bersama JDT, Safiq telah merangkul semua kejuaraan utama di Malaysia seperti Liga Super, Piala Malaysia dan Piala FA.

Namun, kejayaan paling istimewa yang tidak akan dilupakan adalah menjuarai Piala AFC 2015. - UTUSAN ONLINE
SUMBER-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/selamat-tinggal-jdt-1.780023#ixzz5VgnpsMar
© Utusan Melayu (M) Bhd

Safiq Rahim tinggalkan JDT


Jumaat, 2 November 2018 | 7:36am
 
GAMBAR fail, bekas ketua Pasukan JDT, Safiq Rahim. - Foto Mohd Azren Jamaludin
Safiq Rahim tinggalkan JDT
Oleh Aziman Rosdi
aziman@nstp.com.my
KUALA LUMPUR: Spekulasi mengenai kedudukan Safiq Rahim bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) akhirnya terjawab apabila dia bakal meninggalkan kelab Harimau Selatan itu dan berkemungkinan menyertai kelab luar negara.

Perkara itu diumumkan sendiri oleh pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi satu kenyataan di laman Facebook rasmi kelab, Johor Southern Tigers.

Beliau berkata, pemergian Safiq pasti dirasai memandangkan pemain tengah itu banyak memberi sumbangan terhadap kejayaan JDT.

“Selamat maju jaya diucapkan kepada Safiq Rahim. Dari pandangan ikhlas saya, beliau adalah pemain yang paling berjaya sekali dalam JDT dan sudah banyak membantu JDT untuk mencapai matlamat-matlamat kami.

“Pemain paling berjaya, kapten terbaik dalam sejarah JDT dan pemain bola sepak terbaik yang bukan saja sudah memberi sumbangan kepada JDT tetapi juga kepada kelab seperti Selangor dan skuad kebangsaan,” katanya.

Safiq yang menyertai JDT pada 2013 membantu pasukan merangkul kejuaraan utama iaitu Liga Super sebanyak lima kali berturut-turut sejak 2014, Piala Malaysia 2017, Piala FA 2016 dan Piala AFC 2015.

Bagaimanapun Tunku Ismail berkata, kelab itu sentiasa membuka pintu buat Safiq kembali.

“Dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku dan kita tidak akan tahu sama ada Safiq akan kembali semula atau tidak suatu hari nanti. Saya pun tidak tahu.

“Pintu di Johor sentiasa terbuka untuk beliau dan walau apa pun, setinggi-tinggi ucapan terima kasih dari saya, JDT dan semua penyokong serta Keluarga JDT. Macam mana sekalipun, anda akan sentiasa menjadi sebahagian dari Keluarga JDT,” kata Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu.

Bagaimanapun Tunku Ismail tidak mendedahkan destinasi bekas kapten Harimau Malaya berusia 31 tahun itu yang sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke Selangor dan PKNS FC.

Namun dalam satu jawapan balas JST kepada penyokong dalam ruangan komen menyatakan bahawa Safiq berkemungkinan akan bermain di luar negara.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Jumaat, 2 November 2018 | 7:36am