Ad

Friday, 1 February 2019

Mat Yat jadi tumpuan

PENAMPILAN sulung Akhyar Rashid bersama JDT amat dinantikan penyokong
PENAMPILAN sulung Akhyar Rashid bersama JDT amat dinantikan penyokong Harimau Selatan.
ZULHISHAM ISAHAK
sukankita@yahoo.com

02 Februari 2019 3:00 AM

JOHOR BAHRU 1 Feb. - Penampilan sulung penyerang kontroversi, Akhyar Rashid bersama Johor Darul Tazim (JDT) esok bakal menjadi tumpuan utama apabila skuad Harimau Selatan menerima kunjungan Perak dalam perlawanan sulung Liga Super.

Turun sebagai juara lima kali, JDT menjadi pilihan untuk mempertahankan Piala Sultan Ahmad Shah, namun reputasi Perak selaku juara Piala Malaysia dan naib juara Liga Super musim lalu menjanjikan pertembungan sengit di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.


Pengendali JDT, Luciano Figueroa memberi bayangan, Akhyar, 20, atau lebih dikenali sebagai Mat Yat yang meninggalkan Kedah secara kontroversi bakal mengisi kesebelasan utama.

Penyerang terbaik kebangsan 2018 itu cepat menyesuaikan diri dengan rakan-rakan sepasukan baharu sepanjang pramusim.

"Ya, Akhyar kini dalam prestasi terbaik dan sudah pastinya kita akan menurunkan beberapa pemain baharu untuk digandingkan bersama Safawi Rashid.

"Akhyar dan Safawi adalah pemain yang hebat, kita harap mereka akan memberikan satu persembahan yang bagus.

"Ini adalah kombinasi terbaik untuk kita memastikan permulaan Liga Super musim ini memihak kepada JDT, sekali gus kita kekalkan Piala Sumbangsih di sini," katanya dalam sidang akhbar di di sini hari ini.

Mengulas lanjut persediaan perlawanan, Figueroa berkata, pasukannya sudah bersedia 100 peratus.

"Perak pasukan yang kuat, kita tahu mereka menjuarai Piala Malaysia, jadi mereka mempunyai semangat berkobar-kobar untuk merangkul piala ini.

“Kita akan lawan habis-habisan dan kita tidak rela ditewaskan,” katanya.
SUMBER-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/mat-yat-jadi-tumpuan-1.833977#ixzz5eKFCvylN
© Utusan Melayu (M) Bhd

Mat Yat jadi tumpuan

PENAMPILAN sulung Akhyar Rashid bersama JDT amat dinantikan penyokong
PENAMPILAN sulung Akhyar Rashid bersama JDT amat dinantikan penyokong Harimau Selatan.
ZULHISHAM ISAHAK
sukankita@yahoo.com

02 Februari 2019 3:00 AM

JOHOR BAHRU 1 Feb. - Penampilan sulung penyerang kontroversi, Akhyar Rashid bersama Johor Darul Tazim (JDT) esok bakal menjadi tumpuan utama apabila skuad Harimau Selatan menerima kunjungan Perak dalam perlawanan sulung Liga Super.

Turun sebagai juara lima kali, JDT menjadi pilihan untuk mempertahankan Piala Sultan Ahmad Shah, namun reputasi Perak selaku juara Piala Malaysia dan naib juara Liga Super musim lalu menjanjikan pertembungan sengit di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.


Pengendali JDT, Luciano Figueroa memberi bayangan, Akhyar, 20, atau lebih dikenali sebagai Mat Yat yang meninggalkan Kedah secara kontroversi bakal mengisi kesebelasan utama.

Penyerang terbaik kebangsan 2018 itu cepat menyesuaikan diri dengan rakan-rakan sepasukan baharu sepanjang pramusim.

"Ya, Akhyar kini dalam prestasi terbaik dan sudah pastinya kita akan menurunkan beberapa pemain baharu untuk digandingkan bersama Safawi Rashid.

"Akhyar dan Safawi adalah pemain yang hebat, kita harap mereka akan memberikan satu persembahan yang bagus.

"Ini adalah kombinasi terbaik untuk kita memastikan permulaan Liga Super musim ini memihak kepada JDT, sekali gus kita kekalkan Piala Sumbangsih di sini," katanya dalam sidang akhbar di di sini hari ini.

Mengulas lanjut persediaan perlawanan, Figueroa berkata, pasukannya sudah bersedia 100 peratus.

"Perak pasukan yang kuat, kita tahu mereka menjuarai Piala Malaysia, jadi mereka mempunyai semangat berkobar-kobar untuk merangkul piala ini.

“Kita akan lawan habis-habisan dan kita tidak rela ditewaskan,” katanya.
SUMBER-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/mat-yat-jadi-tumpuan-1.833977#ixzz5eKFCvylN
© Utusan Melayu (M) Bhd

Nwakaeme cetus kemenangan Pahang

Jumaat, 1 Februari 2019 | 11:11pm
 
Pemain Pahang, Dickson Nwakaeme (kanan) mengawal bola sambil cuba diasak pemain Kuala Lumpur dalam aksi Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur. - NSTP/Asyraf Hamzah
Nwakaeme cetus kemenangan Pahang
Oleh Syafiq Aznan
syafiq.aznan@bh.com.my
CHERAS: Dickson Nwakaeme mengumumkan kepulangannya ke Liga Malaysia (Liga M) dengan penuh bergaya apabila meledak dua gol untuk membantu Pahang menang 3-1 ke atas Kuala Lumpur di Stadium Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Cheras, hari ini.

‘Perjudian’ skuad Tok Gajah mengikat penyerang terbabit mungkin dilihat langkah yang tepat selepas ‘Orang Besi’ itu membuktikan dia masih berbisa meskipun tidak beraksi secara kompetitif hampir setahun akibat kecederaan.

Bukan setakat menjaringkan gol namun kelibat bekas penyerang Angers SCO itu di atas padang sudah cukup ‘memeningkan’ pertahanan Kuala Lumpur yang terpaksa berhempas pulas untuk mengekang pergerakan pemain bertubuh sasa itu.

Pahang menguasai sebahagian besar permainan namun Kuala Lumpur terlebih dahulu beroleh peluang terbaik pada minit kelapan menerusi gerakan solo Zhafri Yahya yang melepasi kawalan lima pemain namun gerakannya sempat dihalang Helmi Eliza Elias di hadapan gawang Pahang.

Bagaimanapun, Pahang boleh dianggap bernasib baik apabila percubaan Mohamadou Sumareh yang terbias pemain lawan hinggap di kaki Saddil Ramdani dan bintang Indonesia itu tidak mensia-siakan peluang menyumbat gol pembukaan yang juga gol pertamanya bersama Pahang pada minit ke-24.

Percaturan Yusri yang memasukkan Afiq Ahmad Razali pada babak kedua terus memberi impak segera selepas pemain gantian itu meledak gol penyamaan menerusi sepakan voli hanya tiga minit selepas separuh masa kedua bersambung.

Namun kegembiraan skuad The Hawks hanya bertahan tiga minit apabila Nwakaeme yang dinafikan beberapa kali pada babak pertama meledak gol kedua buat Pahang sekali gus membolehkan mereka kembali mendahului perlawanan.

Dickson menambah derita Kuala Lumpur di penghujung permainan apabila meledak gol kedua peribadinya selepas menggelecek beberapa pertahanan dan Sharbinee sebelum menyudahkannya ke gawang kosong untuk gol ketiga Pahang
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Jumaat, 1 Februari 2019 | 11:11pm

KEPUTUSAN TERKINI LIGA SUPER 2019

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Kuala Lumpur 0-1      Pahang
                             m-23 Saddil Ramdani
           
Terengganu     0-0       PKNS

Safawi tidak rela diaib Perak

SUKAN»Bola
Khamis, 31 Januari 2019 | 6:09pm
 
Safawi yakin pasukannya mampu mempertahankan Piala Sumbangsih. - Arkib NSTP
Safawi tidak rela diaib Perak
Oleh Rizar Mohd Noor
sukanteam@nstp.com.my
JOHOR BAHRU: Pemain sayap kanan Johor Darul Ta'zim (JDT) Safawi Rasid yakin pasukannya mampu mempertahankan Piala Sumbangsih dan mengutip tiga mata pertama apabila berdepan Perak pada aksi pembuka tirai saingan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Sabtu ini.

Dia yang dinobat Pemain Paling Bernilai Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) musim lalu turut bersemangat untuk berdepan skuad kendalian Mehmet Durakovic yang dilabel pasukan hebat selepas menjuarai Piala Malaysia musim lalu dan mengakui persiapan pra-musim di Thailand memberi kesan positif buat JDT.

"Piala Sumbangsih adalah piala pertama yang dipertandingkan dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) dan sudah tentu saya dan rakan sepasukan bertekad untuk mempamerkan aksi terbaik memandangkan kami beraksi di laman sendiri,” kata Safawi.

"Sememangnya keputusan positif ditagih kerana kami tidak mahu piala berkenaan terlepas kepada pasukan lawan dan hilang tiga mata, malah kami sudah diterapkan semangat kekeluargaan dan ia memainkan peranan penting apabila beraksi dalam kancah liga.

"Pada musim 2017, pertama kali saya beraksi untuk JDT dan ia pengalaman perit selepas tewas 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti dan kami tidak mahu keperitan tiga musim lalu berulang.”

Musim lalu, JDT merampas kembali Piala Sumbangsih selepas menewaskan Kedah 2-1 hasil jaringan Luciano Figueroa, yang kini membimbing skuad Harimau Selatan, dan pemain pertahanan Marcos Antonio yang tidak lagi bersama skuad itu pada musim ini.

Mengulas mengenai aksi persahabatan di Thailand, Safawi mengakui betapa komitmen tinggi semua pemain dalam tiga perlawanan persahabatan yang dianggap kompetitif memberi pengalaman bermakna bukan sahaja kepada dirinya malah turut membabit rakan sepasukan.

Katanya, setiap pemain memberi kerjasama antara satu sama lain dan membentuk persefahaman yang baik ketika menentang tiga kelab dari Thailand malah kombinasi mantap terhasil menerusi gandingan pemain import dan pemain tempatan.

"Banyak yang kami pelajari ketika di Thailand dan ia mencetusi inspirasi baharu buat kami untuk mengharungi kempen Liga M yang kompetitif malah kami perlu berwaspada dengan Perak yang dibarisi pemain muda.

"Kita tahu Perak bukan calang-calang pasukan dan mereka mahu cari kemenangan di Larkin. Kita kenalah beraksi dengan tenang dan fokus sepanjang 90 minit perlawanan tanpa membuat kesilapan mudah," katanya.
SUMBER BERITA HARIAN ONLNE Khamis, 31 Januari 2019 | 6:09pm

Thursday, 31 January 2019

Hanzalah berjihad walau baru nikah


ARKIB : 11/05/2011
SEORANG lagi pahlawan Islam yang jihad bermati-matian ketika Perang Uhud ialah Anas bin Nadhar. Beliau tidak dapat menyertai Perang Badar sebelum ini kerana masih terlalu muda.

Tetapi apabila dibenarkan turut serta dalam Perang Uhud, beliau sangat gembira tanpa sedikit pun bimbang nyawanya melayang.

Anas mempamerkan kejantanan dan semangat juang yang sangat tinggi di Perang Uhud apabila berjaya membunuh ramai kafir Quraisy.

Namun akhirnya Anas mati syahid. Namun dikatakan beliau sempat mengucapkan selamat tinggal kepada seorang sahabat, iaitu Saad bin Muaz sebelum mengakhiri nafasnya.

"Tujuanku (syahid) sudah tercapai wahai sahabatku Saad. Aku sudah terbau bau syurga yang sangat harum semerbak di kaki bukit Uhud ini. Selamat tinggal Saad, selamat tinggal," ujar Anas.

Seorang lagi pahlawan Uhud yang mempunyai kisah yang menyentuh perasaan ialah Hanzalah Al Ghasil bin Abu Amir. Hanzalah dikatakan baru melangsungkan perkahwinan dengan seorang wanita yang sangat jelita.

Namun tatkala mendengarkan seruan berjihad di Medan Uhud, Hanzalah dikatakan terus bergegas meninggalkan isteri dalam dakapannya semata-mata untuk menyahut seruan jihad.

Apabila berhadapan dengan musuh di medan perang, Hanzalah mempamerkan daya juang yang sangat menggerunkan musuh dengan membunuh ramai di kalangan anggota tentera Quraisy sehingga membuka jalan kepada beliau yang akhirnya berjaya berhadapan dengan Abu Suffian bin Harb, ketua panglima perang Quraisy.

Hanzalah dikatakan hampir berjaya membunuh Abu Suffian tetapi Allah lebih memilih beliau untuk syahid apabila Hanzalah ditetak dengan kuat sehingga mati oleh seorang pengikut Abu Suffian, Syaddah bin Al Aswad yang kebetulan ternampak cubaan untuk membunuh Abu Suffian itu.

Hanzalah syahid dan jenazahnya ditemui seusai perang dalam keadaan basah seluruh badannya.

Rasulullah menjelaskan bahawa Hanzalah baru sahaja dimandikan oleh para malaikat kerana semasa beliau keluar berperang, Hanzalah masih dalam keadaan berjunub.

Lalu dalam riwayat Hanzalah terkenal dengan gelaran Al Ghasil yang bermakna dimandikan oleh para malaikat.

Namun Rasulullah sendiri juga tidak kurang hebatnya sebagai seorang pahlawan yang tidak sahaja berlawan malah mampu mengalahkan musuh.

Dalam satu peristiwa ketika berlangsung perang itu, iaitu di saat-saat akhir sebelum perang tamat, telah tersebarnya berita kononnya Rasulullah terkorban.

Namun apabila mendapat tahu baginda sebenarnya masih hidup, seorang anggota tentera di pihak musuh bernama Ubai bin Khalaf terjerit-jerit mencari baginda Rasulullah.

"Di mana orang yang mengaku dirinya itu seorang nabi? Andai dia seorang yang berani, keluarlah bertarung dengan aku, satu lawan satu sehingga salah seorang terkorban.

"Di manakah Muhammad? Aku sendiri malu untuk meneruskan hidup jika membiarkan si Muhammad ini terus hidup," kata Ubai dengan sombong dan bongkak.

Mendengarkan cabaran Ubai itu, ramai pahlawan dan sahabat baginda yang menawarkan diri untuk membunuh Ubai bagi pihak baginda.

Namun baginda meminta diberi ruang untuk baginda sendiri berhadapan dengan Ubai.

Sebaik sahaja Ubai melihat kemunculan baginda maka tanpa ditunggu-tunggu lagi dia pun terus memacu kudanya dengan deras untuk menyerang baginda.

Lalu baginda pun meminta sebilah lembing yang sedang dipegang oleh Harith bin Syimmah. Sebaik sahaja Ubai semakin menghampiri baginda maka dengan pantas dan sekuat-kuat tenaga baginda melontarkan lembing itu ke arah Ubai.

Lembing itu tepat sasarannya mengenai leher Ubai sehingga tembus. Ubai mati tersungkur dalam keadaan berlumuran darah.
SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0511&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm#ixzz5eAqWVTVA
© Utusan Melayu (M) Bhd

Wednesday, 30 January 2019

Hamzah digeruni musuh


ARKIB : 04/05/2011
Susunan SITI AINIZA KAMSARI
Perang Uhud merupakan antara perang yang paling menarik pernah berlaku dalam dalam mana-mana sejarah perang dunia.

Walaupun berakhir dengan kekalahan pihak Islam dengan pelbagai strategi diatur sedemikian rupa yang pastinya menjanjikan kemenangan namun sepanjang berlaku perang ini penuh dengan pelbagai kisah kepahlawanan yang luar biasa dan sehingga kini tiada tolok bandingnya.

Tentunya yang kita maksudkan adalah kisah bapa saudara Rasulullah sendiri, iaitu Hamzah bin Abdul Mutalib atau lebih dikenali sebagai 'Singa Allah' atau Asadullah.

Seorang bapa saudara yang sangat menjaga anak saudaranya sebelum ini dan pahlawan yang sangat perkasa dalam Perang Badar.

Semasa Perang Uhud, sesuai dengan gelaran yang diberi, Hamzah bagaikan seekor singa yang sedang mengamuk dan mengganas.

Hamzah atau nama sebenarnya Hamzah Abu 'Amaarah bin Abdul Mutalib bin Hashim bin 'Abdi Manaaf al Quraisy al Haasyimi. Berusia dua tahun lebih tua daripada Rasulullah dikatakan berjaya membunuh lebih 30 tentera kafir Mekah sepanjang Perang Uhud itu.

Beliau yang turut digelar Sayyidusy-Syuhadaa' (Penghulu para syuhada) tidak akan memberi peluang terhadap musuh kecuali terus berjuang habis-habisan mempertahankan Islam.

Sejak Hamzah mula memeluk Islam pada tahun kelapan selepas anak saudaranya itu dilantik Allah menjadi Rasul sehinggalah pada detik membawa kepada kematiannya di tangan musuh di Perang Uhud, seluruh hidupnya adalah untuk Islam.

Justeru sasaran membunuhnya memang tidak pernah padam di kalangan musuh. Malah ada yang membuat pelbagai tawaran yang sangat lumayan asal sahaja Hamzah dapat dibunuh.

Satu lawan satu

Bagi mereka dengan gugurnya seorang pahlawan Islam ini pasti akan pincanglah kekuatan Nabi Muhammad dan para pengikutnya.

Ini menyebabkan tugas membunuh Hamzah tidak boleh dilakukan secara berhadapan atau satu lawan satu. Jika cara itu dipilih maka tidak akan pernah pihak yang lawan tidak akan menang, jauh sekali dapat mencederakan Hamzah. Ini kerana Hamzah begitu hebat, perkasa, cekap dan tangkas.

Saat Hamzah sedang melawan dan mencari musuh untuk diperangi, saat itu jugalah sebenarnya Hamzah sedang diekori tanpa beliau sedari.

Musuh yang mengekori untuk mengambil peluang membunuh Hamzah secara curi itu ialah seorang bangsa kulit hitam bernama Wahsyi bin Harb.



SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0504&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm#ixzz5e9YZA6yt
© Utusan Melayu (M) Bhd