Ad

Tuesday, 6 August 2019

Duit tak ada, kualiti pula kurang

 PERLAWANAN Piala Malaysia di antara JDT dan UiTM FC di Stadium
PERLAWANAN Piala Malaysia di antara JDT dan UiTM FC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin Jumaat lalu gagal nenarik kehadiran penonton yang ramai. - BERNAMA
Fadhilul Izmel Ishak

06 Ogos 2019 6:00 AM
KUALA LUMPUR - Sudahlah berdepan kekangan kewangan, kualiti Liga Malaysia (Liga M) pula kurang menarik - dua faktor utama yang membawa kepada kemerosotan jumlah penonton ke stadium.

Bekas pertahanan Harimau Malaya yang membawa Malaysia la­yak ke Sukan Olimpik Moscow 1980, Datuk Jamal Nasir Ismail percaya, ekonomi negara yang kurang memberangsangkan menyebabkan peminat lebih selektif kerana tidak mampu membeli tiket untuk semua perlawanan.

Katanya, harga tiket jelas membebankan penyokong, terutama mereka yang datang bersama keluarga.


“Dengan keadaan ekonomi yang teruk, penonton pasti lebih selektif. Kalau satu keluarga ada empat ahli, sudah berapa harga tiket di situ? Itu belum masuk duit makan minum. Lebih baik mereka berjimat.

“Betul, memang situasi ini tidak sihat sebab kantung pasukan juga akan berkurangan tetapi orang berniaga ketika ini pun teruk.

“Yang datang ke stadium sekarang mungkin penyokong setia. Saya percaya, apabila Piala Malaysia memasuki peringkat suku akhir kehadiran penyokong akan bertambah,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Jamal yang memiliki 165 cap bersama skuad kebangsaan tidak menolak mutu permainan yang dipamer kebanyakan pasukan turut menjadi penyumbang kepada kemerosotan penyokong di stadium.

Sementara itu, legenda bola sepak Kelantan, Dali Omar berkata, kualiti permainan kurang menarik antara yang mendorong peminat ‘menjauhi’ perlawanan.

Dali yang beraksi bersama kelab Australia, Perth Glory dari 1975 hingga 1977 menegaskan, pasukan Liga M perlu meningkatkan kualiti permainan jika mahu lebih ‘disayangi’ penyokong.

“Kalau penyokong tak nak pergi stadium, mana boleh paksa. Orang dah benci. Orang dah jemu. Pemain kita tidak setaraf. Saya sedih tengok bola sepak tempatan.

“Terus-terang saya katakan, saya sendiri sudah tidak peduli dengan bola sepak Malaysia,” katanya.

Kempen awal Piala Malaysia 2019 yang membuka tirai, Jumaat lalu menyaksikan kemerosotan ketara penonton ke stadium, termasuk melibatkan dua pasukan terbaik negara ketika ini - Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Pahang.

Biarpun masih segar menjuarai Liga Super buat musim keenam berturut-turut, namun hanya 5,860 penonton hadir ke Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Jumaat lalu ketika JDT mengalahkan UiTM FC 3-1 dalam aksi pembukaan Kumpulan B.

Situasi lebih buruk berlaku di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada Sabtu lalu apabila ha­nya 4,200 peminat menonton pertemuan di antara naib juara liga, Pahang dan Pulau Pinang. – SUMBER UTUSAN 06 Ogos 2019 6:00 AM

Sunday, 4 August 2019

PERJANJIAN KEMERDEKAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DITANDATANGANI

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Pada hari ini 5.8.1957, Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani antara Raja-raja Melayu dengan wakil baginda Queen Sir Donald Mac Gillivray Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu. Majlis menandatangani perjanjian ini berlangsung di King's House Kuala Lumpur. Pada jam 9.30 pagi 15 orang penandatangan utama iaitu Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu, 8 orang Raja-raja melayu, Tengku Mahkota Johor dan 5 Pembesar yang berkuasa di Negeri Sembilan serta saksi-saksi kepada mereka tersebut telah menandatangani perjanjian ini dengan menggunakan pen khas yang bertulis "Federation Of Malaya Agreement 1957". Perjanjian ini ditandatangani dalam 40 salinan iaitu 20 dalam bahasa Melayu dan 20 dalam bahasa Inggeris. Dua salinan daripada perjanjian ini dihantar kepada Kerajaan British dan dua salinan lagi disimpan oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Setiap satu salinan juga dihantar kepada tiap-tiap negeri dalam Persekutuan termasuk Melaka dan Pulau Pinang dan 6 salinan kepada Negeri Sembilan iaitu satu-satunya negeri yang agak baik sistem pentadbirannya. Perjanjian ini antara lain menyatakan bahawa mulai 31 Ogos 1957 negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat akan ditubuh menjadi satu Persekutuan baru dinamakan Persekutuan Tanah Melayu (The Federation Of Malaya). Perjanjian ini juga memansuhkan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan akhirnya kuasa dan kedaulatan Queen ke atas Melaka dan Pulau Pinang. Dengan itu juga segala kuasa dan jurisdiksi baginda ke atas Persekutuan Tanah Melayu berakhir. Termeterainya perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ini telah membuka satu babak baru dalam pentadbiran negara dalam masa 26 hari selepas perjanjian ini Persekutuan Tanah Melayu menjadi sebuah negara merdeka dan berdaulat.[11


[1]http://www2.arkib.gov.my/hids

MELAKA 3-1 PDRM

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB


PENJARING GOL PIALA MALAYSIA 2019


OLEH-AHMAD BIN YAAK0B
DUA GOL
Diogo Luis Santo  Johor Darul Takzim
SATU GOL
Safawi Rasid   Darul Takzim
Dickson Nwakaeme          Pahang        
Mohamadou Sumareh  Pahang
Muslim Ahmad Pahang
Julian Bottaro  Pulau Pinang
Pedro Henrique   PJ City
Elizeu Araujo  PJ City
Pedro Victor  PKNP
Syazwan Zainon   Selangor
Ifedayo Omosuyi   Selangor
Christie Jayaseelan  Felda United
Khairul Amri Kamal  Felda United
Shakir Hamzah       Kedah
Fernando Rodriguez          Kedah
Farhan Roslan         Kedah
Ferris Danial Mat Nasir  Negeri Sembilan.
Zarko Korac     UiTM.

TUN DR. ISMAIL BIN DATUK ABDUL RAHMAN MENINGGAL DUNIA

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Pada hari ini 2.8.1973, Tun Dr. Ismail bin Datuk Abdul Rahman, Timbalan Perdana Menteri telah meninggal dunia, akibat sakit jantung. Kematian Allahyarham telah diumumkan ke seluruh negara oleh Ketua Setiausaha Negara. Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada negara. Allahyarham Tun Dr. Ismail telah dilahirkan di Johor Bahru pada 4 November 1915. Allahyarham telah mendapat pendidikan awal di English College (Maktab Sultan Abu Bakar), Johor Bahru dan melanjutkan pelajarannya di Maktab Perubatan King Edward ke-VII, Singapura. Pada tahun 1939 Allahyarham menyambung pengajian ke Universiti Melbourne, Australia dan berjaya menjadi penuntut Melayu pertama lulus dari sebuah universiti di Australia pada tahun 1945. Penglibatan Allahyarham dalam politik tanahair bermula dengan gagasan penubuhan Malayan Union oleh British. Allahyarham Tun Dr. Ismail bersama-sama dengan nasionalis-nasionalis lain telah menentang cadangan tersebut dan menubuh sebuah kesatuan iaitu Kesatuan Siswazah-siswazah Melayu. Dari segi pengalaman politik Allahyarham mempunyai pengalaman yang luas, bermula sebagai anggota tidak rasmi dalam Majlis Undangan Negeri Johor, kemudian menjawat jawatan Ahli Tanah, Lombong dan Perhubungan dan seterusnya sebagai Menteri Sumber-Sumber Alam, Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Keadilan. Pada tahun 1956 Allahyarham bersama dengan YTM Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak telah pergi ke London untuk membincangkan perlembagaan berkaitan dengan kemerdekaan Malaya. Setelah Malaya merdeka pada tahun 1957, Allahyarham telah dilantik menjadi Duta Malaysia yang pertama ke Amerika Syarikat dan Ketua Perwakilan Tetap di Bangsa-bangsa Bersatu. Di samping menjawat jawatan Menteri, Allahyarham juga memegang jawatan-jawatan sebagai Wakil Persekutuan dalam Majlis Keselamatan Negara, Pengerusi Lembaga Keselamatan Malaysia, Pengerusi Bersama Jawatankuasa Sempadan Malaysia-Thai dan Naib Pengerusi Majlis Keselamatan Negara. Oleh kerana semangat nasionalisnya kuat, pada tahun 1953, Allahyarham telah meletakkan jawatannya sebagai Ahli Majlis Eksekutif Kerajaan Pusat kerana dasar yang dibuat oleh Sir Gerald Templer bertentangan dengan kepentingan UMNO. Pada tahun 1967, Allahyarham terpaksa berehat dari kabinet atas sebab-sebab kesihatan, walau bagaimanapun beliau tetap bertugas sebagai Ahli Parlimen. Oleh kerana kepentingannya dan tanggungjawab terhadap negara sangat besar, maka Allahyarham telah kembali ke pangkuan negara sebagai Ahli Majlis Gerakan Negara ekoran tragedi 13 Mei 1969. Allahyarham Tun Dr. Ismail telah dikurniakan beberapa pingat sebagai menghargai jasa dan sumbangannya terhadap negara. Antaranya Pingat Darjah Panglima Mangku Mahkota, 1959 dan Pingat Seri Setia Mahkota yang membawa gelaran 'Tun' pada tahun 1968. Pada tahun 1970, Allahyarham telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri sehinggalah Allahyarham menghembuskan nafas yang terakhir. Sebagai menghargai jasa bakti Allahyarham yang besar terhadap negara, Allahyarham telah disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur dengan penuh penghormatan negara.[11


[1]http://www2.arkib.gov.my/hids

Dollah puji semangat juang pemain


MyMetroArena
Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my

PENGENDALI Pahang, Dollah Salleh memuji semangat juang skuadnya bangkit daripada ketinggalan dan mencatat kemenangan 3-1 ke atas Pulau Pinang, malam tadi.

Bekas pemain kebangsaan itu berkata, kemenangan itu cukup bermakna dan menjadi penyuntik semangat untuk menghadapi perlawanan berikutnya.

"Bagi saya, pemain dan pasukan ini menunjukkan prestasi serta semangat yang menarik selepas dikejutkan gol pendahuluan lawan.

"Kita kuasai 70 peratus perlawanan dan hanya melakukan satu kesilapan yang membuka ruang kepada mereka (Pulau Pinang) memperoleh gol.

"Ini perlawanan pertama (saingan Piala Malaysia), saya puas hati dengan persembahan pemain dan saya mahu (corak permainan) kekal konsisten," katanya.

Pada perlawanan malam tadi, tiga gol Pahang, masing-masing satu dijaringkan oleh Dickson Nwakaeme pada minit ke-58, Mohamadou Sumareh (m-66) dan Muslim Ahmad (m-83) manakala gol tunggal Pulau Pinang dijaringkan Julian Bottaro (m-50).

Dollah juga optimis skuad Tok Gajah mampu melakar kejayaan dalam saingan Piala Malaysia, selepas kecewa dengan saingan Piala FA dan Liga Super.

Sementara itu, Pengendali Pulau Pinang, Manzoor Azwira Abd Wahid pula berkata, kekalahan itu memadam misi Harimau Kumbang mencuri satu mata di tempat lawan namun dia mengakui tugas mereka sukar kerana lawan adalah pasukan bagus serta mempunyai kekuatan di bahagian serangan.

"Ini adalah perlawanan pertama dan bukanlah bermakna kami sudah berada dalam tekanan... bagi saya, ia adalah permulaan kepada pemain mendapatkan pengalaman.

"Mereka menampilkan aksi yang mantap sepanjang 60 minit perlawanan sebelum mula melakukan kesilapan dan kami terima kekalahan ini sebagai cabaran untuk berdepan perlawanan seterusnya," katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Ogos 2019 @ 11:26 AM

Friday, 2 August 2019

PENEMPATAN PERTAMA PENEROKA LEMBAH BILUT

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Pada hari ini 2.8.1959, rombongan seramai 30 orang tiba di Tanah Rancangan Lembah Bilut untuk memulakan hidup baru sebagai peneroka di situ. Mereka adalah kumpulan pertama yang telah dipilih dari seramai 9,000 pemohon untuk mendiami tanah rancangan Lembah Bilut, iaitu rancangan pembukaan tanah yang terbesar pernah diusahakan oleh Felda sejak ia di tubuhkan. Untuk peringkat pertama, dalam Rancangan 5 tahun pertama ini, Felda telah memilih seramai 600 keluarga dari seluruh negeri Persekutuan Tanah Melayu. Ia dijangka akan mengambil seramai 600 keluarga lagi di peringkat keduanya kelak. Projek yang meliputi kawasan seluas 22 batu persegi ini melibatkan perbelanjaan sebanyak 2½ juta ringgit. Setiap peserta yang telah dipilih diberi tanah seluas 7 ekar bagi tanaman getah dan 3 ekar tanah dusun. Untuk membangunkan tanah tersebut, pihak Felda juga menyediakan bantuan pinjaman sebanyak 6,000 ringgit kepada setiap keluarga peserta. Pinjaman ini perlu dibayar balik dalam jangka masa 5 tahun dari tarikh pinjaman dibuat. Bagi memastikan kejayaan skim pertanian ini pula, kerja-kerja pertanian peneroka diawasi dan diberi perhatian secara langsung oleh pegawai Felda sendiri. Perhatian seumpama ini diteruskan hingga peneroka-peneroka itu boleh berdikari. Sesungguhnya pembukaan tanah Lembah Bilut pada hari ini dalam tahun 1959 memberi erti yang besar kepada golongan miskin. Melalui rancangan ini ramai dari mereka yang tidak berada telah berjaya memperolehi dan memiliki tanah sendiri, malah dengan kejayaan ini mereka telah berpeluang menikmati segala kemudahan yang disediakan oleh Felda untuk hidup yang lebih selesa.[1]


[1]http://www2.arkib.gov.my/hids