Ad

Wednesday, 17 June 2020

TEMA 1-MASYARAKAT

oleh-AHMAD BIN YAAKOB
1.1.1        Raja
Menjelaskan konsep dan peranan raja pada abad ke-19.
1.Konsep Raja.
      Merupakan satu sistem pemerintahan yang meletakkan raja sebagai ketua pemerintah di sesebuah negeri, berkuasa mutlak. Konsep raja diperkuatkan dengan konsep “Daulat dan Derhaka.” Raja mempunyai beberapa keistimewaan seperti bahasa, warna, alat kebesaran dan lambang kebesaran.[1]

Peranan Raja.
1.Politik
Ketua pemerintah tertinggi negeri
Raja hanya berkuasa di kawasan Dirajanya. Selain itu, baginda juga merupakan ketua negeri yang berkuasa mutlak.[2]
Ketua undang-undang dan kehakiman
Ketua tentera
Berkuasa melantik bakal pengganti raja berdasarkan sistem warisan.
2.Ekonomi
Menguasai semua sumber ekonomi negeri termasuk pertanian dan perlombongan. Menentukan sistem pungutan cukai dan melantik wakil kerajaan untuk mengutip cukai.
Terlibat dalam perdagangan luar negeri.
Memperkenalkan sistem mata wang.
3.Sosial
Menduduki hierarki tertinggi dalam susun lapis masyarakat.
Ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu.
Khalifah Allah di muka bumi.
Menjaga keselamatan dan kebajikan rakyat.[3]



[1]“Insitusi Pemerintahan”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal [3,] (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)2.  .  
[2] Ong Loo Chen, “Teks Sejarah STPM Pra U, Sejarah (Malaysia dan Asia Tenggara Penggal 3,
[3]“Insitusi Pemerintahan”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3,3. 

Tuesday, 16 June 2020

Main dengan PDRM kerja terjamin


MyMetroArena
TAWARAN itu juga membabitkan pasukan Belia dan Presiden seterusnya bakal menggalakkan lagi penyertaan individu daripada seluruh negara. FOTO Ihsan Facebook PDRM FA
PASUKAN PDRM menemui kaedah terbaik untuk menarik minat pemain bola sepak berbakat tanpa mengeluarkan modal yang banyak apabila mereka menawarkan peluang pekerjaan sebagai anggota atau pegawai polis kepada individu yang menyertai skuad The Cops.

Hal ini bermakna individu yang berminat dan berkelayakan dapat bermain bola sepak dan pada masa tidak perlu bimbang masa depan mereka apabila menggantung but kerana sudah dijanjikan pekerjaan terbabit.

Setiausaha Kehormat PDRM, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, inisiatif berkenaaan mampu menarik lebih ramai individu berkelayakan untuk bermain bola sepak dan pada masa terjamin pekerjaan.

"Perancangan kami pada musim depan adalah mengambil pemain dan menawarkan mereka peluang pekerjaan mengikut kelayakan masing-masing.

"Inisiatif berkenaan mampu mengurangkan perbelanjaan PDRM dan pada masa sama mereka juga boleh berkhidmat kepada masyarakat.

"Tawaran itu juga membabitkan pemain untuk pasukan Belia dan Presiden seterusnya bakal menggalakkan lagi penyertaan individu daripada seluruh negara," katanya, di sini.

Selain itu, beliau berkata, pihaknya akan membayar pampasan kepada pemain yang terkesan akibat penutupan skuad Liga Belia dan Presiden dalam masa terdekat ini.

"Segala pampasan akan dibayar kepada pemain berkenaan mengikut garis panduan yang sudah ditetapkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Jun 2020 @ 7:54 PMmana-mana pemain lain.[1]


[1] https://www.hmetro.com.my/arena/2020/06/590118/main-dengan-pdrm-kerja-terjamin

Sunday, 7 June 2020

Karisma Shukor dihormati rakan dan lawan

MyMetroArena
 SHUKOR (tengah) mengasak bintang import Pahang, Dickson Nwakaeme (kanan) dalam saingan Liga Super 2019 di Stadium Darul Makmur.
Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my


PERTAHANAN berpengalaman Shukor Adan adalah bintang yang dilahirkan untuk menjadi ketua di atas padang serta mempunyai karisma yang jarang dijumpai pada mana-mana pemain lain.

Demikian pandangan rakan seangkatan Shukor, Norhafiz Zamani Misbah yang melihat ciri kepimpinan Shukor sebagai istimewa yang menyebabkan dia masih mampu meneruskan karier walaupun usia sudah menjangkau 41 tahun.

Katanya, Shukor sentiasa menjadi pemain dihormati kawan dan lawan malah sentiasa bijak mengawal benteng pasukan jika beraksi selaku pemain pertahanan tengah.

"Saya dan Shukor sudah mengenali antara satu sama lain sejak beraksi dalam skuad Piala Presiden Negeri Sembilan pada 1998 dan bermain dalam pasukan utama pada 2000 serta 2001 selepas dia berhijrah dari Melaka pada waktu itu.

"Sejak menjadi rakan sepasukan di awal karier, saya sudah dapat melihat ciri istimewa Shukor yang kekal sampai hari ini. Apa yang saya paling kagum dengan Shukor ialah dia ada auranya tersendiri kerana kalau berikan arahan atau naikkan semangat, semua pemain mudah dengar apa dia katakan,"katanya.

Selepas 2001 menjadi tahun terakhir mereka bersama, Norhafiz dan Shukor sekali lagi bergandingan di Negeri Sembilan,10 tahun selepas itu pada musim 2011 dan 2012.

Shukor menjadi salah seorang bintang dalam Best XI Norhafiz yang disenaraikan sebagai pemain tengah di dalam formasi 3-5-2 yang menjadi pilihan bekas tonggak kebangsaan berkenaan.

Mohd Syamsuri Mustafa diletakkan sebagai penjaga gol pilihan sementara tiga pemain pertahanan ialah Khairil Zainal, Khairul Anuar Baharom dan B.Rajinikandh.

Selain Shukor yang bertindak sebagai sebagai pemain tengah bertahan, Azrul Amri Burhan dan Gus Cerro turut menjadi pilihan Norhafiz manakala Rosdi Talib di bahagian kiri sementara Indra Putra Mahayuddin diletakkan bahagian kanan. B

Bekas penyerang Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan, Azman Adnan serta penyerang PJ City Safee Sali melengkapkan senarai Best XI Norhafiz.

Seorang lagi pemain yang turut meraih perhatian Norhafiz ialah Azrul Amri Burhan yang pernah beraksi bersamanya pada musim 2003 dan 2004.

"Azrul salah seorang pemain mempunyai keupayaan teknikal mengagumkan, dia salah seorang pemain tengah paling kreatif sewaktu di puncak kariernya.

"Ketepatan hantaran jauh serta pendek Azrul begitu tinggi dan jarang sekali dia gagal melakukan hantaran tidak tepat kepada rakan sepasukan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Jun 2020 @ 5:18 PM.[1]


[1] https://www.hmetro.com.my/arena/2020/06/585594/karisma-shukor-dihormati-rakan-dan-lawan

Safawi rindu 'hantui' benteng lawan

MyMetroArena
SAFAWI gigih jalani latihan bersendirian susulan penularan wabak Covid-19.
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my

PENYERANG kebangsaan, Safawi Rasid mengakui sudah tidak sabar turun ke padang selepas hampir tiga bulan sekadar menjalani latihan secara individu di rumah ekoran pandemik Covid-19.

Menerusi luahan di laman Instagram miliknya, pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu memuat naik dua gambar ketika sedang menjalani latihan bersama JDT dan aksinya dengan skuad Harimau Malaya.

Malah, pemenang Pemain Paling Bernilai dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) bagi dua musim berturut-turut iaitu 2018 dan 2019 itu menyatakan dia amat merindui sukan yang paling diminatinya itu.

"Rindu tiada ubat", katanya sambil meletakkan simbol bola dan berlari untuk menggambarkan betapa terujanya pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu beraksi semula.

Luahan itu kemudian disambut peminat serta rakan sepasukan dalam skuad kebangsaan yang juga penyerang kelab divisyen 2 Liga Jepun Fagiano Okayama, Hadi Fayyadh Abdul Razak.

Hadi yang ketika ini masih berada di Jepun membalas dengan memberi kata-kata semangat 'sikit lagi' kepada Safawi dengan simbol tangan dan api.

Peminatnya pula rata-rata mengakui merindui aksinya di atas padang lebih-lebih sepakan padu kaki kiri yang sering menghasilkan jaringan sama ada buat JDT mahupun pasukan negara.

Saingan Liga Malaysia dijangka akan disambung kembali bermula September ini manakala latihan pusat skuad kebangsaan pula dirancang pada awal Oktober bagi membolehkan anak buah Tan Cheng Hoe melakukan persiapan menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) 8 Oktober dan Vietnam lima hari kemudian.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Jun 2020 @ 5:40 PM.[1]


[1]https://www.hmetro.com.my/arena/2020/06/586375/safawi-rindu-hantui-benteng-lawan.

Tuesday, 26 May 2020

Giliran Safawi Olahragawan Kebangsaan?


MyMetroArena
SAFAWI cemerlang bersama JDT dan Harimau Malaya.
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my


SELEPAS kali terakhir gelaran Olahragawan Kebangsaan diberikan kepada sukan bola sepak pada 1976 dan 1977, sudah tiba masanya anugerah tertinggi buat ahli sukan negara itu dianugerahkan kembali kepada pemain bola sepak tempatan.

Berdasarkan pencapaian cemerlang sepanjang tahun lalu, sudah tentu Safawi Rasid perlu diberi peluang untuk dinobatkan sebagai atlet terbaik negara dengan kejayaan paling gemilang muncul Pemain Paling Bernilai dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK).

Malah, dia turut dinobatkan pemain terbaik perlawanan akhir Piala Malaysia di samping beberapa kali menjaringkan gol kemenangan buat skuad negara di peringkat antarabangsa.

Prestasinya juga sangat konsisten dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) sejak tiga musim lalu dan kejayaan menggondol hampir 12 anugerah secara individu serta lapan trofi bersama Johor Darul Ta'zim (JDT) sudah selayaknya dipilih sebagai calon Olahragawan Kebangsaan.

Menyingkap senarai pemenang sejak 1976, dua legenda bola sepak negara iaitu Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari dan Datuk Shukor Salleh pernah memenangi anugerah berkenaan pada pertengahan 1970-an.

Bagaimanapun, itu kali terakhir pengiktirafan diberikan kepada pemain bola sepak dengan selepas itu atlet badminton, olahraga dan berbasikal mendominasi anugerah.

Menurut jurulatih UKM FC, Sulaiman Hussin, Safawi adalah pilihan tepat untuk diberikan pengiktirafan itu.

"Safawi sememangnya layak untuk dijulang sebagai olahragawan berdasarkan kepada aksi dan konsistensinya sebagai seorang atlet. Walaupun sukan bola sepak adalah sukan berpasukan, perlu diingat kehadiran Safawi dalam pasukan sentiasa memberi impak yang besar kepada pasukan.

"Dia seorang pemain yang boleh beraksi secara berpasukan, malah dia juga kadang-kadang boleh menukar 'butang' kepada aksi individu yang kemudiannya menghasilkan gol.

"Lihat golnya banyak dilakukan menerusi sepakan percuma atau gerakan solo daripada sebelah tepi yang kemudiannya menghasilkan gol.

"Kalau di Barcelona ada Messi...kalau di Juventus ada Ronaldo, tetapi kalau pasukan Malaysia dan JDT pula saya andaikan kena ada Safawi," katanya kepada Arena Metro.

Jelasnya,, bekas pemain T-Team itu adalah ikon sukan negara dengan kejayaan cemerlang yang dilakarnya.

"Dia masih muda dan ketika ini berada pada puncak prestasi. Dia juga menjadi ikutan pemain muda yang mahu menjadi sepertinya.

"Bagi saya, selepas ketiadaan Datuk Lee Chong Wei (bersara dari sukan badminton), dia adalah atlet contoh terbaik daripada sukan bola sepak," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Mei 2020 @ 9:18 PM[1]


[1] https://www.hmetro.com.my/arena/2020/05/582769/giliran-safawi-olahragawan-kebangsaan

Wednesday, 20 May 2020

Halim Napi idola Apek


SUKAN»Bola
Rabu, 20 Mei 2020 | 7:12pm
Apek mengakui menjadikan Halim Napi (gambar kecil) sebagai idola dan sumber inspirasi. - Arkib NSTP
Apek mengakui menjadikan Halim Napi (gambar kecil) sebagai idola dan sumber inspirasi. - Arkib NSTP
 Apek mengakui menjadikan Halim Napi (gambar kecil) sebagai idola dan sumber inspirasi. - Arkib NSTP
Halim Napi idola Apek
Oleh Zulfaizan Mansor
zulfaizan@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Penjaga gol berpengalaman, Khairul Fahmi Che Mat mengakui menjadikan Halim Napi sebagai idola dan sumber inspirasi ketika di awal pembabitannya dalam dunia pemain bola sepak.

Malah, pengalaman mendapat tunjuk ajar pada musim 2009 daripada bekas penjaga gol berkenaan ketika di Kelantan kekal menjadi kenangan manis buat beliau yang terus melonjak dalam kariernya selepas itu sehingga menjadi penjaga gol nombor satu skuad Harimau Malaya.

Khairul Fahmi yang mesra disapa Apek mengakui ada sebab tersendiri dia meminati Halim yang disifatkan mempunyai sikap tegas di atas padang selain ciri kepemimpinan yang diperlukan sebagai benteng terakhir pasukan.

"Halim memang idola saya sejak kecil lagi dan selalu mengikuti kariernya dengan penuh minat sebelum tanpa disangka akhirnya dapat menjadi rakan sepasukan pada tahun 2009," katanya yang kini bersama Melaka United.

"Karakternya bagi saya, agak jarang ditemui ke atas mana-mana pemain kerana begitu tegas di atas padang. Malah kehadirannya selaku penjaga gol selalu menghadirkan kegerunan kepada pihak lawan.

"Kalau bola dalam situasi 50-50 mahu pun 70-30 sekali pun, saya selalu lihat mana-mana penyerang takut untuk beri cabaran kepada beliau kerana mereka tahu dia memang sukar digugat serta agresif dalam mendapatkan bola.

"Saya juga bertuah mendapat tips dan nasihat ketika kami masih bergelar rakan sepasukan. Walaupun caranya agak garang, seolah-olah seperti memarahi saya tetapi saya faham itu adalah cara orang lama mengajar. Malah segala yang diajarnya masih diingati sampai hari ini."

Halim adalah penjaga gol terkenal pada era 90-an yang pernah mewakili Kelantan, Negeri Sembilan dan Perak sebelum bersara pada 2009. Beliau menjadi salah seorang pemain pilihan dalam Best XI Khairul Fahmi dengan formasi 4-4-2.

Bagi barisan pertahanan, tiga bekas pemain Kelantan iaitu Zairul Fitree Ishak, Daudsu Jamaluddin dan Obinna Nwaneri menjadi pilihan Khairul Fahmi selain pertahanan Pahang, Muslim Ahmad.

Wan Zack Haikal Wan Noor selaku pemain sayap kiri sementara Wan Zaharulnizam Wan Zakaria di sayap kanan diikuti Mohd Badhri Mohd Radzi dan Safiq Rahim mengemudi bahagian tengah.

Dua penyerang pilihan Khairul Fahmi ialah Dickson Nwakaeme dan Norshahrul Idlan Talaha, yang kedua-duanya pernah menyarung jersi Kelantan.[1]


[i] https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2020/05/691158/halim-napi-idola-apek