Ad

Friday, 26 June 2015

KEPUTUSAN PERLAWANAN LIGA PREMIER 26.6.2015


OLEH- AHMAD BIN YAAKOB

T-TEAM 3-1 PKNS

NS MATRIX  1-0 DRB-HICOM

JOHOR 1-0  LAWAN UiTM FC

KL SPA  1-2  KEDAH

KUANTAN FA 1-3 PULAU PINANG


SABAH  1-0  KUALA LUMPUR

TERKINI PDRM 2-1 LIONS XII



OLEH- AHMAD YAAKOB

PDRM    2- 1  LIONS XII

Skuad bola sepak B-14 perempuan tewas di Vietnam

KHAMIS, 25 JUN 2015 @ 12:23 AM
KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak remaja perempuan bawah 14 tahun (B-14) Malaysia mengalami kekalahan pertama apabila tumpas 3-5 kepada Vietnam pada perlawanan kedua Kumpulan B Kejohanan Serantau AFC B-14 Bagi Zon ASEAN 2015 di Padang YFTC di Hanoi, Vietnam semalam. Penyerang Nguyen Thi Thu Hien muncul wira pasukan tuan rumah apabila menyempurnakan hatrik pada minit ke-15, 23 dan 25, manakala dua lagi gol Vietnam dijaringkan Nguyen Thi Thu Huong pada minit ke-2 dan Ngan Thi Van Su pada minit ke-20.

      Tiga gol Malaysia dijaringkan oleh Nor Athirah Mamat pada minit ke-38, Alice Mic Michael (minit ke-61) dan Anis Aishah Asiati Raili, (minit ke-64). Filipina yang tewas 0-3 kepada Vietnam pada perlawanan pembukaan Kumpulan B kelmarin, menghidupkan kembali peluang untuk mara ke separuh akhir apabila mengalahkan Singapura 3-1 semalam. Malaysia perlu menewaskan Filipina, manakala Vietnam hanya memerlukan seri apabila menentang Singapura pada perlawanan terakhir pusingan awal, hari ini untuk melangkah ke peringkat separuh akhir Sabtu ini.

      Sementara itu, juara bertahan Thailand meraih kemenangan kedua dalam aksi Kumpulan A setelah mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Kemboja, hasil jaringan Anupha Noinueai pada minit ke-59. Myanmar juga mencatat kemenangan kedua selepas menumpaskan Laos 4-1 pada satu lagi aksi Kumpulan A. Kemenangan kedua berturut-turut oleh Thailand dan Myanmar itu menyaksikan kedua-dua pasukan hampir pasti menempah slot ke separuh akhir pada kejohanan tahunan itu. Berdasarkan format kejohanan, dua pasukan teratas daripada Kumpulan A dan B mara ke perlawanan separuh akhir. - BERNAMA


SUMBER : http://www.bharian.com.my/node/63471

JADUAL PERLAWANAN LIGA PREMIER


OLEH- AHMAD BIN YAAKOB

T-TEAM LAWAN PKNS
STADIUM SULTAN ISMAIL NASIRUDDIN SHAH
JAM 10.00 MALAM

NS MATRIX  LAWAN DRB-HICOM
STADIUM  TUANKU ABDUL RAHMAN, PAROI
JAM 10.00 MALAM

JOHOR DT II  LAWAN UiTM FC
STADIUM PASIR GUDANG
JAM 10.00 MALAM

KL SPA  LAWAN KEDAH
STADIUM DARUL AMAN ALOR STAR
JAM 10.00 MALAM

KUANTAN FA LAWAN PULAU PINANG
STADIUM DARUL MAKMUR
JAM 10.00 MALAM

SABAH  LAWAN KUALA LUMPUR
STADIUM LIKAS, SABAH

9.15 MALAM.  

JADUAL PERLAWANAN LIGA SUPER


OLEH- AHMAD YAAKOB
HARI   JUMAAT 26.6.2015
PDRM LAWAN LIONS XII
STADIUM SHAH ALAM

JAM 10.00 MALAM

Peluang Olimpik cerah


Oleh MUHAMMAD ZUHAILY BADLISHAH
 
RAZIE (dua dari kiri) menjaringkan satu gol ketika membantu Malaysia menewaskan Ireland 4-2 pada saingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di Antwerp, Belgium semalam.


PELUANG Malaysia untuk menamatkan penantian 15 tahun beraksi pada Sukan Olimpik semakin cerah selepas berjaya menewaskan Ireland 4-2 pada aksi kedua Kumpulan B kempen Separuh Akhir Liga Hoki Dunia (WHL) malam tadi.

Kemenangan di Stadium KHC Dragons, Antwerp, Belgium itu menyaksikan The Speedy Tigers berjaya mengesahkan slot awal ke pusingan suku akhir hasil dua kemenangan termasuk menang 3-2 ke atas China pada aksi pertama Sabtu lalu.

Lebih manis, kemenangan itu juga menjadi hadiah istimewa buat penyerang Malaysia, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd. Jalil yang meraikan penampilan ke-200 bersama skuad hoki negara di pentas antarabangsa pada aksi tersebut.

“Ini satu kejayaan yang cukup bermakna buat pasukan dan diri saya. Kedua-dua pasukan mahukan kemenangan dan ia boleh dilihat berdasarkan ketegangan perlawanan ini.

“Saya gembira kami berjaya memenangi perlawanan ini selepas terpaksa bersaing sengit dengan Ireland,” katanya selepas tamat perlawanan semalam.

Skuad bimbingan Tai Beng Hai itu membuka tirai jaringan terlebih dahulu menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin pada minit ke-13 sebelum Peter Caruth mengikat kedudukan 1-1 seminit kemudian.

Pasukan yang menghuni ranking ke-14 dunia itu sekali lagi bangkit menyamakan kedudukan 2-2 melalui Shane O’Donoghue pada minit ke-16 selepas gol daripada kapten Malaysia, Muhammad Razie Abd. Rahim (m-15).

Bersambung di suku masa ketiga, amukan barisan pemain skuad negara ternyata membuahkan hasil apabila pemain pertahanan, Sukri Mutalib menjaringkan gol ketiga Malaysia menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-39.

Izwan Firdaus muncul wira pasukan apabila meledak gol kedua peribadi yang juga jaringan keempat Malaysia dengan satu gerakan menarik pada minit ke-56.

Kemenangan tersebut pastinya membakar semangat para pemain The Speedy Tigers untuk mencatatkan kemenangan ketiga kempen kali ini, ke atas lawan seterusnya iaitu Belgium esok.

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0626&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz3eAE03I3N Hakcipta terpelihara

Thursday, 25 June 2015

Liga Hoki Dunia: Malaysia benam Ireland

KHAMIS, 25 JUN 2015 @ 9:50 PM
Oleh Hussain Said SKUAD hoki negara menundukkan Ireland 4-2 dalam saingan Kumpulan B. bhsukan@bh.com.my ANTWERP: Skuad hoki negara berjaya menempah tiket ke suku akhir Separuh Akhir Liga Hoki Dunia apabila menumpaskan Ireland 4-2 dalam saingan Kumpulan B di Stadium KHC Dragons, di sini sebentar tadi. Kemenangan itu juga mencapai misi The Speedy Tigers untuk menduduki sekurang-kurangnya tempat ketiga dalam kumpulan untuk memburu peluang lebih baik dalam memburu tiket ke Sukan Olimpik Rio 2016.

      Ini kerana kedudukan ketiga itu mampu mengelak mereka daripada bertemu gergasi dunia, Australia di suku akhir. Dalam saingan sebentar tadi, Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin meletakkan The Speedy Tigers di depan pada minit ke-13 apabila menyudahkan situasi kelam kabut di depan gawang lawan hasil daripada lantunan pukulan sudut penalti namun gol itu tidak bertahan lama.

       Sebaliknya, The Green Machines bangkit menyamakan kedudukan 1-1 seminit kemudian apabila penjaga gol negara, Roslan Jamaluddin gagal menampan kemas pukulan Peter Caruth. Sebaik suku kedua bersambung, Malaysia tidak menunggu lama untuk kembali mendahului lawan apabila kapten pasukan, Muhammad Razie Abdul Rahim menyudahkan pukulan sudut penalti pada minit ke-16.

Namun seperti gol pertama, kegembiraan anak buah Tai Beng Hai juga tidak bertahan lama apabila dua minit kemudian Ireland kembali menyamakan kedudukan menerusi Shane O'Donoghue menerusi pukulan sudut penalti. Selepas itu permainan berhati-hati diperagakan kedua-dua pasukan dan tujuh minit sebaik suku ketiga bermula anak buah Tai Beng Hai meledak gol ketiga apabila Sukri Mutalib menyempurnakan lantunan pukulan sudut penalti. Lima minit selepas itu, Azlan Misron berjaya meletakkan bola di dalam gawang anak buah Craig Fulton hasil pukulan sudut penalti tetapi pengadil membatalkannya. Muhammad Razie juga berpeluang menjadikan kedudukan 4-2 namun gagal menyempurnakan penalti stroke yang diperoleh pada minit ke-53 namun Izwan Firdaus menebus kekecewaan itu dengan gol keempat yang juga jaringan kedua peribadinya.


Sumber : http://www.bharian.com.my/node/63626