Ad

Wednesday, 8 April 2020

PEMERINTAHAN PUSAT DAN WILAYAH ANDALUS ABAD KE-13

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Pemerintahan Pusat dan wilayah kerajaan Andalusia abad ke-13M
Pemerintahandi Andalusia ditadbir oleh amir atau khalifah. Amir berkuasa melantik wakil-wakilnya untuk mentadbir wilayah. Gabenor Jeneral adalah wakil amir yang bertangungjawab melantik para pegawai untuk membantu pentadbiran.[1]

      Pemerintahan Bani Umayyah di Andalusia terbahagi kepada dua peringkat;
a)Peringkat pertama para pemerintah bergelar Amir (756-912)
b)Peringkat kedua para pemerintah bergelar khalifah. 912-1002M.
Selepas tahun 1002M, kerajaan BaniUmayyah di Andalusia mengalami kemerosotan dan berakhir pada 1031M. Kesannya muncul kerajaan- kerajaan kecil yang berpusat di pelbagai kota.

Pemerintahan di Andalusia
Pemerintahan di Andalusia ini ditadbi oleh amir atau khalifah. Mereka berkuasa melantik wakil-wakilnya untuk mentadbir wilayah-wilayah yang berada di bawah kekuasaannya. Gabenor Jeneral iaitu wakil bagi khalifah bertanggungjawab melantik para pegawainya untuk membantu mengendalikan urusan pentadbiran di Andalusia. Kerajaan Bani Umayyah di Andalusia berakhir pada abad ke 11.Selepas ituAndalusia berpecah kepada 30 negara kecil yang berpusat di pelbagai kota seperti Cordova, Sevilla dan Toledo.Pada abad ke-13 kerajaan Islam di Andalusia berada dalam keadaan kelemahan dan menghadapi asakan hebat daripada pihak Kristian yang berusaha merebut kembali wilayah-wilayah di Andalusia daripada umat Islam.[2]

1.Pemerintahan dan pentadbiran pusat kerajaan al-Muwahhidun
Sistem pemerintahan  amir dalam  kerajaan Muwahhidun :
 Pusat pemerintahan  di Maghribi.Para amir kerajaan  al-Muwahhidun  menggunakan gelaran berunsur  Syiah seperti al-Mahdi,  al-Imam,  alNasir dan al-Mansur.Amir dilantik  secara warisan (monarki). Kerajaan al-Muwahhidun telah memerintah Andalus sehingga kerajaan ini dikalahkan oleh tentera-tentera Kristian pada tahu 1212M.[3]

Pentadbiran  kerajaan  al-Muwahhidun di peringkat pusat dan wilayah berasaskan perundangan  daripadaMazhabMaliki Sistem pentadbiran adalah teratur termasuklah sistem  pengurusan kewangan, perbendaharaan dan kehakiman.[4].Al-Mahdi dibantu  10 orang berfungsi  sebagai kabinetPemerintahan Dewan 50 orang (penasihat)  dan Dewan 70 orang (Majlis  Rakyat).Majlis tentera  ditubuhkan  untuk menyelia hal ehwal ketenteraan.Amir menjalinkan  hubungan  diplomasi.Akhir pemerintahan Muwahhidun, sebuah kementerian  diwujudkan  untuk menguruskan  hal ehwal para penyair.[5]

Pentadbiran  kerajaan Nasriyah  :
Kerajaan Nasriyah diasaskan oleh Muhammad Yusuf bin Nasr yang dikenal sebagai Ibn al-Ahmar pada tahun 1235M.Pusat  pemerintahan di Granada, selatan Sepanyol. Granada ialah wilayah yang didiami oleh orang Islam Sepanyol apabila wilayah lain didduduki oleh pemerintah Kristian dan Yahudi.[6]Ibn al-Ahmar menggunakan gelaran Amir. Amir mengamalkan dasar berbaik-baik  dengan kerajaan  Kristian bagi memastikan kestabilan pemerintahannya. Kerajaan Nasriyah diperintah oleh 22  orang  amir (sultan).[7]





[1] “Pemerintahan Pusat dan Wilayah”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),24.
[2] Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2014), 106.
[3]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, (Shah Alam:Oxford Fajar.2014)  ,63.
[4]Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2014), 108.
[5]Bentuk  Pemerintahan”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),25.
[6]Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah  Islam Penggal 2, (Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd, 2014), 113.
[7]Bentuk  Pemerintahan”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah,25.

Thursday, 2 April 2020

'Bukan berehat dan makan je'

MyMetroArena
 PEMAIN Pahang Ivan Carlos Franca Coelho (tengah) berjaya menewaskan penjaga gol Selangor, Mohd Khairulazhan Mohd Khalid pada perlawanan Liga Super 2020 di Stadium Darul Makmur bulan lalu. FOTO Bernama
Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my

BARISAN pemain Pahang diminta mengekalkan tahap kecergasan sepanjang tempoh arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mencegah penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Pengurus Tok Gajah, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, sebagai pemain profesional, mereka perlu mengambil inisiatif sendiri dalam mengekalkan tahap kecergasan.

“Pemain perlu berada di tahap kecergasan tinggi dan bukannya berehat dan makan sepanjang tempoh larangan PKP kerana kesannya tidak bagus sebaik kembali bersama pasukan.

“Sebaiknya mereka melakukan latihan harian terutama daripada segi meningkatkan kecergasan walaupun berada di rumah.

“Pada masa sama, barisan kejurulatihan akan memberikan panduan dalam usaha membantu pemain mengekalkan prestasi mereka.

“Tapi pemain perlu mematuhi arahan yang ditetapkan iaitu tidak berada di luar rumah bagi memastikan terhindar daripada wabak Covid-19,” katanya.

Mohammed Suffian berkata, setakat ini, beliau berpuas hati dengan komitmen semua pemain kerana saling berhubung antara satu sama lain.

Justeru, katanya, skuad Pahang dinasihatkan mematuhi arahan daripada pihak berkuasa terutama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Mac 2020 @ 6:54 PM.[1]


[1] https://www.hmetro.com.my/arena/2020/03/556999/bukan-berehat-dan-makan-je

PFAM tidak setuju potong gaji pemain

MyMetroArena
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
 SAFEE tidak bersetuju dengan sebarang usaha untuk melakukan pemotongan gaji dan bertegas agar kontrak dipatuhi sebaiknya. FOTO OWEE AH CHUN.
PERSATUAN Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) tidak bersetuju dengan cadangan beberapa pihak tentang pemotongan gaji susulan penularan wabak Covid-19 yang kini menyerang negara.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh PFAM, adalah sangat tidak adil menjadikan pemain sebagai ‘mangsa’ untuk survivaliti kewangan pasukan yang sebelum ini mengeluh ekoran penundaan Liga Malaysia (Liga-M) sekali gus tidak mampu menjana pendapatan pasukan.

PFAM yang kini diketuai penyerang Petaling Jaya City (PJ City), Safee Sali, bersama-sama barisan kepimpinannya tidak bersetuju dengan sebarang usaha untuk melakukan pemotongan gaji dan bertegas agar kontrak dipatuhi sebaiknya.

“Pandemik Covid-19 adalah suatu keadaan yang di luar jangkaan kita selama ini. Malah dengan adanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ia juga memberikan impak besar kepada keseluruhan kehidupan kita selaku rakyat.

“Sebagai respon kepada kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) dan MFL (Liga Bolasepak Malaysia) yang meminta agar setiap pihak bertolak ansur demi menjaga kestabilan kewangan kelab, dengan hormatnya kami ingin mengemukakan pandangan yang berbeza.

“Kami berpendirian bahawa kontrak perlu dihormati dan dipatuhi sepertimana yang dipersetujui terutamanya berhubung isu pembayaran gaji,” kata PFAM.

Jelasnya lagi, bukan semua pemain meraih pendapatan yang lumayan dan sememangnya keperluan gaji amat mustahak di waktu ini.

“Ada yang terpaksa berbelanja lebih untuk menjaga isi rumah, ada juga yang terpaksa menanggung ahli keluarga yang tidak mempunyai pendapatan di waktu PKP ini dan pelbagai lagi hal-hal peribadi yang lain.

“Belum lagi dikira para pemain yang masih tidak mendapat gaji walau sebelum penangguhan liga berlaku. Seperti semua maklum, pasukan-pasukan yang memberi bayangan untuk pemotongan gaji adalah dalam kalangan pasukan yang mempunyai masalah tunggakan gaji.

“Kita baru sahaja digemparkan dengan pendedahan pemain-pemain dari skuad Piala Presiden dan Belia Kelantan bagi musim 2019 yang masih tidak mendapat gaji mereka.

“Kita juga dimaklumkan bahawa pasukan Melaka United telah dipotong mata atas kegagalan melunaskan bayaran seperti yang dijanjikan. Maka apakah nasib dan pilihan yang ada buat para pemain yang terkesan ini untuk kelangsungan hidup mereka?” katanya.

Semalam, FAM dan MFL berharap pemain dan majikan dapat duduk berbincang bagi meraih keputusan menang-menang di kala kantung kewangan pasukan terjejas disebabkan oleh penundaan liga.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Mac 2020 @ 7:12 PM.[1]


[1] https://www.hmetro.com.my/arena/2020/03/559265/pfam-tidak-setuju-potong-gaji-pemain

Friday, 27 March 2020

KEHIDUPAN AWAL PENEROKA JENGKA 4

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

       Ketika itu peneroka masuk ke Felda Jengka 4 pada tahun 1971, kawasan perumahan yang telah siap dibina dan ladang telah ditanam dengan tanaman pokok kelapa sawit. Sementara menunggu hasil ladang, para peneroka dan isteri mereka terpaksa ke ladang pada awal-awal pagi untuk diambil kedatangan dan seterusnya melaksanakan tugas masing-masing. Menurut Muhamad Salleh bin Ismail, peneroka dan isteri masing-masing wajib datang untuk bekerja di ladang kelapa sawit pada pukul lapan pagi. Mereka membuat kerja ladang dan diberi wang sebanyak RM2.50 sehari ini kos sara hidup.[1]

       Untuk mendapat pendapatan lebih peneroka boleh bekerja lebih masa. Pihak pengurusan Felda Jengka 4 akan  membayar elaun bayaran kerja lebih masa kepada peneroka yang rajin bekerja. Oleh itu mereka walaupun ramai daripada mereka belum mempunyai anak, tetapi mereka terpaksa mengambil bekalan makanan di Kantin secara berhutang.  Pada tahun 1972 barulah para peneroka Felda Jengka 4 mendapat hasil yang pertama. Ini bermakna kuasa beli 448 keluarga peneroka Felda Jengka 4 semakin bertambah.[2]


[1] Temuramah dengan Muhamad Salleh Ismail pada 21 Mac 2013.
[2] Ibid.

Monday, 23 March 2020

Kelantan akui ada tunggakan gaji

Ahad, 22 March 2020 | 10:05pm

Skuad Belia dan Piala Presiden Kelantan.
Bolasepak Malaysia (FAM) mengenai keadaan sebenar isu berkenaan.

"Memang betul ada tunggakan membabitkan pemain skuad Piala Presiden tahun lalu dan ada di antara mereka sudah membuat laporan kepada Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM).

"Mungkin hari ini kita akan hantar laporan kepada FAM dan kami sedang mengumpul semua maklumat," katanya.

Kelantan sebelum ini termasuk dalam senarai tiga pasukan yang diberi tarikh akhir oleh FAM untuk menyelesaikan isu tunggakan gaji membabitkan skuad senior The Red Warriors (TRW). SUKAN»Bola
Ahad, 22 March 2020 | 10:05pm
Kelantan akui ada tunggakan gaji
Oleh Zulfaizan Mansor
zulfaizan@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Husin Deraman mengakui persatuan itu masih berdepan masalah tunggakan gaji membabitkan skuad Piala Presiden.

Husin ketika dihubungi BH Sukan hari ini bagaimanapun menjelaskan kebanyakan tunggakan itu membabitkan pemain musim lalu.

Justeru, beliau berkata pihaknya sedang mengumpul maklumat untuk mengemukakan laporan kepada Persatuan

Malah, FAM sedang dalam fasa kedua proses pemutihan hutang yang mana membabitkan tunggakan bayaran dengan agensi kerajaan termasuk Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) serta masalah tunggakan gaji skuad Piala Presiden dan Piala Belia.[1]





[1] https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2020/03/668072/kelantan-akui-ada-tunggakan-gaji

Thursday, 19 March 2020

Safawi keluar produk cecair basmi kuman

SUKAN»Bola
Khamis, 19 March 2020 | 6:11pm
 BINTANG Harimau Malaya, Safawi Rasid bertindak mengeluarkan produk 'hand sanitizer' atau cecair basmi kuman jenamanya sendiri susulan penularan COVID-19 yang semakin membimbangkan di negara ini. - Foto Instagram Safawi Rasid
BINTANG Harimau Malaya, Safawi Rasid bertindak mengeluarkan produk 'hand sanitizer' atau cecair basmi kuman jenamanya sendiri susulan penularan COVID-19 yang semakin membimbangkan di negara ini. - Foto Instagram Safawi Rasid
BINTANG Harimau Malaya, Safawi Rasid bertindak mengeluarkan produk 'hand sanitizer' atau cecair basmi kuman jenamanya sendiri susulan penularan COVID-19 yang semakin membimbangkan di negara ini. - Foto Instagram Safawi Rasid
Safawi keluar produk cecair basmi kuman
Oleh Zulfaizan Mansor
zulfaizan@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Bintang Harimau Malaya, Safawi Rasid bertindak mengeluarkan produk 'hand sanitizer' atau cecair basmi kuman jenamanya sendiri susulan penularan COVID-19 yang semakin membimbangkan di negara ini.

Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu menjelaskan tujuan dia mengeluarkan produk berkenaan selepas melihat stok barangan itu yang semakin berkurangan di pasaran.

"Saya dah keluarkan produk saya sendiri 'hand sanitizer', jenama saya sendiri. Saya buat ini sebab saya tengok sanitizer di pasaran sudah kurang," kata Safawi dalam satu klip video di Instagram miliknya.

"Jadi saya harap apa yang saya buat ini dapat mengurangkan lagi jangkitan di Malaysia dan harap benda ni tak berleluasa di mana-mana.

"Tapi korang (anda) pun kena tolong diri korang sendiri dan orang tersayang supaya jangan ke mana-mana dan duduk saja di rumah."

Kebimbangan penularan COVID-19 turut menjejaskan kancah saingan bola sepak tempatan seterusnya memaksa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menangguhkan saingan Liga Malaysia (Liga M) dan semua kejohanan lain di bawah kelolaan mereka.[1]


[1] https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2020/03/666923/safawi-keluar-produk-cecair-basmi-kuman

Saturday, 14 March 2020

Nwakaeme bantu Pahang atasi Melaka

SUKAN»Bola
Sabtu, 14 March 2020 | 11:30pm
AKSI pemain Melaka, Romel Morales (kiri) melepasi kawalan pertahanan Pahang pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, sebentar tadi. - Foto Nazri Abu Bakar
Nwakaeme bantu Pahang atasi Melaka
Oleh Nazri Abu Bakar

MELAKA: Jaringan tunggal Dickson Nwakaeme membantu Pahang mengatasi Melaka 1-0 pada aksi Liga Super  di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput sebentar tadi.

Bagaimanapun,  keazaman tinggi barisan tuan rumah untuk meraih tiga mata terserlah menerusi usaha gigih mereka merobek gawang pelawat sebaik sepak mula.

Namun percubaan penyerang importnya Uche Agba berjaya ditepis penjaga gol Ahmad Sarbinee Allawee pada minit kelapan sementara pemain kelahiran Nigeria itu pula gagal menolak mudah bola kedalam jaring selepas menerima hantaran lintang Sony Norde pada minit ke-19.

Peluang terbaik pelawat mendahului Melaka hadir pada minit ke-33 namun rembatan kencang Faizal Halim tersasar ke kiri gawang tuan rumah.

Pahang yang lebih banyak menguasai babak pertama bagaimanapun gagal menembusi kubu Hang Tuah yang kukuh dikawal bekas penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat.

Babak kedua memperlihatkan perubahan drastik skuad Hijau Putih namun dua percubaan Norde pada minir ke-46 dan 47 gagal diterjemah dengan jaringan.


AKSI Melaka (hijau) ketika berdepan Pahang pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput. - Foto Nazri Abu Bakar
Akhirnya, Pahang berjaya menjaringkan gol kemenangan mereka menerusi rembatan pemain gantian Nwakaeme pada minit ke-67 untuk kemenangan kedua berturut-turut.

Gol tunggal hasil hantaran Ivan Carlos itu cukup buat skuad kendalian Dollah Salleh pulang ceria walaupun Carlos yang turut memiliki peluang menambah jaringan kedua hanya merembat tinggi peluang terhidang pada minit ke-78 perlawanan.

Kekalahan kedua Hijau Putih selepas kecundang di tangan FELDA United Rabu lalu memberi gambaran skuad terbabit perlu bangkit selepas ini.

Keterangan gambar

Pix1- Aksi pemain Melaka, Romel Morales (hijau) melepasi kawalan  pertahanan Pahang pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput sebentar tadi.FOTO NAZRI ABU BAKAR

Pix 2- Aksi Melaka (hijau) ketika berdepan Pahang pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput.FOTO NAZRI ABU BAKAR.[1]


[1] https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2020/03/665423/nwakaeme-bantu-pahang-atasi-melaka