Ad

Thursday, 31 October 2013

Badhri terima ugutan bunuh

Oleh YATIMIN ABDULLAHsukan@kosmo.com.my
 
BADHRI menerima ugutan bunuh daripada individu yang menggunakan nama Elman Ganu dalam laman sosial Facebook semalam.

KAPTEN Kelantan, Mohd. Badhri Radzi menerima ancaman bunuh menerusi laman sosial Facebook.
Ekoran ancaman tersebut, para penyokong The Red Warriors tampil membuat laporan polis pada pukul 6 petang semalam di Balai Polis Kota Bharu.
Laporan tersebut dibuat oleh Kelab Sukarelawan Bantuan Kemasyarakatan Kelantan (KSBK) bersama 20 ahli kelab yang diketuai oleh Presidennya, Roslan Ismail.
Menurut Roslan, laporan tersebut dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKM) membuat siasatan secara terperinci ke atas pemilik laman sosial berkenaan yang menggunakan akaun Elman Ganu.
“Sebagai penyokong dan peminat setia skuad bola sepak Kelantan, saya menyifatkan tindakan ini boleh mengganggu gugat ketenteraman awam.
“Saya harap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang membuat kenyataan tersebut.
“Laporan polis ini juga sebagai pengajaran kepada orang ramai supaya jangan terlalu obses sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan yang boleh memudaratkan diri sendiri,” ujar Roslan.
Elman Ganu menerusi ruangan sembang di laman sosial berkenaan bersama seorang yang lain, Budok Juvana, menulis: “Kelantan *$%*! Sial, kalau Kelantan menang Piala Malaysia, aku*#@%^&@$ akulah! Aku akan upah orang bunuh Badhri Radzi!! Indra Putra aku nak sula dia! Fakri aku nak dia jadi pembantu rumah aku!”
Sebelum ini, akhbar tempatan pernah melaporkan tonggak Kelantan, Indra Putra Mahyuddin turut menerima ancaman bunuh daripada seorang penyokong Johor Darul Takzim (Johor DT).
Bagaimanapun, perancang tengah Kelantan itu menegaskan, dia tidak mahu ambil kisah dengan ugutan seperti itu, malah menganggap apa yang diperkatakan itu tidak lebih daripada sekadar gurauan semata-mata.
Badhri ketika dihubungi enggan mengulas ugutan tersebut sebaliknya mahu memberi tumpuan kepada persediaan menghadapi perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dengan Pahang di Stadium Shah Alam pada Ahad ini.

SMBERRujukan: http://www.kosmo.com.my/kosmo/1.11.2013

Indra tekad ulangi 'magis'


Indra Putra Mahyuddin melayani peminat cilik pada majlis meraikan pemain-pemain Kelantan yang dianjurkan oleh pekerja Kingdom Elektronik Sdn. Bhd. di Kota Bharu, semalam. - UTUSAN/ROSNI MASRI
KOTA BHARU - Tahun lalu, ketika perlawanan akhir hanya tinggal beberapa minit untuk ditamatkan dalam masa tambahan, Indra Putra Mahyuddin muncul wira Red Warriors apabila meledakkan gol cantik yang membawa Kelantan merangkul kejuaraan Piala Malaysia menumpaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Kenangan tersebut masih segar di ingatan Indra, dan tonggak berpengaruh Kelantan itu bertekad mahu mengulangi 'magis' yang sama apabila pasukannya menentang Pahang pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, Ahad ini.
Indra, 32, membawa Red Warriors merangkul kejuaraan musim lalu menerusi jaringan cantik yang memberi kemenangan 3-2 ke atas The Gladiators, sekali gus melengkapkan musim cemerlang mereka ketika itu dengan mengumpul gelaran treble.
Katanya, kenangan manis ketika menjaringkan gol kemenangan pada aksi final tahun lalu kekal sebagai memori indah dalam kariernya dan dia mengharapkan tuah itu akan berulang kali ini.
"Insya-Allah saya berjanji akan mempamerkan aksi terbaik pada perlawanan akhir nanti, malah mahu menjaringkan gol untuk Kelantan bagi melengkapkan musim gemilang pasukan tahun ini," kata penyerang dan pemain sayap kiri yang memakai jersi No. 23 itu.
Indra juga bertekad mahu menambah koleksi trofi peribadinya dengan merangkul piala berprestij itu buat kali keempat.
Dia pernah menjulang Piala Malaysia tiga kali, iaitu dua kali bersama Kelantan dan sekali dengan negeri kelahirannya, Perak.
Kata Indra, sekiranya Kelantan mampu mempertahankan kejuaraan, kemenangan itu akan dihadiahkan kepada isterinya dan penyokong setia The Red Warriors yang tidak pernah putus-putus menyokong kariernya selama ini.
Mengulas peluang pasukannya Ahad ini, Indra optimis, Kelantan mampu mempertahankan kejuaraan berdasarkan pengalaman luas beraksi di pentas final, berbanding Pahang yang hanya menjejak kaki buat kali pertama selepas 16 tahun.
Bagaimanapun tegasnya, Kelantan harus berwaspada dengan 'keghairahan' barisan pemain muda Tok Gajah yang tentunya sangat dahagakan kejuaraan.
"Daripada segi pengalaman, Kelantan mempunyai lebih banyak pengalaman, sedangkan Pahang pula pertama kali masuk final dan dibarisi ramai pemain muda.
"Begitupun, kehadiran pemain-pemain muda ini sebenarnya mampu memberi mereka kelebihan tersendiri kerana biasanya orang muda cukup ghairah untuk mencari kemenangan.
"Daripada segi peluang pula, kita (Kelantan) sebenarnya berpeluang baik untuk mempertahankan gelaran, tetapi Pahang memiliki jentera tengah dan serangan yang bahaya, jadi kita harus berhati-hati.
"Apa pun, kami akan pastikan rangkaian tengah dan penyerang mereka ini disekat walaupun kita mengakui ketiadaan tonggak pertahanan utama, Obinna Nwaneri sememangnya memberi kesan," katanya lagi.


rujukan: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20131101/su_01/Indra-tekad-ulangi-magis#ixzz2jLMPYv4J
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Friday, 25 October 2013

Elak kad kuning kedua - Jalaluddin



Penyerang import Pahang, Matius Ruben Conti (dua dari kanan) berlatih bersama rakan sepasukan di Kuantan, kelmarin. - UTUSAN/Mahathir Ali
JERANTUT - Tiga tonggak utama Tok Gajah yang mengutip satu kad kuning mengambil sikap waspada menentang Sarawak di Kuching, esok.
Mereka ialah ketua pasukan, Jalaluddin Jaafar, Damion Stewart serta Mohd. Amirul Hadi Zainal yang masing-masing telah mengutip satu kad kuning.
Jalaluddin berkata, dia, Stewart dan Amirul Hadi perlu mengelak daripada melakukan tindakan yang membolehkan mereka dihadiahkan kad kuning kedua dalam perlawanan itu nanti.
"Kami perlu berhati-hati dalam setiap gerakan agar tidak mengasari pemain Sarawak sehingga menerima kad kuning kedua yang akan membuatkan kami berputih mata jika Pahang layak ke perlawanan akhir.
"Kami akan kehilangan Mohd. Hafiz Kamal di bahagian tengah kerana beliau digantung satu perlawanan di Kuching nanti selepas mengutip dua kad kuning sebelum ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.
Menurut Jalaluddin, Amirul Hadi yang semakin pulih pasti akan diturunkan memperkuatkan posisi tengah menggantikan Mohd. Hafiz.
Katanya, semua pemain kini bersiap sedia untuk mengekang Sarawak yang akan beraksi di laman sendiri.
"Aksi di Kuching dijangka lebih sengit kerana Sarawak ketinggalan dua gol, malah anak buah Robert Alberts pasti bangkit untuk memburu slot ke perlawanan akhir Piala Malaysia musim ini," ujarnya.
Jalaluddin memberitahu, semua pemain tidak boleh leka dengan kelebihan kemenangan 3-1 kerana gerakan pantas penyerang Bujang Senang, Bobby Gonzales dan Muamer Salibasic sentiasa mengintai peluang untuk menjaringkan gol.


RUJUKAN: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20131025/su_05/Elak-kad-kuning-kedua---Jalaluddin#ixzz2ijGnZHe7
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wednesday, 23 October 2013

Peluang Kelantan, Pahang



KUALA LUMPUR - Melihat keputusan separuh akhir pertama mungkin sudah cukup menunjukkan yang Kelantan dan Pahang menjadi pilihan ke pentas akhir Piala Malaysia edisi ke-87.
Itu pilihan yang dibuat oleh jurulatih Sime Darby, Ismail Zakaria yang mengakui, Kelantan serta Pahang berada dalam kelas tersendiri berbanding dua lawan mereka yang akan ditemui sekali lagi pada aksi separuh akhir kedua iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Sarawak.
Bertambah menarik, pasukan Ismail yang pernah bertemu Pahang dan Sarawak pada suku akhir Piala FA dan Piala Malaysia, secara jujur berasakan peluang skuad Tok Gajah untuk layak lebih tinggi berdasarkan pengamatannya terhadap kekuatan serta kelemahan kedua-dua pasukan.
''Kedua-dua pasukan ini saya telah jumpa di peringkat suku akhir, Pahang semasa di Piala FA manakala Sarawak di Piala Malaysia dan mengikut pengalaman saya, Pahang ada kelebihan untuk mara kerana mereka ada pemain yang lebih baik dan taktikal lebih tersusun
''Bekalan dua gol yang dibawa saya lihat sudah cukup untuk membantu walaupun Sarawak masih mampu mencuri satu gol di tempat lawan dan daripada faktor itu, firasat saya cukup kuat mengatakan Pahang bakal melangkah ke perlawanan akhir," katanya ketika dihubungi, semalam.
Lawan Pahang pula tanpa ragu-ragu diramalkan akan menjadi milik Kelantan kerana dia berpandangan skuad The Red Warriors mempunyai keseimbangan berbanding ATM di semua bahagian.
''Kelantan sudah beberapa tahun beraksi di peringkat ini dan kebanyakan pemain mereka cukup berpengalaman malahan beraksi di Kota Bharu, saya tidak fikir ATM mampu mengatasi mereka.
''Selain itu, Kelantan terlalu sukar dijinakkan di tempat sendiri dan skuad mereka tidak terlalu tua seperti mana ATM yang mungkin sedikit berdepan masalah kecergasan pada penghujung babak perlawanan," katanya.
Walaupun begitu, seorang lagi jurulatih berpengalaman yang merupakan bekas pengendali skuad kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan enggan meletakkan sebarang pilihan sambil menyifatkan persaingan antara keempat-pasukan masih terbuka luas dan apa sahaja boleh terjadi.
Tidak adil mahu mengatakan peluang buat Sarawak dan ATM sudah tertutup biarpun kalah pada separuh akhir pertama, bakal pengendali PKNS pada musim hadapan itu berasakan kedua-dua pasukan masih ada ruang untuk bangkit.
''Apabila saya menilai balik persembahan ATM dan Kelantan minggu lalu, tiada kepincangan sebenarnya antara mereka cuma peluang lebih banyak memihak kepada Kelantan.
''Cuma keputusan 2-1 itu kalau hendak diambil kira, masih terbuka kepada ATM dan suasana permainan boleh bertukar jika mereka mendapatkan gol awal di Kota Bharu.
''Begitu juga buat Sarawak yang akan beraksi di tempat sendiri, gol awal mampu menaikkan semangat mereka untuk mengatasi Pahang kerana perbezaan dua gol itu masih mampu dikejar, bukan satu perbezaan gol yang terlalu besar," katanya.


Rujukan: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20131024/su_01/Peluang-Kelantan-Pahang#ixzz2iaUeZKOA
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Azimat Muadzar

Oleh Mohd Rafi Mamat
Kuantan: Pengalaman Muadzar Mohamad selama 27 tahun menjaga gawang Tok Gajah akan dicurahkan sepenuhnya kepada Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid yang ditugaskan menyekat asakan jentera serangan Sarawak di Stadium Negeri, Kuching, Sabtu ini.
“Sudah banyak ilmu saya curahkan kepada Khairul Azhan yang memiliki ciri-ciri seorang penjaga gol yang bagus, kini terpulang kepadanya untuk menterjemahkan pada aksi yang dijangka sengit Sabtu ini.
“Selain kemahiran menangkis asakan lawan yang pasti turun dengan misi menjaringkan seberapa banyak gol, turut diberi tumpuan ialah mengawal perasaan apabila berhadapan dengan pelbagai gelagat penonton tuan rumah,” katanya yang pernah menyarung jersi kebangsaan.

Muadzar yakin Mohd Khairul Azahan mampu memikul tugas berat mengawal gawang Pahang pada perlawanan kedua separuh akhir Piala Malaysia terutama selepas berjaya membuktikannya di Stadium Darulmakmur, Sabtu lalu.
Foto
MUADZAR (kanan) memberikan nasihat kepada Khairul Azhan pada sesi latihan.

Katanya, untuk menjadi penjaga yang bagus, pemain perlu memberi sepenuh tumpuan kepada perlawanan, melihat pergerakan bola dan mampu bekerjasama dengan pertahanan.

“Saya harap dia dapat memikul tugas dengan sempurna bagi memastikan misi Pahang melangkah ke final Piala Malaysia musim ini menjadi kenyataan.

“Kepercayaan diberikan jurulatih perlu terjemahkan dengan aksi cemerlang andai dia ingin terus berjaya dalam kerjaya bola sepak tempatan,” katanya yang beraksi tiga kali bersama Pahang di separuh akhir Piala Malaysia.

Sementara itu, Khairul Azhan berkata, kepercayaan diberikan jurulatih Dollah Salleh akan diterjemahkan sebaik mungkin demi kejayaan pasukan.

Dia berterima kasih kepada Muadzar yang tidak jemu-jemu mencurahkan ilmu sejak mula tersenarai bersama skuad Tok Gajah musim ini.

“Banyak pesanan dicurahkan Muadzar yang berharap saya dapat beraksi lebih baik dan konsisten pada perlawanan Sabtu ini. 

“Jentera serangan lawan pasti menggunakan pelbagai helah dalam usaha menjaringkan gol bagi membuka peluang melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia,” katanya.
RUJUKAN HM : 2013/10/23

Nwakaemi mahu lanyak benteng ATM

Nwakaemi mahu lanyak benteng ATM


NWAKAEMI (kiri) melepasi asakan pemain ATM, Mohd. Affize Faisal Mamat pada saingan di Selayang, Jumaat lalu.


PENYERANG 'besi' Kelantan, Dickson Nwakaemi memberi amaran kepada benteng Angkatan Tentera Malaysia (ATM) agar lebih berwaspada pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia, Jumaat ini.
Menurut Nwakaemi, dia makin bersemangat membawa Kelantan beraksi di pentas final selepas kejayaan The Red Warriors menumbangkan ATM 2-1 pada aksi pertama di Selayang, Jumaat lalu.
Bagaimanapun, Nwakaemi berkata, dia dan rakan-rakan sepasukannya harus menampilkan disiplin yang tinggi pada pertembungan di Kota Bharu nanti bagi merealisasikan hajat tersebut.
"ATM sebuah pasukan yang bagus, mereka memiliki pemain hebat seperti Marlon Alex James dan Hairuddin Omar serta seorang penjaga gol yang bagus (Farizal Harun).
"Kami dan mereka (ATM) adalah sebuah pasukan yang hebat di negara ini, sudah pasti ia menjanjikan satu perlawanan yang hebat.
"Saya tidak ambil mudah pertemuan ini, para pemain perlu fikir ia adalah perlawanan pertama dengan keputusan masih 0-0.
"Kami akan bermain seperti perlawanan akhir dan saya harap kami akan menang," katanya semalam.
Nwakaemi menambah, semangatnya juga berkobar-kobar kerana ini merupakan aksi terakhir Kelantan di Kota Bharu dan sudah tentu dia mahu mengambil kesempatan untuk menghadiahkan sesuatu kepada ribuan penyokong setia Kelantan.
"Antara faktor kekuatan Kelantan adalah kerana mendapat sokongan padu daripada penyokong sendiri sejak beberapa tahun lalu," jelasnya.
Mengulas kenyataan berseloroh jurulatih ATM, B. Sathianathan yang menganggap dia 'makan besi' sejurus tamat aksi di Selayang tempoh hari, Nwakaeme menjawab: Itu pendapat beliau (Sathianathan), semua orang boleh mengeluarkan pendapat masing-masing.
"Mungkin saya kuat sebab saya berlatih bersungguh-sungguh. Sebelum ini saya tidak begitu cergas, sering cedera tetapi sekarang saya sudah pulih sepenuhnya dan mampu bermain pada tahap terbaik.
"ATM juga tidak mempunyai pertahanan import, mungkin itu juga menjadikan saya lebih selesa ketika berada di kawasan gawang mereka.
"Saya tidak peduli siapa yang akan ditugaskan untuk mengawal saya nanti, apa yang pasti mereka akan menghadapi tekanan hebat kerana saya mahu menjaringkan gol," ujarnya.
KOSMO ONLINE 23.10.13

Saturday, 19 October 2013

Pahang belum selamat


Oleh SHAHRULANOOR ISHAK sukan@kosmo.com.my
PENYERANG Pahang, Azamuddin Akil (kanan) cuba melepasi kawalan pemain Sarawak, Mohd. Hairul Mokhtar pada aksi separuh akhir pertama kempen Piala Malaysia di Kuantan malam tadi. Pahang menang 3-1 pada perlawanan tersebut.


PAHANG belum boleh berasa selesa walaupun menang 3-1 ke atas Sarawak pada aksi separuh akhir pertama kempen Piala Malaysia 2013 di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi.
Ini kerana, skuad yang mendapat jolokan Tok Gajah itu perlu berdepan dengan lawan yang sama di Kuching minggu depan untuk aksi separuh akhir kedua.
Stadium Negeri di Kuching merupakan gelanggang keramat skuad Sarawak yang menyaksikan mereka amat sukar untuk digugat olah mana-mana pasukan sepanjang musim ini.
Selain itu, Sarawak juga memiliki kelebihan jaringan di tempat lawan meskipun agregat ketika ini memihak kepada Pahang.
Atas kertas, kelebihan dua gol yang dimiliki Pahang ketika ini dilihat selamat, tetapi ia mungkin akan berubah selepas aksi di Kuching nanti.
Sarawak hanya perlukan dua gol pada aksi kedua nanti bagi membolehkan mereka melangkah ke final.
Pada perlawanan di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi, Pahang tampil dengan kesungguhan dengan asakan bertali arus ke gawang lawan sebaik wisel permulaan dibunyikan.
Mereka cepat mendapat rentak dengan aksi yang cukup kemas terutama di benteng pertahanan dan tengah.
Pahang telah menguji gawang pasukan lawan seawal minit ke-20 menerusi tandukan Matias Conti namun percubaan tersebut tersasar.
Tanpa mengenal erti putus asa, Pahang terus memperhebatkan serangan dan ia berhasil pada minit ke-28 apabila mereka memperoleh gol pembukaan menerusi tandukan Mohd. Azamuddin Mohd. Akil selepas menerima hantaran R. Gopinathan di hadapan pintu gol Sarawak.
Selang empat minit kemudian, Pahang terus menambah derita Sarawak apabila menjadikan kedudukan 2-0 menerusi tandukan Azamuddin hasil hantaran silang ketua pasukan, Jalalludin Jaafar.
Conti pula menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-37 selepas bola lambungannya menerjah ke gawang Sarawak ketika penjaga gol pasukan pelawat, Sani Anuar Kamsani terkeluar daripada posisinya.
Walaupun ketinggalan 0-3, Sarawak tidak mahu menyerah mudah sebaliknya terus berjuang untuk merapatkan jurang.
Usaha mereka berhasil pada minit ke-39 menerusi jaringan Mohamad Shahrol Saperi.
Keputusan 3-1 kekal sehingga tamat perlawanan walaupun aksi separuh masa kedua memperlihatkan penguasaan Sarawak.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/20.10.13

Friday, 18 October 2013

Pasukan Kebangsaan Malaysia (Harimau Malaya)


SENARAI NAMA BAGI PERSIAPAN UNTUK MENGHADAPI PERLAWANAN PERSAHABATAN ANTARABANGSA DAN PERLAWANAN PUSINGAN KELAYAKAN PIALA ASIA 2015
Pemain – pemain dikehendaki melapor diri pada hari Isnin, 21 Oktober 2013.

Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Malaysia mln Kuwait 8 November 2013 di Kuwait
Perlawanan Pusingan Kelayakan Piala Asia 2015 Malaysia mln Bahrain 15 November 2013 di Bahrain
Perlawanan Pusingan Kelayakan Piala Asia 2015 Malaysia mln  Qatar 19 November 2013 di Shah Alam.

1. Mohd Khyrill Muhymeen Zambri (Kedah)
2. Mohd Farizal Marlias (Perak)
3. Mohd Amri Yahyah (Selangor)
4. Mahali Jasuli (Selangor)
5. Asraruddin Putra Omar (Selangor)
6. Gurusamy Govandar a/l Kandasamy (Selangor)
7. Kunanlan Subramaniam (Selangor)
8. Mohd Nazrin bin Mohd Nawi (Negeri Sembilan
9. Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak (Johor Darul Takzim)
10. Norshahrul Idlan Talaha (Johor Darul Takzim)
11. Mohd Safee Mohd Sali (Johor Darul Takzim)
12. Safiq Rahim (Johor Darul Takzim)
13. Amirizdwan Taj bin Tajuddin (ATM)
14. Muhammad Nazmi Faiz bin Mansor (Selangor PKNS)
15. Helmi bin Remeli (Selangor PKNS)
16. Mohd Nizad bin Ayub (Selangor PKNS)
17. Mohd Remezey bin Che Ros (Selangor PKNS)
18. Mohd Arif bin Ismail (KL Sime Darby)
19. Mohamad Fadhil Mohd Shas (Harimau Muda A)
20. Syahrul Azwari Ibrahim (Harimau Muda)

Walaubagai mana pun, pemain-pemain berikutn di bawah perlu melaporkan diri pada 26 atau 27 Oktober 2013 selepas mengetahui keputusan Perlawanan Separuh Akhir ke-2 Piala Malaysia. Pemain-pemain yang bermain untuk Pasukan yang layak ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2013 perlu melapor diri 4hb November 2013.

1. Azamuddin Mohd Akil (Pahang)
2. Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
3. Mohd Shakir Shaari (Kelantan)
4. Mohd Fakri Saarani (Kelantan)
5. Mohd Farisham Ismail (Kelantan)
6. Mohd Hairol Mokhtar (Sarawak)
7. Mohd Fitri bin Omar (ATM)
8. Reuben Thayaparan Kathiripillai (ATM)

Manakala tiga belas (13) orang pemain yang tersebut dibawah diminta bersedia untuk menjalani latihan dan pemilihan Pasukan Bolasepak Kebangsaan sekiranya dipanggil untuk menggantikan mana-mana pemain yang tersebut di atas sekiranya terdapat pemain-pemain yang disahkan oleh Doktor Pasukan mengalami kecederaan.

1. Abdul Hadi Hamid (Kedah)
2. Sivanesan Shanmugan (Negeri Sembilan)
3. Mohd Hafiz Kamal (Pahang)
4. Gopinathan a/l Ramachandra (Pahang)
5. Mohd Razman Roslan (Pahang)
6. Mohd Saiful Nizam Miswan (Pahang)
7. Muhammad Zubir bin Azmi (Terengganu)
8. Bobby Gonzales (Sarawak)
9. Sani Anuar bin Kamsani (Sarawak)
10. Affizie Faisal Mamat (ATM)
11. Christie Jayaseelan Devasagayam (ATM)
12. Mohd Irfan Fazail (Harimau Muda A)
13. Thamil Arasu Ambumamee (Harimau Muda A)

Kelantan membara hadapi ATM

Kelantan membara hadapi ATM
Kelantan membara hadapi ATMHodak (dua,kanan) serius memberi arahan kepada anak buahnya pada sesi latihan terakhir skuad Kelantan di Kota Bharu, malam kelmarin.
PENGALAMAN dan motivasi tinggi memberi sedikit kelebihan kepada juara bertahan, Kelantan apabila bertemu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada pertemuan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam ini.

Meski pun sedar The Gladiators ditunjangi ramai pemain berkualiti, namun pengendali The Red Warriors, Bojan Hodak menegaskan anak buahnya juga mempunyai karakter yang sama mengharungi perlawanan berprofil tinggi apabila berdepan finalis Piala Malaysia musim lalu itu.

“Dalam tempoh dua tahun, tak kurang enam kali kami bertemu mereka dan semuanya berakhir dengan aksi sengit. Kelantan dan ATM merupakan dua pasukan terbaik di negara ini, jadi saya boleh ramalkan dua perlawanan ini (timbal balas separuh akhir) tak kurang hebatnya.

“Pemain kami mempunyai semangat membara untuk menewaskan ATM. Tidak ramai memberi harapan selepas Kelantan tewas 2-4 kepada Johor Darul Takzim (Johor DT) pada suku akhir pertama namun kami membuktikan sebaliknya apabila membelasah mereka 6-1,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Hodak bagaimanapun mengingatkan barisan pemainnya, pertemuan malam ini bakal menjanjikan aksi sukar memandangkan skuad kendalian B Satiananthan jauh lebih bagus daripada Johor DT, lawan yang disingkir pasukan juara tiga piala musim lalu itu pada saingan suku akhir.

“Pemain ATM lebih yakin bermain di gelanggang sendiri (Selayang) berbanding di Shah Alam.  Bagi ATM, duit kutipan tiket tidak lagi perkara penting dan mereka sanggup buat apa sahaja asalkan dapat masuk perlawanan akhir.

“Jadi kami perlu fokus pertemuan ini dan melupakan keputusan perlawanan lalu. Jika saya dapat menurunkan barisan terkuat, saya percaya Kelantan boleh mendapatkan keputusan positif di sana,” katanya.

Pengendali berusia 42 tahun itu dijangka mengekalkan hampir keseluruhan pemain diturunkan ketika menundukkan Johor DT pada aksi suku akhir lalu, kecuali tonggak pertahanan, Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim yang belum cergas sepenuhnya menjelang perlawanan ini.

Dalam pada itu, jurulatih kelahiran Croatia itu nyata tidak gentar dengan ketajaman penyerang berbisa ATM, Marlon Alex James, kerana pasukan bimbingannya juga mempunyai penggempur utama, Dickson Nwakaeme bagi merobek gawang ATM pada pertemuan ini.

“Sebagai penyerang, amat wajarlah tugas Alex James menjaringkan gol. Saya akui dia cukup berbahaya dan benteng pertahanan kami pasti berdepan tugas berat untuk mengekang kelincahannya.

“Tetapi kami ada Nwakaeme ketika ATM sendiri terpaksa meratapi kehilangan Amiridzwan Taj Tajudin di benteng pertahanan. Saya fikir perkara ini adil bagi kedua-dua pasukan, dan anda akan dapat lihat aksi menarik dua penyerang ini,” katanya. RUJUKAN : SINAR HARIAN ONLINE 18.10.13

Peluang baik buat pemain


Peluang baik buat pemainWan Zack (kiri) dan Nazirul Naim menjadi pemain pertama negara beraksi buat FC Ryukyu. - Foto: Zulfadhli Zaki
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) kini boleh tersenyum lebar apabila dua lagi pemain muda negara yang bermain bagi Harimau Muda A dan B bakal dipancing kelab divisyen tiga Jepun FC Ryukyu, lapor MOHD FIRDAUS HASHIM.

Buat pengendali Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee, ini merupakan saat paling baik bagi pemain muda negara mendapatkan pengalaman bermain di liga lebih mencabar.

“Bagi saya peluang yang terhidang ini datangnya dari usaha para pemain itu sendiri. Ini menunjukkan pemain-pemain muda kita mempunyai keupayaan dan bakat yang setanding dengan pemain-pemain luar.

“Ianya  satu pengiktirafan buat negara. Terbukti usaha FAM di peringkat akar umbi menunjukkan hasil yang diharapkan. Apa yang kita harus lakukan ialah, untuk terus tingkatkan program pembangunan di peringkat awal bagi melahirkan lebih ramai lagi pemain-pemain berbakat,” katanya.

Menurut Kim Swee, rombongan pegawai dari FC Ryukyu akan hadir ke tanah air bagi menilai dan memilih pemain dari skuad Harimau Muda.

“Inilah peluang bagi pemain-pemain lain mempamerkan permainan terbaik dan mampu mengikut jejak dua wakil negara yang kini bersama kelab tersebut iaitu Wan Zack Haikal dan Nazirul Naim Che Hashim,” katanya.

Sebelum ini, kelab berpangkalan di Okinawa, Jepun, menawarkan kontrak dua tahun buat Wan Zack dan setahun buat Nazirul.SH ONLINE 18.10.13

Thursday, 17 October 2013

Ini baru Mat Yo!


MAT Yo (kiri) mengasak pemain pertahanan Bahrin pada aksi pusingan kelayakan AFC perlawanan antara Malaysia dan Bahrain, di Stadium Shah Alam, malam kelmarin. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat
Karathu label penyerang Harimau Malaya berjaya jelma watak sebenar pada detik genting

Kuala Lumpur: Selepas dipalit pelbagai kontroversi serta dikutuk hebat berikutan prestasi hambar, Norshahrul Idlan Talaha jelas memilih detik terbaik bagi menjawab segala perkara negatif yang dilemparkan kepadanya di Stadium Shah Alam, malam kelmarin.
 

Cukup dengan lencongan cantik yang menggegar gawang Bahrain pada minit ke-71, Norshahrul pantas dijulang wira kerana menjadi penyelamat bagi membolehkan Harimau Malaya mengikat pasukan pilihan itu 1-1 sekali gus membuka kembali peluang merebut tempat ke pusingan akhir Piala Asia 2015.

CAPS PEMAIN MALAYSIA SELEPAS PERLAWANAN MENENTANG BAHRAIN.

No
Nama pemain
umur
caps
gol
22
KHAIRUL FAHMI CHE MAT
26
19
00
04
MOHD ASRARUDDIN PUTRA
25
32
00
05
K.REUBEN
23
03
00
06
AMIRIDZWAN TAJ
27
08
00
07
AIDIL ZAFUAN RAZAK
26
54
03
08
SAFIQ RAHIM
26
43
10
09
NORSAHRUL IDLAN TALAHA
27
37
05
15
K.GURUSAMY
24
11
00
16
S.KUNALAN
27
42
00
17
AMRI YAHYAH
31
23
06
19
AZAMUDDIN AKIL
28
17
04
11
NAZRIN NAWI
25
03
00
13
AHMAD FAKRI SAARANI
24
21
01
20
FITRI OMAR
28
02
00