Ad

Friday 11 October 2013

Ozil akui makin sayang Arsenal

COLOGNE, Jerman - Pemain tengah Arsenal, Mesut Ozil mengaku dia sayangkan pasukan Arsenal, London serta pengurus pasukan itu, Arsene Wenger.
Kenyataan itu dibuat Ozil dalam satu sidang akhbar bersama Persatuan Bola Sepak Jerman dan Ozil juga menolak spekulasi yang menyatakan dirinya mengalami kejutan budaya selepas berhijrah dari Real Madrid ke Arsenal musim panas lalu.
Keputusan mengejut yang dibuat perancang Jerman itu dikritik sesetengah pihak di negaranya bagaimanapun Ozil enggan mengulas tindakan bekas pasukannya, Real Madrid yang mengikat bekas pemain sayap Tottenham Hotspurs, Gareth Bale.
"Saya menghabiskan tempoh tiga tahun yang indah di Madrid tetapi tetap ingin untuk meninggalkan kelab itu. Saya kini sangat gembira bermain untuk Arsenal.
"Bagi saya London merupakan sebuah kota yang sangat hebat. Saya mula sukakan tempat itu dan banyak perkara baharu yang semakin menambat hati saya di sana.
"Saya juga memandu di bahagian sebelah kiri. Walaupun pada mulanya agak sukar tetapi Per Mertesacker banyak mengajar saya bagaimana memandu.
"Perkara terbaik di Arsenal adalah seluruh pasukan serta kakitangan kejurulatihan sentiasa menyokong saya. Mereka sangat menghormati saya dan sentiasa membuat saya berasa selesa.
"Arsene Wenger juga merupakan pengurus sangat hebat. Beliau mempunyai idea hebat dan saya sangat bertuah kerana berpeluang bermain di bawah kendaliannya.
"Saya juga berpendapat, Liga Perdana England merupakan saingan paling sukar di dunia kerana kekuatan pasukan di liga itu sama rata. Kebanyakan kelab mempunyai kekuatan yang seimbang," kata Ozil. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/12.10.13

No comments:

Post a Comment