Ad

Friday 11 October 2013

Pemain lega imej dibersih

Azizan Hashim | bhsukan@bh.com.my
Jawatankuasa siasatan khas dapati tiada bukti sabotaj: PAFA

Ipoh: Pemain dan pegawai skuad Perak mampu menghela sedikit nafas lega selepas bebas daripada sebarang elemen sabotaj dalam kancah Piala Malaysia 2013, hasil laporan siasatan dalaman Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA). 

Begitupun pasukan Kejor Yob Kejor masih perlu menunggu penuh debaran terhadap dakwaan rasuah sehingga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerahkan laporan hasil siasatan mereka pula. 


Tiada bukti 

Apa pun untuk seketika jurulatih Mohd Azraai Khor Abdullah dan anak buahnya bebas daripada sebarang pertuduhan selepas Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAFA, Datuk Ismail Saffian membentangkan laporan siasatan dalaman secara terperinci pada mesyuarat khas di pejabat persatuan itu, semalam. 

“Jawatankuasa siasatan khas tidak mendapat bukti sah berlaku perbuatan sabotaj. Dengan ini hukuman gantung terhadap pegawai dan petugas pasukan selama dua minggu sejak 23 September lalu dibatalkan secara automatik. 

“Pegawai serta pemain kini boleh meneruskan tugas mereka seperti yang termaktub dalam kontrak,” kata Presiden PAFA, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin kepada pemberita. 

Imej positif 

Katanya, siasatan itu hanya dijalankan dengan secara rawak dengan memanggil 11 pemain dan enam pegawai termasuk pengurus, Khairul Azwan Harun dan penolong pengurus pasukan, Ishsam Sharuddin. 

Katanya, siasatan laporan itu hanya membabitkan unsur sabotaj dan tidak menjurus ke arah rasuah kerana PAFA sendiri tidak mempunyai kuasa untuk mengumumkan perkara itu selepas kes berkenaan diserahkan kepada polis dan SPRM. BH ONLINE 12.10.13

No comments:

Post a Comment