Ad

Friday 11 October 2013

67 jemaah haji Malaysia masih di wad hospital

MAKKAH: Seramai 67 jemaah haji Malaysia masih dirawat di wad pusat rawatan Tabung Haji (TH) dan hospital kerajaan Arab Saudi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. 

Beliau berkata daripada jumlah itu, 63 di wad pusat rawatan TH di Aziziah, Syisyah dan pusat rawatan di maktab masing-masing manakala empat lagi di hospital kerajaan. 
"Jumlah ini adalah kecil berbanding tahun-tahun lepas dan kita akan membantu membawa jemaah yang sakit dengan ambulans untuk berwukuf di Arafah pada hari Isnin ini jika mereka masih belum keluar dari wad," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 


Katanya setakat ini kesemua mereka dilapor dalam keadaan stabil dan tiada yang mengalami masalah kronik. 

Beliau berkata sejak pusat rawatan TH beroperasi lebih sebulan lepas, sebanyak 328 jemaah haji telah menerima rawatan dan kebanyakan kes berkaitan penyakit darah tinggi, jantung, radang paru-paru, patah tulang dan juga kencing manis. 

Jamil Khir berkata setakat ini sembilan daripada 22,320 jemaah haji Malaysia telah meninggal dunia. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment